"Nia.. mama nak cakap sikit boleh?" Puan Aini mengetuk pintu bilikku berkali-kali.
aku mengeluh perlahan. Aku bangun dari pembaringan. Kaki dipaksa melangkah ke arah pintu. Perlahan tombol pintu di pegang dan dipusingkan membiarkan pintu terbuka.
"masuklah" Kaki diatur ke luar beranda. terdapat meja kecil dengan tiga kerusi di situ. Di situlah tempat aku selalu duduk untuk mengambil angin dan menenangkan fikiran. kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi itu.
"mama nak cakap apa dengan Nia?" muka lembut Puan Aini dipandang. rindu dengan mama dan papa yang selalu tiada di rumah. Kenapa mama dan papa lebih pentingkan kerja dari Nia? kalau mama dan papa lebih pentingkan Nia dari kerja mesti Nia tak ada masalah macam sekarang ni. Nia tak perlu cari kawan untuk luahkan perasaan. Nia hanya perlukan mama dan papa sahaja tapi mama dan papa langsung tak kesah.
"Mama dengan papa nak pindah ke Ireland. mama dan papa ada kerja dekat sana dalam lima tahun" perlahan mama bersuara.
air mataku mengalir. "jadi mama dengan papa nak tinggalkan Nia sorang- sorang dekat sini? kenapa mama dan papa buat Nia macam ni? Nia bukan anak mama dan papa ke?"
"Nia!" lantang suara papa. tanpa Aku sedari papa masuk ke dalam bilikku sebelum duduk menarik satu lagi kerusi di sebelah mama.
"mama.. papa.. langsung tak kisahkan Nia kan? dari dulu sampailah sekarang. Nia duduk rumah sorang-sorang langsung mama dan papa tak kisah. apa-apa jadi dekat Nia pun mama dan papa tak kisah. Nia tak ada tempat untuk Nia luahkan perasaan Nia. Nia hanya ada sahabat Nia je tapi sekarang semua tinggalkan Nia. Nia ni siapa? bukan anak mama dan papa ke? kalau bukan Nia nak cari mama dan papa Nia"
Pang! aku memegang pipiku yang sakit. bisanya merebak ke seluruh mukaku. makin menjadi- jadi tangisanku.
"tak betul? jadi kalau Nia anak mama dan papa kenapa mama dan papa tak ambil berat langsung pasal Nia. Nia kemalangan hari tu pun mama dan papa tak kisah. mama dan papa hanya bayar duit hospital bagi Nia belanja dan tinggalkan Nia. Nia tak nak semua tu! Nia cuma nak kasih sayang mama dan papa je. kalau diberi pilihan antara duit dan langsung tak buat pembedahan hari tu. mama dan papa tau tak apa pilihan Nia? Nia nak pilih untuk tak buat pembedahan ke atas Nia biar Nia pergi dari hidup tanpa kasih sayang. Nia rela. Nia tak diperlukan. Nia hanya beban untuk mama dan papa sehinggakan mama dan papa tak boleh berehat di rumah kerana mencari duit bagi Nia makan. Nia..."
aku terdiam tak mampu menyambung ayat ku. air mataku yang keluar langsung tidak mahu berhenti. perlahan aku bangun dari kerusi.dinding di pegang agar tidak terjatuh. lututku rasa sangat lemah untuk berdiri. perlahan aku jalan naik ke atas katil lalu ditarik selimut menutupi seluruh badanku. aku memeluk tubuh. aku menghamburkan tangisan semahu-mahunya sebelum aku tertidur.
aku mengeliat kecil. Terkejut aku apabila melihat ada tangan di atas lenganku. siapa yang peluk aku? aku memusingkan badan. mama? aku menatap wajah mama lama. tanpa aku sedari mama sudah bangun dari tidur.
"Mama minta maaf sayang" pelukan dieratkan. aku terkedu.
"mama dan papa minta maaf. kami tak sedar Nia terlalu rindukan kasih sayang kami" mama bangun lalu duduk di sebelahku. aku masih lagi mendiamkan diri.
"mama dan papa dah berbincang. lepas Nia habis SPM kita pindah Ireland"
"ikut mama?" aku bertanya meminta kepastian.
"ye sayang ikut mama dan papa" mama tersenyum memandangku.
Ikut mama dan tinggalkan Iskandar? perlahan aku membalas senyuman mama. Di hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya Hatiku ingin meninggalkan malaysia.
"kita akan duduk sana selama lamanya ke?" perlahan aku bersuara.
"tak sayang. lima atau enam tahun je. lepas tu kita balik sini semula. alang-alang tu boleh Nia habiskan belajar dekat sana" mama mengusap kepalaku perlahan.
"ok" aku bangun dari katil lalu mencapai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air.
******
"Is.. andaikata I pergi jauh dari sini ada sesiapa perasan tak?" aku menegur Iskandar yang leka membuat kerjanya. aku menolak sedikit laptopnya ketepi memandang mukanya.
"you nak lari?" berkerut mukanya memandangku.
pantas aku menggelengkan mukaku. "eh tak bukan nak lari.. I tanya je.. perasan tak?"
"mestilah.. you nak lari dari masalah? sampai bila? dengan pergi tempat yang jauh takkan selesaikan masalah Nia" tegas Iskandar bersuara.
"mana ada I nak lari dari masalah. I cuma cakap je" perlahan aku bersuara. mulut dicebik.Sikit-sikit cakap pasal masalah.
"kalau I pergi jauh dari sini tanpa beritahu you. you sedar tak? you akan rindukan I?" malu-malu aku mengeluarkan suara.
"sedar mungkin. rindukan you? entahlah.. tak pernah rasa pula" selamba dia bercakap.
tipulah kalau aku tak terguris dengan kata-katanya sebentar tadi. walaupun aku tak cakap yang aku cintakan dia tetapi aku tetap rasa macam kena tolak dalam gaung.
"ouh" aku menganggukkan kepala. telefon bimbitku di ambil.sedaya upaya aku cuba untuk tidak bercakap dengannya takut air mataku mengalir. Hati tolonglah jangan menderhaka dekat tuan kau ni.
"pelik"
aku memandang dia. Apa yang peliknya? Dia masih lagi tidak melepaskan pandangannya dari laptop.
"pelik bila you tiba-tiba cakap macam tu. you nak pergi mana? you dah nak SPM kan? jadi kenapa you terfikir nak pergi jauh dari sini. you tak fikir SPM? jangan disebabkan masalah you dan kawan-kawan you, you nak pergi jauh dari sini pula. fikir pasal SPM dulu"
aku menghentak meja. aku rimas. ya aku tersangat rimas. "masa bila pula I cakap I nak pergi jauh dari sini! I tanya je kan? ada I kata I nak pergi dari sini ke? ye I SPM tahun ni jadi apa masalah? even sekarang ni pun I tengah study. I sentiasa fikir yang I ni budak SPM dan I akan buat yang terbaik dalam peperiksaan tu nanti. bodohlah I kalau I nak menghancurkan masa depan I. I takkan mengalah disebabkan seorang kawan la!" aku mendengus marah.
"hey! hey! kenapa marah marah ni? I cakap je kan?" Dia membidas kata kataku
"memanglah you cakap je tapi cara you tu. you bercakap seolah-olah I ni memang tak ambil kesah langsung pasal SPM" keras aku bersuara.
"ye la I minta maaf ok" Dia memberikanku senyuman manis namun aku langsung tidak menghiraukannya.
"I nak balik. tolong hantar I balik please" aku mengemas barang barangku. malas duduk lama-lama dengan dia takut aku akan mengalah dengannya dan akhirnya menangis.
P/S: yeay! akhirnya I dah jumpa watak hero dan heroin.. nanti Uoolllsss tengok la cast yang I baru buat yer.. sayang korang..
YOU ARE READING
Sahabat
Short StoryNur Hanania Binti Fawwaz orangnya cantik namun untuk mendekatinya sangat susah. Dia hidup dalam kalangan orang kaya namun tidak mempunyai kasih sayang yang cukup dari mama dan papanya. Baginya kawan adalah keluarga. Nur Nadirah Binti Hasni kawan Yan...