"Hana!" Aku menoleh memandang lelaki yang memanggil aku. Tak lama kemudian aku menyambung langkah kakiku.
"Hana, aku panggil kau la!" Lelaki itu memegang pergelangan tanganku.Terkejut dengan tindakan lelaki itu aku menyepak kakinya kuat.
"Aduh, sakitlah!" Dia menggosok kakinya yang sakit. Aku mengambil kesempatan itu untuk beredar.
"Hana! Nur Hanania Binti Fawwaz!" Lagi sekali lelaki itu mengejar aku.
Aku menarik nafas panjang lalu menghembusnya. Aku memusingkan badanku menghadap lelaki itu. Aku perlu mengawal marahku kalau tidak habis dimakinya lelaki itu.
"Kau nak apa Aiman?" Aku memandang kanan kiri takut ada Amalina. Aku tak mahu dia fikir bukan bukan pasal aku.
"Kau taukan aku dah suka kau lama?" Dia memandang aku meminta jawapan.
"Tahu. Tapi kau hanya sukakan aku. Bukankah kau cintakan Amalina. Jangan mainkan hati dia Aiman. Aku sebagai sahabat dia tak nak dia terluka. Dengar sini Aiman! Aku tak ada hati dan perasaan terhadap kau jadi kalau kau rasa nak cuba dapatkan aku dari sahabat aku, Jangan mimpilah Aiman! Baik kau jauhi Amalina kalau kau hanya nak permainkan dia." Aku berlalu pergi.
"Kalau kau tak nak terima aku.Aku akan pastikan kau dengan sahabat kau berpecah. Ingat tu Hana!" Lantang dia bersuara namun aku hanya memekakkan telingaku.
*****
Aku berjalan untuk mencari pondok yang biasa aku dan rakan rakanku lepak. Aku mendekati Raisya dan Amalina yang duduk di pondok sambil berborak.
"Lina kau dengan Aiman macam mana? Kau dah fikir apa kita orang cakap hari tu. kau pilih mana? Bola tampar atau Aiman?" Aku bertanya lalu melabuhkan punggungku di atas kerusi batu.
"Aku pilih dua-dua. Aku rasa aku boleh handle perasaan aku. Korang jangan risau ok."
"Tapikan Lina.." Aku cuba untuk mengubah fikiran Amalina namun Amalina terus bangun dan berlalu pergi.
"Eh Nia, kau jangan ambil hati la. Dia tu tengah tak ada mood tu" Raisya cepat-cepat bersuara apabila melihat mukaku berubah mendung.
Aku menganggukkan kepalaku "kenapa dia tak ada mood?"
"Aku cerita aku nampak Aiman tengah pegang perempuan, perempuan tu form 5 juga tapi aku tak nampak muka dia, yang aku dengar dia jerit nama Hana. Sekolah kitakan ramai yang bernama Hana jadi aku tak boleh teka siapa." Tenang Raisya bersuara. Aku meneguk air liur kelat. Aku tak nak hubungan kami hancur. Jujur aku kata aku sayang dia orang sebab dia oranglah yang sentiasa ada masa aku sedih dan gembira.
"Nia! Kau tak payah fikir sangatlah, nanti ok lah tu." Suara Raisya mematikan lamunanku.
"Nia!"
Aku menoleh memandang orang yang memanggilku itu. Aku melihat Shawana yang berlari -lari anak menuju ke arahku. Nadirah juga turut sama datang ke arah ku.
"Wana.." Perlahan aku memanggil Shawana yang beralih arah menuju ke arah kantin. Berkerut mukaku. Kenapa panggil aku kalau mahu pergi ke tempat lain? Aku bangun lalu menuju ke arah Shawana.
"Kau nak pergi mana?" Serentak Raisya dan Nadirah bersuara.
Aku memandang mereka sekilas dan memberikan jawapan sebelum berjalan mendapatkan Shawana.
"Abang!" Terhenti terus langkahku melihat abang Shawana. Aku hanya melihat dari jauh kemesraan Shawana dengan lelaki yang dikenali sebagai abangnya itu.
Tidak keruan aku di buatnya apabila melihat abang Shawana memandangku dan berjalan menghala ke arahku. Aku tak boleh berfikir. Apa yang aku tahu ialah aku kena lari.
YOU ARE READING
Sahabat
Short StoryNur Hanania Binti Fawwaz orangnya cantik namun untuk mendekatinya sangat susah. Dia hidup dalam kalangan orang kaya namun tidak mempunyai kasih sayang yang cukup dari mama dan papanya. Baginya kawan adalah keluarga. Nur Nadirah Binti Hasni kawan Yan...