15:Lari

23 6 2
                                    

aku berjalan menuju ke arah meja di tepi katilku. Laptop dibuka. aku membuka wattpad dan membuka satu conversation dari penulis yang sangat aku minat.

8.52 P.M
luah perasaan? aku tak takut untuk meluahkan perasaan. tapi... aku cuma tak nak dia hilang focus dalam pembelajaran dia. aku sayang dia jadi aku terpaksa melukakan hatinya. -IsHan-

aku menekan butang reply.

Hanan: kalau cintakan dia kenapa tak beritahu dia? kenapa kena sakitkan hati dia?
11.22 P.M

aku melihat jam di dinding. hmm.. mungkin dia dah tidur kot. aku membuka novel 'Did She forget Me?'.

Ting!

aku melihat ada satu notification masuk. 'IsHan replied to your comment on conversation'. Aku mengerutkan mukaku. Aik! tak tidur lagi? ingatkan dah selamat masuk ke alam mimpi. pantas aku mengklik notification itu.

IsHan: macam yang aku cakap tadi. aku tak nak dia hilang focus dalam pembelajaran. satu hari nanti aku akan bagitahu juga dekat dia. kau jangan risaulah.
11.30 P.M

Hanan: andaikata suatu hari nanti dia luah perasaan dekat you. apa yang you nak buat? nak tolak dia lepas tu bila dia tahu you pun cintakan dia, you nak bagi alasan tak nak dia hilang focus dalam pembelajaran. begitu?
11.31 P.M

aku mencebik. tadi reply sekarang dah terkaku dengan soalan aku tadi? lama aku tunggu tapi langsung tiada balasan. akhirnya aku sambung baca novel tadi.

Ting!

Huh! waktu aku nak sambung bacalah kau nak balas.

IsHan: mungkin.
11.58 P.M

Hanan: How dare you! kejamnya. selama ni I tak nampak pun kekejaman you tu.
11.58 P.M

IsHan: kejam? nope. mana ada I kejam. I cuma nak dia focus dalam pembelajaran tu je.
11.59 P.M

Hanan: Dia masih bersekolah or tengah sambung belajar?
11.59 P.M

IsHan: masih bersekolah.
11.59 P.M

Hanan: dan you?
12.00 A.M

IsHan: Sambung belajar at the same time bekerja.
12.01 A.M

Hanan: ouh. tapikan kalau dia luahkan perasaan lepas SPM. you akan terima dia?
12.02 A.M

IsHan: mungkin. tengok keadaan lah.
12.03 A.M

aku mencebik. dari tadi mungkin je. aku luku juga dia ni karang. aku menutup wattpad seterusnya laptop. dah pukul 12.00. aku kena juga rehatkan mata aku ni.

perlahan aku bangun dari kerusi dan menuju ke arah katil sebelum merebahkan badanku ke atasnya.

Ah!  selesanya. sakit badan tadi beransur pulih. Haih! baru 17 tahun dah sakit belakang. hmm.. lagi dua hari nak SPM..  jadi terpaksa lah tukar rutin harian. first sekali tak boleh tidur lewat dan yang kedua dah kena study hard.

*****

"Nia lagi dua hari Nia SPM kan?" Mama meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng di depanku.

"Haah"  aku menganggaukkan kepala sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

Mama duduk di depanku lalu merenung ke dalam mataku "Buat yang terbaik ok. Mama doakan anak mama berjaya"

Aku memberikan senyuman yang cukup manis buat mama. "Terima kasih ma. Sayang mama"

"Aik! Mama je ke? Papa?" Encik Fawwaz bersuara.

Aku menayang sengih. "Mestilah sayang"

Encik tertawa kecil "hari ni papa hantar Nia pergi sekolah nak?"

Aku tersentak. Kepala dipusing memandang papa yang sedang makan.

"Betul ke ni pa?"

"Betullah" Encik Fawwaz mengangguk lalu menyuap lagi nasi ke mulutnya.

Aku berlari sebelum memeluk papa. "Thanks pa.. Dah lama papa tak hantar Nia.. Kali terakhir papa hantar masa Nia masuk darjah 1"

"Jom" papa bangun lalu mencapai briefcase. Aku berjalan mengikuti langkah papa menuju ke keretanya.

****

"Belajar elok-elok" sempat papa menasihatiku sebelum aku keluar dari keretanya. Aku menganggukkan kepalaku. Tangannya aku capai lalu aku mencium belakang tangannya.

Aku melambai tangan melihat kereta papa yang laju meninggalkan perkarangan sekolah. Perlahan aku memusingkan badanku dan berjalan menuju ke kelas.

Baru sahaja kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Kelas yang bising tadinya terus senyap. Semua mata memandang ku. Aku pelik. Apasal mereka tiba-tiba senyap? Aku tidak menghiraukan mereka malah terus mendekati mejaku. Beg diletak lalu Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Aku menyambam mukaku ke atas meja.

"Ehem.. Nia"

Aku mengangkat muka. Saleha rakan kelas ku memandangku cuba memberitahuku sesuatu.

"Kenapa?" Aku memberikan pandangan pelik.

"Erkk.. Aku dengar kau dah pindah sekolah. So kitaorang letaklah cat biru dekat kerusi kau ni. Kitaorang ingat nak buat kerusi dengan meja ni warna biru dan letak dekat belakang nak jadikan ruang library kecil"

Aku tergamam. Cat biru? Maksudnya kalau aku duduk melekat la cat tu dekat baju aku kan? Sepantas kilat aku bangun. Terkejut aku melihat kain dan belakang bajuku dihiasi warna biru cair. Setengah dari begku juga berwarna biru. Aku rasa nak menangis teresak-esak di sini. Malu. Malu dengan rakan-rakan kelasku. Siapa yang cakap aku dah pindah?

"Siapa yang cakap aku pindah?!" Kuat bergema suaraku di dalam kelasku. Namun tiada langsung yang ingin bersuara.

Aku mengalihkan mataku memandang Nadirah. Namun dia hanya menumpukan perhatian pada kerja sekolahnya.

Aku mengalihkan pula pandangan memandang Amalina dan Raisya. Mereka memberikan senyuman sinis kepadaku. Air mataku mengalir. Sampai hati mereka buat aku begini.

Aku mengangkat begku lalu berlari keluar dari kelas. Mataku sempat memadang Shawana yang memberikan pandangan simpati kepadaku.

Mulai hari ni aku kena kuat! Aku tak perlukan kawan. Aku tak perlu bergantung hidup dengannya! Aku adalah aku! Aku takkan biarkan mereka pijak kepala aku lagi. Penat! Aku dah cukup penat dengan semua ni. Sampai di rumah aku mengurungkan diri di dalam bilik sendirian.

Aku perlu berusaha! Dapat kan keputusan yang bagus. Tunjukkan dekat mereka yang aku boleh hidup tanpa mereka. Lagi sekali air mataku mengalir. Mengalir. Mengalir. Dan terus mengalir.

SahabatWhere stories live. Discover now