5: New Student

26 7 6
                                    

"Hye guys! Aku baru dapat tahu hari ni ada budak baru yang akan masuk sekolah kita. Budak perempuan. Yang lagi bestnya dia satu kelas dengan kita weyh" Dengan riak yang teruja Amalina bersuara. Raisya juga turut gembira.

Memandangkan hari ini Nadirah tidak datang kesekolah jadi terpaksa aku duduk sorang sorang. Amalina duduk di sebelahku manakala Raisya menarik kerusi untuk duduk di depan ku.

"Aku rasakan nanti kalau budak baru tu masuk. Aku nak dia masuk dalam geng kita la. Kau rasa macam mana Lina?" Raisya memandang Amalina. Aku hanya mendengar perbualan mereka tiada perasaan untuk menyampuk. Aku meletakkan kepalaku di atas meja dan menutup mata.

"Haah betul juga. Kau pula macam mana Nia?" Aku mendengar soalan itu namun aku hanya mendiamkan diri. Aku betul betul mengantuk sekarang ni sudah la malam semalam aku tidak tidur sebab selepas balik sekolah terus pergi tuisyen sampai pukul 10 lepas tu balik rumah siapkan kerja sekolah pula. Aku hanya tidur pukul 2, berapa jam sahaja aku dapat tidur.

Amalina dan Raisya menggoncang lenganku kuat. Terkejut aku dibuatnya. Aku mengangkat kepalaku "apa!" Keras aku bersuara.

"Kita orang tanya pendapat kau ni. Buat tak tau je kan?" Kuat Raisya bersuara. Aku tahu dia marah tapi aku memang tidak ada langsung perasaan nak ikut berborak sama dengan mereka.

Aku mengeluh "suka hati koranglah. Aku penat aku dapat tidur berapa jam je. Bagi aku tidur. Please" aku bersuara seakan akan merayu.

"Mana boleh ikut suka hati kita orang. Kita perlukan persetujuan semua!" Kali ini Amalina bersuara membantah.

"Aku penatlah! Nanti lah kita fikir. Korang pergilah duduk tempat korang. Bising la korang duduk sini" aku meletak semula kepalaku diatas meja lalu menutup muka dengan buku. Aku dengar Raisya Dan Amalina merungut tapi aku hanya diam.

"Assalamualaikum kelas" guru kelasku bersuara. aku mengangkat kepalaku lalu berdiri dan menjawab salam.

"duduk semua. hari ini saya nak perkenalkan kawan baru kamu semua" aku melihat cikgu Natasha memeluk bahu budak baru itu lalu berbisik sesuatu ditelinganya.

"ehem. Nama I Puteri Syawana Binti Ahmad Jalalludin. I berpindah dari sekolah Raja Amsyah. selamat berkenalan" perempuan itu tersenyum memandang kami semua.

berkerut kening aku memandang budak perempuan itu. Sekolah Raja Amsyah? bukankah itu sekolah elit? orang yang berada sahaja yang boleh bersekolah disana. kenapa nak kena pindah sekolah yang biasa ni. ok tipu. sekolah kami juga tergolong dari sekolah yang murid muridnya berada tapi ada juga segelintir yang bukan orang berada yang bersekolah disini.Tu bermakna sekolah kami tergolong dalam biasa bukan?

"Ok puteri awak boleh duduk sebelah Hanania" hilang terus lamunanku apabila terdengar namaku disebut. aku memandang Puteri Shawana yang berjalan ke arahku.

"Tapi cikgu sebelah saya ada oranglah. Ni tempat Nadirah. Hari ni memanglah kosong sebab dia tak datang. besok dia datang." pantas aku bersuara membantah arahan guru kelasku itu.

Shawana yang tengah berjalan ke arah aku terus menghentikan langkahnya. aku mendengar keluhan Yang dilepaskan oleh guruku itu namun aku hanya mendiamkan diri. Aku tak mahu terpisah dari Nadirah.

"Hanania.. bagilah puteri tu duduk dulu sementara Nadirah tak datang. mejakan tak cukup. nanti cikgu suruh budak lelaki letak lagi meja sebelah kamu. kamu kena duduk tengah ok sebab saya nak kamu ajar puteri apa yang puteri tak tahu. saya percayakan kamu Hanania jadi jangan hancurkan kepercayaan saya faham?" tegas cikgu Natasha bersuara.

Aku mengangguk perlahan. "faham cikgu"

"dan lagi satu! saya tak nak kamu semua buli puteri boleh? kalau saya dengar ada kes buli, saya tak akan teragak agak mengambil tindakan. saya tak nak lebihkan sesiapa tapi biar puteri selesa di sekolah ni faham? bukan sahaja puteri malah semua murid yang baru masuk. faham semua?"

SahabatWhere stories live. Discover now