"Hey Guys, aku ada cerita hangat ni!" Amalina menarik kerusi dan duduk di depan aku.
Aku menjulingkan mata ke atas. Penat. Ni mesti cerita pasal lelaki. Ni yang buat aku hilang minat dekat lelaki ni.
"Aku pun ada jugak" sengaja aku memancing perhatian Raisya yang membaca buku di depan Nadirah. Bukan aku tak kenal Raisya. Acah je baca buku, tapi telinga tu, kalau boleh dibesarkan rasanya dia besarkan telinga tu nak dengar perbualan.
"Betul ke ni? Amazing! First time, aku dengar kau ada cerita hangat. Cerita la" cepat sahaja Raisya menutup bukunya dan duduk menghadap aku. Kan aku dah kata.
Aku tersenyum sinis "sebenarnya bukan aku yang ada tapi Ira, betul tak Ira?"
Dengan sekelip mata posisi badan dia orang bertukar menghala ke arah Nadirah. Ternganga Nadirah memandang aku. Aku memberikan senyuman kepada Nadirah yang tengah cuak.
"Ira! Cerita la" Amalina menggesa
Nadirah berdehem perlahan lalu memberikan senyuman kepada mereka berdua. Sempat lagi dia menyepak kuat kakiku yang berada di bawah meja. Aku mengadu kesakitan.
"Eh.. Kau kenapa ni Nia?" Raisya memandang aku yang sedang menggosok kakiku yang pedih
"Ok je tu tak ada apa pun. Ha! kau cerita la dulu apa yang kau nak cerita lepas tu aku bagitahu cerita aku pulak" Nadirah menyampuk. Aku memandang Nadirah dengan perasaan yang bengang. Namun, Dia hanya memberikan senyuman yang mengejek kepadaku.
"Semalam Aiman Ada luahkan perasaan dia dekat aku wei! " dengan terujanya Amalina bersuara.
"Muhammad Aiman bin Ashari tu ke wei!" Aku bersuara terkejut. Oh My Hanania! baik aku halang. Dah la dia tu playbuaya kau tau tak? Lagipun cinta monyet tak berkekalan bukan?
"Amboi Nia! Kau main lagi. Siap tau nama penuh bagai, asal? Dia crush kau ke dulu?" Raisya memandang aku meminta jawapan.
Aku buat muka mahu termuntah. "Eeee. Tak ada maknanya, aku tak main la crush ni semua. Aku tak suka Cinta Monyet ni semua. Aku nak yang berkekalan. Kalau si Aiman tu? Aku bagi je la dekat Lina, aku langsung tak kesah. Nak muntah kau tau dengar nama dia. Kalau boleh sediakan baldi. Aku nak muntah sampai keluar semua isi perut aku, usus besar, usus kecil semua keluar. Baru minggu lepas aku nampak dia cuba mengorat Aina. Tak nak aku lelaki yang macam tu. Aku sarankan kau tak payah la terima dia Lina" Aku menggeleng kepala banyak kali. Nadirah menganggukkan kepala menyokong aku.
Amalina memukul lengan aku perlahan "Kau ni kalau anti dengan lelaki pun jangan la sampai macam tu sekali kau cakap. Kecil hati dia kalau dengar tau. Aku tau la kau ni hati batu tapi jaga la hati aku juga. Aku suka dia, jadi benda tu semua tak jadi masalah bagi aku. Mungkin aku boleh hilangkan perangai playbuaya dia tu"
Aku menggaru perlahan kepala Yang tidak gatal. Rasa bersalah pula bila Amalina bersuara sayu begitu.
Aku mengeluh. "Mungkin tapi jangan datang menangis teresak-esak depan aku bila kau ditinggalkan ok. Aku cuma nak yang terbaik untuk kau sebagai seorang sahabat. Aku tau sebenarnya kau bukan gedik pun. Aku biarkan orang cakap kau dengan Isya gedik. Kenapa? Sebab aku lebih kenal kau dengan Isya. Aku tau diri kau yang sebenarnya bukan gedik. Jadi aku tak nak kau terikut ikut orang. Bila orang bercinta kau pun nak. Come on la Lina cinta monyet kot sekarang ni. Tapi aku tak boleh buat apa kalau kau still dengan pendirian kau"
"Hrmm.. Jangan risaukan aku ok? Aku tau macam mana nak kawal emosi aku bila putus cinta" Amalina bersuara perlahan.
"Bukan tu je. Kau kena pandai bahagikan masa kau. Bila belajar, kau kena belajar betul-betul. Dapatkan keputusan yang baik. Kalau nak bercinta boleh tapi bukan waktu belajar. Bila ada waktu untuk meluangkan masa, ha! Waktu tu pergi lantak kau la nak berborak dengan dia ke dating ke. Lantak kau la. Kalau dia tak suka kau asyik belajar je, kau tinggalkan la dia apa susah. Dia patutnya kena faham, umur sekarang ni kita kena timba ilmu banyak banyak" Nadirah menyampuk.Amalina hanya menganggukkan kepalanya.
"Dan!" Hampir terlompat aku mendengar suara Raisya yang kuat itu. Aku mengecilkan mataku memandang Raisya yang tersengih macam kerang busuk.
"Aku pun ada cerita gempak" Raisya bersuara.
"Ha! Apa dia?" Nadirah bersuara malas.
"Cikgu Shima kata minggu ni ada latihan bola tampar. Bulan depan pula kita ada perlawanan peringkat sekolah di sekolah Bunga Tanjung" dengan semangatnya Raisya bersuara.
"Seriously Isya? Kita baru masuk sekolah kot. Cikgu dah panggil buat latihan. Penat la macam ni. Dah la tahun ni SPM" Nadirah mengeluh.
Aku tersenyum melihat Nadirah yang menyembamkan mukanya ke meja. "Tak ada masalah pun sebenarnya. Kau cuma kena pandai bahagikan masa je. So kau boleh catch up semuanya kalau kau pandai bahagikan masa. Tak ada lah ketinggalan matapelajaran. Macam yang kau cakap, ambil masa lapang tu dan buatlah apa yang kau nak"
"Ya tak ya juga kan? Hisy apalah aku ni" Nadirah mengutuk dirinya sendiri.
"Ala, tak boleh la macam tu" Amalina bersuara.
Aku mengerutkan mukaku "kenapa pula?"
"Macam apa yang Ira cakap waktu belajar kena belajar. Waktu lapang buatlah apa yang suka tapi kalau aku korbankan masa lapang aku dengan bola tampar macam mana aku nak dating dengan Aiman" Amalima bersuara tak puas hati.
Aku memetik jari aku. "That's why I told you! lupakan je hasrat kau nak bercinta tu. Focus dekat matapelajaran je. Tapi kalau kau nak, kau kena korbankan salah satu. Sama ada bola tampar or kau punya Aiman tu. Kalau kau pilih bola tampar, jadi kau dengan kitaorang tapi kalau kau pilih Aiman, tu maknanya engkau sensorang. Jadi kau pilihla. Terpulang pada kau. That's your choise." Aku mengangkat kening aku menanti jawapan Amalina.
"Nanti la aku fikir. Ha! Ira apa kau nak cerita tadi" Amalina memandang Nadirah. Nadirah hanya tersengih memandang Amalina dan Raisya.
"Cepatlah cerita!" Gesa Raisya
Nadirah merungut lalu memandang aku tajam. Aku hanya mengangkat bahu apabila Amalina dan Raisya memandang aku pelik.
"Eee, kau la ni Nia" Nadirah memukul bahu aku kuat.
"Sakitlah!" Aku menggosok bahuku yang pedih.
"Korang ni apasal? Cerita je la bukannya kita orang makan orang pun!" Raisya bersuara bengang.
"Erkk.." Tergagap Nadirah bersuara. Nadirah menolak bahu aku suruh bersuara.
"Aku nak pergi tandas, sakit perut la pula" Nadirah menolak kerusi lalu bangun. Dengan sekelip mata Nadirah hilang dari pandangan.
Amalina dan Raisya memandang aku. Rasa tersekat air liur aku apabila melihat mata Amalina dan Raisya yang tajam memandang aku.
"Bangun semua!" Razif,ketua kelas kami bersuara.
Aku memandang pintu kelas. Yah! Cikgu terima kasih sebab masuk! Cikgu dah selamatkan saya dari mereka ini! Aku mengeluh lega. Cikgu Natasya masuk dan duduk di meja guru. Aku bangun lalu menalakan jari telunjukku ke arah cikgu. Mereka melihat apa yang aku tunjukkan lalu bangun.
"Kau belum selamat lagi eh. Kau dan Ira kena cerita juga dekat kitaorang lepas ni" Amalina memusingkan kerusinya menghadap mejanya diikuti Raisya yang duduk di sebelahnya. Aku mengeluh lega
P/s : enjoy! Dah baca tu jangan lupa vote and comment yer.. Sayang korang😘
{1139}
YOU ARE READING
Sahabat
Short StoryNur Hanania Binti Fawwaz orangnya cantik namun untuk mendekatinya sangat susah. Dia hidup dalam kalangan orang kaya namun tidak mempunyai kasih sayang yang cukup dari mama dan papanya. Baginya kawan adalah keluarga. Nur Nadirah Binti Hasni kawan Yan...