8: Keluar Hospital

32 7 4
                                    

"Hari ni macam mana? Masih rasa sakit lagi?" Iskandar memandang aku lama.

"Ok. Errr.. Boleh tak you balik? I tak selesa la kalau you jaga I. I boleh jaga diri" perlahan aku menyuarakan apa yang ada di dalam hatiku ketika ini.

"Are you sure? Berapa kali you kata you boleh jaga diri you?  You jaga diri sampai kemalangan, begitu? Macam tu ke jaga diri?" Sinis Iskandar bersuara.

Aku menelan air liur yang rasa tersekat di tekak apabila melihat pandangan Iskandar yang tajam.

"I tau I salah tapi sekarang ni kan hospital. Bukan sikit tapi ramai orang, Doktor ada jururawat ada. Bukan tu je ha luar tu ramai keluarga pesakit ada. Kalau ada apa apa jadi dorang boleh bantu."

Dia tergelak kecil tapi mukanya masih tegang memandangku. "You ingat keluarga pesakit dekat luar tu nak kisahkan you ke? Mungkin la ada jururawat dan doktor tapi kalau dorang tak perasan apa apa jadi dekat you siapa nak tolong?"

Aku terdiam. Tekaku. Terbisu. Boleh masuk tak ? Aku menggeleng perlahan lalu tergelak kecil. Berkerut muka Iskandar yang memandang aku.

"Nak telefon bimbit you" aku menghulurkan tangan meminta telefon bimbitnya.

"Nak buat apa?"

"Nak nombor telefon you. Cepatlah!" Gesaku

Teragak-agak dia memberi telefon bimbitnya. Aku pantas mengambil telefon bimbitnya lalu membuat panggilan ke telefon bimbitku.

Sebaik sahaja telefon bimbit ku berdering aku mematikan panggilan lalu memulangkan semula telefon bimbitnya. Aku mengambil telefon bimbitku lalu menyimpan nombor telefonnya.

"Dah! I dah simpan nombor telefon you. I letak nombor tujuh dekat nombor telefon you. Nanti I tekan je la nombor tujuh kalau ada apa apa jadi."

Dia mengerutkan mukanya. "Kenapa nombor tujuh? Kenapa tak nombor  satu?"

"Satu mama. Dua papa. Tiga Ira. Empat  Lina. Lima Isya. Enam Wana. So tinggal tujuh, lapan dan sembilan je, I letaklah nombor tujuh. Bukan senang I nak letak nombor ni semua dekat orang yang I tak kenal. Kawan-kawan sekolah pun I tak letak apa-apa nombor. You kira beruntunglah sebab I letak dekat nombor ni semua tak payah susah-susah cari nama tekan tujuh je dah call. I dah terangkan dekat you jadi boleh tak you pergi?"

Dia mengeluh perlahan lalu bangun. "Ingat! Call I kalau ada apa-apa. Nak balik pun call I, nanti I hantar you balik"

Aku menganggukkan kepalaku. Tiada niat di hati untuk memberitahunya apabila aku balik nanti.

****

"Kau tak nak bagi tahu Is ke yang kau nak balik?" Risau suara Nadirah

"Tak nak lah. Kau dah ada buat apa nak panggil dia" aku  bangun dari katil hospital lalu berjalan perlahan ke arah pintu bilik. Nadirah yang melihat aku yang susah untuk berjalan cepat-cepat membantuku.

"Betul ni? Wana cakap Is suruh bagitahu dia kalau kau nak balik" dengan berhati-hati Dia bersuara takut dimarahi olehku.

"Hmm.. Biarlah. Kau dah ada buat apa nak susahkan dia. Nanti dia kata aku manja. Malas aku nak minta bantuan dia" aku bersuara malas.

Serta merta kaki nadirah berhenti di pertengahan jalan aku yang turut dibantu olenya juga terhenti. Aku memandang muka Nadirah.

"Kau pasti dia akan cakap kau manja kalau kau minta tolong dia? Aku tak rasa macam tu. Apa yang aku nampak, dia sangat baik. Tak pernah pun sehari dia tinggalkan kau dekat hospital. Dia tinggalkan pun sebab kau yang bersungguh sungguh suruh dia pergi. Malah dia tak pernah merungut masa menjaga kau. Macam tu kau fikir terhadap dia?" Tegas Nadirah bersuara.

Aku mengeluh " ye la aku salah. Aku sebenarnya tak selesa  kalau dia ada. Boleh tak kalau kita berhenti je cakap pasal dia?"

Nadirah menganggukkan kepalanya lalu menyambung langkah menuju ke keretanya.

"Cik Wa! Kami dah balik" Nadirah bersuara lalu memimpin aku untuk duduk di sofa.

"Mana pula Cik Wa ni?" Nadirah berjalan menuju ke arah dapur. Aku mencapai remote control lalu membuka tv.

"Nia!"

Aku memandang laluan yang menghala ke arah dapur mencari Nadirah yang memanggilku.

"Kenapa?"

"Cik Wa pergi mana?"

"Entahla. Cik Wa tak tahu aku balik. Aku tak call Cik Wa pun tadi. biar je la. Cik Wa dengan anak-anak dia kot. Kita tak payahlah kacau mereka." Aku bersuara lalu bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah dapur. Tangan melilau memegang dinding takut jatuh.

"Nia! Kenapa bangun ni? Nak naik ke?" Nadirah mendekati aku lalu membantuku untuk berjalan.

"Nak cari kaulah. Kau buat apa dekat dapur?" Perlahan aku bersuara.

"Aku cari bahan nak memasak. Kau duduk sini dulu nanti dah siap aku pimpin kau ke dapur makan dengan aku." Dia membantuku untuk duduk semula di sofa.

"Aku nak tolong juga. Tak selesa lah. Ni kan rumah aku takkan kau pula yang masak untuk aku. Apa orang kata. Tetamu pula yang masak untuk tuan rumah" perlahan aku membebel.

Nadirah membulatkan matanya acah marah. "Siapa sakit sekarang ni? Kau kan? Lantaklah orang nak cakap apa yang pasti aku tahu"

Aku tergelak kecil melihat Nadirah membulatkan matanya. Semakin bulat matanya apabila bersuara. Dia berjalan menuju ke dapur semula.

P/s: entah kenapa dengan diri I ni pun I tak tahu. Terlebih gembira lak sebab tu I hadiahkan lagi satu chapter dekat uollss.. Kalau nak lagi chapter kena buatkan I gembira macam sekarang ni.. Tak hilang senyuman dari bibir I dari tadi dok senyum je kerjanya.. Hahahaha... Voment guys💜

SahabatWhere stories live. Discover now