Si ahli sihir tersengih memandang Arissa. Mereka masih lagi terapung-apung di udara. Si ahli sihir meluru ke arah Arissa sambil menghalakan tangannya ke hadapan. Kuku-kukunya panjang dan tajam. Dia mengekek-ngekek ketawa.
Arissa tersenyum. Setiap serangan dari ahli sihir berjaya dielak. Sungguh dia lebih pantas. Ahli sihir terpinga-pinga saat Arissa yang tiba-tiba menghilangkan diri. Arissa mencuit bahunya.
"Aku kat sinilah.." Si ahli sihir menyeringai dan mula menyerang Arissa kembali. Sekali lagi gadis itu menghilangkan diri. Dia sudah berada di belakang ahli sihir sambil tersengih. Okay! Enough playing! Sebaik ahli sihir berpaling ke arahnya, dia terus menumbuk kuat wajah buruk ahli sihir itu. Terus dia tercampak ke tanah. Melanggar pokok-pokok yang tubuh di situ. Habis pokok-pokok itu patah kesemuanya. Rayyan dan Adam bergegas ke arah tempat ahli sihir itu jatuh untuk memeriksa keadaannya. Mereka tersengih saat melihat si ahli sihir sudah terbaring di situ tidak sedarkan diri.
"Good job, sayang.." Rayyan mengangkat ibu jarinya saat Arissa mendarat di atas tanah. Arissa tersengih.
"Of courselaa.. I've been practising.."
"Sekejap! Bahasa apa yang kalian cakapkan ni? Dan.. Apa ni? Apa semua ni?" Adam menunjuk ke arah sayap dan rambut Arissa yang berwarna putih.
"Kau pun ahli sihir juga?" Soal Adam. Arissa menggosok belakang lehernya.
"Aku ada banyak benda nak cerita pada kau.. Tapi kita kena bawa ahli sihir ni jumpa tok penghulu dulu.." Rayyan menepuk-nepuk bahu Adam.
Tangan ahli sihir yang masih tidak sedarkan diri itu diikat di belakang. Rayyan menggendong si ahli sihir di atas bahunya.
"Beratnya! Apa dia makan ni?" Soal Rayyan.
"Dia makan budak.." Balas Arissa. Mereka tertawa.
👑
Si ahli sihir yang sudah sedar itu dihempas ke atas tanah. Dia menyeringai memandang semua yang berada di situ. Tok Mikael memandangnya.
"Siapa kalian ini sebenarnya? Macammana kalian mampu menangkap dia?" Soal Tok Mikael.
"Kami hanya pengembara, tok.. Tak ada yang lebih dari tu.." Ujar Arissa.
"Sungguh kalian anak-anak muda yang merendah diri.. Terima kasih sudah menolong kami menangkap ahli sihir ini.."
"Mana kanak-kanak yang kau culik dari kampung ini?" Soal Mikael lagi. Kali ini dia melutut di hadapan si ahli sihir.
"Hihihihi... Kenapa kau tanya aku wahai Mikael? Bukan aku yang sembunyikan mereka.." Ujar ahli sihir itu sambil tersengih menampakkan giginya yang kuning dan bertaring itu.
"Apa maksud kau? Kalau bukan kau, siapa?!?" Jerkah Adam.
"Hahaha.. Apa kata kau tanya teman baik kau, Mikael.. Dia yang lebih tahu.." Bagai hendak luruh jantung Mikael.
"M.. Malik?" Soalnya. Si ahli sihir tersengih lagi seraya mengangguk perlahan.
Mikael berdiri lalu melangkah ke arah di mana rumah Malik berada. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah lelaki itu. Tak guna kau, Malik! Arissa, Rayyan, Adam dan beberapa orang anak buah Mikael membontotinya dari belakang. Si ahli sihir sudah diikat di tiang oleh mereka dan dikawal ketat oleh anak-anak buah Mikael.
Mereka tiba di hadapan sebuah rumah kayu. Pintu hadapan ditendang.
"Malik! Keluar kau sekarang!!" Jerit Mikael.
Sunyi.
Rumah itu kosong. Tiada sesiapa pun.
"Bedebah! Dia sudah melarikan diri!" Mikael berdengus kuat.
"Periksa sekitar rumah ni." Ujar Rayyan. Anak-anak buah Mikael hanya menurut.
Habis satu rumah itu diperiksa oleh mereka. Tiada tanda-tanda Malik berada di situ.
"Tok penghulu! Di sini!" Jerit salah seorang anak buahnya. Mereka bergegas ke bilik bawah tanah yang telah dicungkil manganya oleh mereka. Di bawah itu terdapat beberapa buah penjara besi yang menempatkan kanak-kanak yang kononnya telah diculik oleh ahli sihir. Anak-anak buah Mikael sedang membantu kanak-kanak itu dari terus dikurung di dalam penjara itu. Arissa menekup mulutnya.
"Kenapa dia buat mereka macam ni? Kesiannya.." Kanak-kanak itu dipeluk lembut sebelum kepala mereka digosok.
"Mari.. Kami hantar balik rumah.." Ujarnya. Dia, Rayyan, Adam dan beberapa orang anak buah Mikael menghantar kanak-kanak itu pulang ke rumah mereka. Menangis ibu bapa mereka saat anak yang sudah 2 bulan hilang tanpa kesan muncul tiba-tiba di hadapan rumah. Arissa tersenyum seraya mengelap air matanya. Mujurlah semuanya selamat. Tiada yang kurang. Semuanya cukup 15 orang.
YOU ARE READING
kebangkitan (Sequel)
Fantasysequel Sumpahan Rosmera 4 tahun berlalu selepas sumpahan Marina terlerai. kini Arissa sering didatangi mimpi2 aneh. kata Nenek Wu, mimpi itu adalah satu petanda. petanda kepada kebangkitan seekor syaitan. satu persatu persoalan mula terjawab. mampuk...