16:Tanah Airku

22 5 0
                                    

Lima Tahun Kemudian, 11 Oct 2020...

"Ah leganya" aku menarik bagasi dan terus menuju ke arah teksi yang beratur menunggu penumpang.

"Pak cik tolong hantar saya dekat alamat ni" aku menunjukkan kertas kecil kepada pemandu teksi itu.

"Baiklah nak" pak cik itu memberikan senyuman manis lalu mengangkat begku diletakkan dalam bonet kereta.

Aku tersenyum memandang pak cik teksi itu. Baiknya hati dia. "Terima kasih pak cik"

Aku mengambil tempat duduk belakang sambil melihat pemandangan di luar tingkap. Laju tayar teksi itu meluncur di atas jalan raya sampai di Kuala Lumpur.

Teruja aku melihatnya. Lima tahun aku menginap di Ireland langsung tiada khabar berita dari Malaysia. Banyak yang dah berubah. Bangunan yang tinggi mencakar langit dengan pelbagai warna.

"Anak ni berasal dari mana?"

Aku memandang pak cik teksi itu sebelum memberikan jawapan. "Saya berasal dari KL pak cik. Tapi tu lah dah lima tahun tinggalkan Malaysia, dah banyak yang berubah"

Pak cik menganggukkan kepalanya. "Apa nama anak?"

"Nama saya Nur Hanania. Tapi lagi senang panggil Nur je la" balasku sambil membuang pandangan ke arah bangunan bangunan yang cantik.

"Ouh. Cantik nama. Nur pergi menjelajah ke mana sampai lima tahun tak balik?" Pak cik teksi memandangku melalui cermin pandang belakang.

"Tak ada lah menjelajah sangat pak cik. Nur cuma sambung belajar je dekat Ireland tu sementara menunggu mama dan papa habiskan kerja dekat sana. Kebetulan pula Nur dah habis belajar jadi Nur pulang dulu. Mama dan papa ada lagi seminggu dekat sana. Rindu sangat dekat malaysia tu yang pulang awal tu" mesra aku berbual dengan pak cik teksi ni. Aku merasa selesa apabila berbual dengannya.

Pak cik teksi itu menganggukkan kepalanya "Ye la betullah orang kata. Apa tu? Hujan emas di negeri sendiri hujan batu di negeri orang?"

Aku tergelak kecil terhibur dengan gelagat pak cik teksi itu "tak lah pak cik.Hujan batu di negeri sendiri, Hujan emas di negeri orang"

"Ha! Tu la yang pak cik nak cakap. Pak cik ni tak pandai. Belajar sampai Tingkatan tiga je lepastu berhenti. Tu yang pak cik beria nak anak pak cik belajar betul-betul tapi semuanya buat tak tahu je. Pak cik nak anak pak cik berjaya macam kamu. Pak cik tak mahu mereka hidup susah lagi" aku merasa simpati. Riak sedih terpapar di wajahnya.

"Tak apa lah pak cik. Pak cik doakan yang terbaik untuk anak-anak pak cik. Doa ibu bapa paling mujarab bukan?" Terus aku memberi kata kata semangat kepada pak cik teksi itu.Pak cik teksi itu  memberikan senyuman manis kepadaku.

"Dah sampai. Dekat KL ni bahaya keluar sorang-sorang nanti kalau nak pergi mana-mana call je la pak cik. Pak cik tahu  selok belok KL ni. Boleh pak cik hantarkan kamu ke destinasinya"

Aku hanya mengangguk sebelum membayar tambang teksi. Pak cik itu membantuku mengeluarkan bagasiku dari dalam bonet. "Terima kasih pak cik"

perlahan aku berjalan ke arah pintu kereta dan menutupnya. Aku  menarik bagasiku. Sempat juga aku melihat rumah banglo yang aku tinggalkan sejak lima tahun dahulu.

****

Aku menyangkut tuala di belakang pintu. Kaki diatur ke meja kerja. Laptop dibuka. Sejak duduk di Ireland semua perkara yang berada di malaysia sudah tidak diambil tahu. Wattpad juga sudah lama tidak dibuka.Sudah lama tidak buka, jadi rindu pula nak buka wattpad.

Jariku menari nari di atas papan kekunci membuka laman web Wattpad. Hmmm.. Langsung tiada notification yang masuk. Aku ni bukanlah famous sangat dekat Wattpad ni Follower pun tiga orang je. Tak tahu la kenapa dorang follow aku padahal tak ada apa pun. Novel? Hmm.. Langsung tak berminat menulis. Baca je mampu.

SahabatWhere stories live. Discover now