"Kenapa tubuh kau kecil sekali Naga Angkasa? Kau perempuan pula.." Soal Azil sambil merenung Arissa tajam dengan mata hijau bersinarnya.
"Maaf kalau aku kecewakan kau Azil.. Aku Permaisuri Balqis Arissa.. Bakal pemerintah tertinggi kerajaan bunian!" Azil ketawa terbahak-bahak. Tidak percaya dengan kata-kata gadis itu.
"Hahahah! Jangan buat aku ketawa lah.. Dengar sini! 700 tahun aku terperangkap dalam gunung berapi tak guna tu! Semuanya sebab Raja Naga!! Tapi.. Setelah 200 tahun berlalu... Aku berjaya mengeluarkan rohku dari situ..."
"Jadi betullah.. kau yang merasuk Raja Adrian?" Azil tersengih menampakkan giginya yang bertaring kuning.
"Dan kau juga yang merasuk Marina?" Azil ketawa.
"Mereka hanya sampah! Sampah yang tidak pandai menggunakan kuasa yang aku beri!! Sampah gagal! Sampah tak guna!!!!"
Arissa mengetap gigi. Tak guna!
"Tapi sekarang! Sekarang aku sudah punya kuasa penuh! Kuasa yang Naga Angkasa rampas dari aku! Sudah kembali!!!" Azil mengangkat tangannya ke udara. Drake sudah ketawa di belakang Azil.
Salji hitam yang menebal di atas tanah tadi mula mengambil bentuk. Bersama angin yang agak kuat, tentera Azil memunculkan diri. Seekor demi seekor. Sehinggalah jumlahnya mencecah beribu-ribu ekor. Pelbagai bentuk dan saiz. Pelbagai jenis dan warna. Semuanya memandang ke arah mereka dengan pandangan yang lapar. Semuanya sama! Sama sperti yang pernah muncul dalam mimpinya. Arissa memandang seekor demi seekor. Sabertooth, anjing berkepala 3, ular yang sangat besar, dan banyak lagi.
"Bersedia semua!" Jerit Arissa sambil mengangkat pedangnya tinggi. Satu aura berwarna putih muncul di sekelilingnya. Rambutnya perlahan-lahan bertukar warna. Sepasang sayap muncul di belakang badannya. Matanya putih kebiruan. Beberapa corak aneh muncul di sekeliling badannya yang ditutupi armour berwarna perak.
Arissa merenung tajam ke arah Azil yang sedang tersenyum sinis memandangnya. Masing-masing dengan tangan yang masih diudara. Azil menjatuhkan tangannya. Serentak dengan itu, kesemua tentera haiwannya mula berlari ke arah tentera Arissa.
Tentera Arissa mula menyerang balas saat Arissa menjatuhkan tangannya. Anak panah dari pasukan pemanah juga mula menghujani musuh. Satu-persatu mula hancur tinggal debu. Tapi, seekor jatuh, yang lain pula menyerang. Pertarungan sengit antara tentera-tentera berperisai pelbagai warna dengan haiwan-haiwan yang wujudnya sangat asing bagi mereka. Tentera-tentera bergajah juga mula menyerang.
Drake berlari ke arah Arissa. Dia ingin mencabut nyawa gadis itu sama seperti dia mencabut nyawa ayahnya. Dia tersengih saat serangannya dihentikan oleh pedang milik Rayyan.
"Jangan harap!" Ujar Rayyan.
"Hehh.."
Arissa masih berdiri di situ memegang erat pedang Adarna. Haiwan-haiwan yang cuba menyerangnya serta-merta menjadi batu sebelum hancur berderai tinggal debu. Dia memandang tajam ke arah Azil.
"Lawan aku Azil! Mari tamatkan apa yang kau mulakan!" Jeritnya. Azil menerpa ke arah Arissa dengan senjata birunya. Serangan Azil ditangkis pantas oleh Arissa menggunakan pedangnya. Kuasa dari Pedang Adarna langsung tidak menjejaskan Azil. Arissa mengetap gigi sebaik sahaja Azil melompat ke belakang. Dengan satu libasan senjatanya, semua yang berada di hadapannya tercampak jauh. Termasuklah tenteranya sendiri. Arissa sempat mengelak dengan terbang ke udara. Azil tersengih lalu turut terbang ke udara.
"Kenapa kau tak nak sertai aku, Angkasa? Kita boleh memerintah dunia ni bersama-sama.." Soal Azil.
"Jangan harap aku akan berpaling dari rakyatku, Azil! Mereka tak perlukan pemerintah kejam macam kau!"
"Jadi terpaksalah aku hapuskan kau!"
"Jangan harap!"
Azil menembak satu cahaya berwarna hitam ke arah Arissa. Cahaya yang pernah menukarkan penduduk kampungnya menjadi debu satu ketika dahulu. Cahaya itu meluncur laju ke arah Arissa. Arissa cuba menghalangnya dengan menembak api biru yang sangat besar. Api birunya dan cahaya hitam Azil bertembung dan menghasilkan satu letupan yang menyebabkan Arissa tercampak ke tanah. Pendaratan Arissa di tanah telah membentuk satu kawah yang agak besar. Arissa perlahan-lahan bangkit. Dia memegang tangan kirinya yang patah. Sayapnya juga sudah terkoyak sedikit. Tapi dia masih mampu terbang. Azil kelihatan langsung tidak terkesan dengan letupan tadi. Arissa meluncur ke arah Azil lalu melibas pedangnya. Libasan itu dihalang oleh Azil dengan senjatanya. Pertembungan antara dua senjata itu menghasilkan letupan demi letupan. Tiba-tiba satu daripada Senjata Azil hilang dari genggamannya. Azil mencekik leher Arissa. Pedang Arissa sudah jatuh terpacak di atas tanah. Dengan sebelah tangan yang masih mampu digerakkan, dia mencengkam tangan Azil yang 3 kali ganda lagi besar dari tangannya. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya.
"Dengan tubuh baru kau, Angkasa! Kau lemah! Sekarang kau tak setanding dengan aku! Aku mampu hapuskan kau sekelip mata sahaja!" Azil mencampakkan Arissa ke tanah dan membentuk satu lagi kawah yang sangat besar.
"Mana?!? Mana Naga Angkasa yang dulunya hebat? Mana!?!?" Jerit Azil. Rayyan yang masih bertarung dengan Drake itu pantas menolak Drake ke belakang dan cuba untuk mendapatkan Arissa. Drake menembak api merah ke arahnya.
"Ayah kau tak pernah ajar? Jangan alihkan perhatian dari lawan kau!" Rayyan memandang Drake tajam. Drake hanya tersenyum sinis memandang Rayyan. Anak mata Rayyan menjeling ke arah Arissa yang terbaring kaku di dalam kawah yang dihasilkan Azil.
"Bertahan! Risa!" Ujarnya.
Azil mengaum kuat. Api hitam keluar dari mulutnya dan dia mula menghamburkannya ke bumi. Habis yang berada di bumi mula bertukar menjadi debu. Termasuklah separuh dari tentera milik Arissa.
Azil tersengih.
"Tunduklah pada pemerintah baru kau wahai sekalian makhluk! Tundukk!!!!"
.....................................................
Eheh! Actually sis xreti nak buat scene lawan ni.. So, sis just buat yang termampu.. Hehe.. So harap korang terimalah sis seadanya.. Hehe 😘😘😘
YOU ARE READING
kebangkitan (Sequel)
Fantasysequel Sumpahan Rosmera 4 tahun berlalu selepas sumpahan Marina terlerai. kini Arissa sering didatangi mimpi2 aneh. kata Nenek Wu, mimpi itu adalah satu petanda. petanda kepada kebangkitan seekor syaitan. satu persatu persoalan mula terjawab. mampuk...