"Yana, teman kak Nia pergi shopping nak?" aku menegur Anak Cik Wa yang sedang termenung.Entah Apalah yang difikirkan oleh budak berumur 14 tahun itu.
"tak apalah kak. Yana tak ada duit la nak pergi shopping dengan akak. Gaji yana tak dapat lagi. duit yang tinggal sekarang ni nak bantu Umi dengan babah. andaikata umi dan babah tak ada duit"
Aku memuncungkan mulut. kadang-kadang aku kesian juga dengan Dayana ni. baru berumur 13 tahun dah mula kerja. bukan aku tak pernah larang dulu tapi katanya nak bantu umi dan babahnya. terpaksa jugalah aku bersetuju. apatah lagi Dayana ni dah aku anggap sebagai adik aku.
"ala, yana ni.. kak Nia tak suruh pun yana guna duit gaji yana tu. Kak Nia belanjalah" aku mengangkat keningku berkali-kali.
Dia menggelengkan kepalanya. "tak apalah. menyusahkan akak je nanti"
"tak lah. tak menyusahkan pun. jomlah. akak tak ada kawan ni nak ajak shopping. kak Nia dah lama tinggalkan malaysia ni. kak Nia nak juga tengok apa yang dah berubah dekat KL ni. boleh eh? Ni satu arahan tau. kalau tak Kak Nia suruh papa potong gaji Yana"
"janganlah buat macam tu kak Nia. Yana takut menyusahkan akak la" berkerut-kerut muka Dayana.
aku memegang tangan Dayana lembut. "tak ada apalah sayang. Kak Nia yang nak belanja kan? Yana tak menyusahkan akak pun"
tangannya aku tarik hingga ke muka pintu. telefon bimbit yang dipegang dari tadi dibuka. nombor telefon Pak Cik teksi di cari. Bukannya dia tak ada pemandu peribadi tapi dia tak mahu menyusahkan Pak Dan. lagi-lagi Pak Dan merangkap babah dayana ni tengah sakit.
"Kak Nia! akak ni memanglah akak dah pakai tudung tapi Yana tak pakai lagi kak. tunggu Yana pakai tudung dulu baru pergi ok." pegangan tangan dilepaskan olehnya.
keningku berkerut. "Eh! Yana bukan tak pakai tudung ke dulu"
Dia memberikan senyuman manis kepadaku "waktu tu Yana kecil lagi Kak Nia, Sekarang ni kan Nia dah tingkatan 2 mestilah dah kena pakai tudung. kalau akak nak tahu waktu Yana darjah 5 lagi Yana dah pakai tudung penuh"
"Alhamdulillah. akak sokong Yana pakai tudung. dah pergi pakai tudung, Kak Nia tunggu dekat pagar sana" sempat aku megusap kepalanya sebelum dia pergi masuk ke dalam rumahnya yang dibuat khas untuk keluarga pembantu rumah.
*****
"Nia? are you Hanania?"
aku memusingkan badanku memandang perempuan yang menegurku itu. Siapakah perempuan yang berpurdah ini?
aku menganggukkan kepalaku. "yes I am. who are you? Did I know you?"
"of course you did. Takkan awak tak kenal saya Nia?" lagi sekali perempuan membuatkan aku buntu. Siapakah? aku kenal dia?
"I'm sorry. I tak kenal you. macam mana saya nak kenal awak? awak pakai purdah. selama I hidup,I tak pernah ada kawan.."
"Nia!" belum pun sempat aku menghabiskan ayatku dia menyampuk. Matanya berkaca-kaca.
Mata tu. aku kenal! adakah perempuan berpurdah ini ialah Nadirah?
"I'm sorry. Saya tau awak susah nak maafkan saya. susah nak terima saya sebagai kawan awak. lagi sekali saya minta maaf atas semua kesalahan saya. ni nombor saya. saya pergi dulu" Dia menghulur kertas kecil sebelum berlalu pergi.
"are you Nadirah? my bestie?" soalan aku menghentikan langkahnya namun dia tidak memusingkan badannya menghadapku. aku mendekatinya.
"I'm sorry. Tak ada niat di hati untuk melupakan awak. awak sentiasa berada di dalam doa saya. tapi.. saya ada misi sekarang ni jadi buat sementara waktu. kita tidak perlu berjumpa" perlahan aku bersuara. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Sahabat
Short StoryNur Hanania Binti Fawwaz orangnya cantik namun untuk mendekatinya sangat susah. Dia hidup dalam kalangan orang kaya namun tidak mempunyai kasih sayang yang cukup dari mama dan papanya. Baginya kawan adalah keluarga. Nur Nadirah Binti Hasni kawan Yan...