I | 4 Years Later|

4.4K 154 5
                                    

Kadang2 sesuatu yang berlaku boleh memberi perubahan yang amat besar dalam hidup seseorang. Lebih2 lagi jika ianya berlaku tanpa kerelaannya sendiri. Masa tidak boleh diputar semula. Teruskan melangkah ke hadapan, tanpa memandang ke belakang. Kerana kita tidak akn tahu apa yang sedang menanti jika kita berhenti melangkah di sini.

                        👑

Kakinya melangkah ke sebuah rumah batu. Dahulu rumah itu hanyalah pondok buruk yang diperbuat dari kayu. Namun, selepas ianya dirobohkan oleh tentera2 Marina, dia memberi cadangan supaya rumah2 di kota Rosmera dibina dari batu-bata supaya ianya lebih kukuh dan selesa. 4 tahun telah berlalu sejak sumpahan Marina terhapus. Desa2 di sekeliling Istana Balqis sudah dinaik taraf. Hutan yang memisahkan mereka juga sudah tiada. Didirikan jambatan dan taman di sekitarnya supaya senang untuk penduduk2 berulang-alik.

"Tuan puteri! Bila sampai?" Soal Nia sebaik sahaja membuka pintu rumahnya. Agak terkejut juga dia saat Arissa mengetuk pintu rumahnya. Sepatutnya puteri itu masih di dunia manusia. Setelah tamat sekolah menengah, Arissa menyambung pelajarannya di sebuah Universiti di Malaysia.

"Malam tadi.. Tapi Risa terus balik ke istana jumpa ayah. Lagipun Risa penat sangat.. Baru habis final exam.." Jelas gadis itu. Arissa dan Syima yang kadang2 mengikut Arissa datang ke sini selalu memberikan pendidikan percuma kepada penduduk kota itu. Jadi mereka sudah faham sedikit sebanyak bahasa Inggeris.

"Baguslah.. Lagipun kesian mak cik tengok Tuanku Isman.. Ke sana ke mari dengan urusan pentadbiran kota ni. Nasib baik kerjanya di dunia manusia ada yang uruskan. Kalau tak, penatlah dia. Sudahlah sekarang lagi banyak kota2 dan kerajaan2 lain yang ingin bekerjasama dengan kita.." Arissa tersenyum.

"Itulah.. Sejak 4 tahun lepas, semua kerajaan ghaib yang lain nak masuk bawah pemerintahan ayah. Tapi, Risa just cuti 2 bulan saja ni. Lepas tu Risa kena balik ke sana semula."

"Tak mengapalah Tuan Puteri. Yang penting tuan puteri ada kat sini." Arissa hanya mengangguk. Jujur sebenarnya dia tak nak menjadi pewaris kepada takhta ayahandanya. Dia tak suka semua tu. Dia tak sukakan politik. Menjadi pemerintah bererti dia perlu berpolitik dan memegang tanggungjawab yang sangat besar. Kenapalah dia tidak mempunyai saudara lelaki. Dia puteri tunggal. Bila ayahnya bersara, hanya dia yang boleh mewarisi takhta kota Rosmera. Ayahnya bukan muda lagi. Sering juga sakit2 walaupun masih kelihatan bertenaga.

"Rayyan mana mak cik?" Soalnya. Sebenarnya itulah tujuannya ke situ. Untuk berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya.

"Laa.. Bukanke dia pergi ke istana pagi tadi?" Arissa mengeluh. Rayyan sudah menjadi ketua pengawal diraja menggantikan ayahnya, General Rifqi. Samalah sibuknya dengan Tuanku Isman.

"Tak apalah mak cik.. Risa pergi cari dia kat sana." Arissa terus berlalu dari situ. Sudah 3 bulan dia tidak berjumpa dengan Rayyan. Dia sibuk dengan pelajarannya. Rayyan pula sibuk dengan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia disapa seseorang.

"Risa! Nak ke mana tu?" Soal lelaki sebayanya.

"Eh! Dani! Lama tak jumpa. Saya nak balik ke istana. Nak cari Rayyan." Ujar Arissa.

"Laa.. Awak tak tahu ke? Rayyan dan tuanku dah berangkat ke Kerajaan Salji Putih pagi tdi." Arissa menepuk dahinya.  Iya tak ya juga! Ayahnya ada berpesan pagi tadi sebelum dia keluar. Lupa pula yang Rayyan akan ikut sekali.

"Aduh.. Macammana saya boleh lupa. Awak tak ikut sekali ke? Awakkan salah seorang dari Royal Knight ayah.." Dani juga salah seorang dari pengawal diraja yang dilantik ayahnya. Begitu juga Harith, Azhan dan Mukhriz. Dani ketawa.

"Tak. Tuanku minta saya ambil alih kawalan kat sini. Kalau semua pergi siapa nak mengetuai pengawal2 lain." Arissa mengangguk.

"Tak apalah Risa. Saya nak ke Desa Tanah ni. Nak periksa keadaan kat sana. Saya pergi dulu ya." Arissa hanya mengangguk sambil memerhatikan Dani melangkah pergi. Arissa mengeluh. Tak dapat lagilah dia nak melepaskan rindu.

Sepasang sayap putih muncul di belakang badan Arissa sebelum dia terbang ke sebuah bukit di belakang istana. Dia sudah berjaya mengawal kuasa dari kristal mistik yang masih kekal di dalam badannya. Namun, dia jarang menggunakannya kecuali sayap putih itu. Tapi, dia hanya menggunakannya di Kota Rosmera kerana setiap kali dia menggunakan kuasanya, rambutnya yang hitam itu akan bertukar menjadi putih. Arissa termenung di situ, sebelum akhirnya dia tertidur di atas rumput.

…………………………………………

Okey.. That's first.. Ingat lagi Dani, Harith, Azhan and Mukhriz? Dalam Sumpahan Rosmera sis ada mention. Huhu.. This story is a bit different from Sumpahan Rosmera. Tapi still ada kaitan. Kali ni sis nak kenalkan kerajaan2 ghaib lain selain Kota Rosmera. Sumpahan dari Marina dah berakhir. But there will be a new villain that have something to do with how Marina became Marina. Stay tuned and keep reading.. 😘😘😘

kebangkitan (Sequel)Where stories live. Discover now