III | Fairy Kingdom |

1.7K 121 0
                                    

Arissa menghalakan tangannya ke hadapan. Mulutnya terkumat kumit menuturkan sesuatu. Rayyan, Azam dan Syima hanya memerhati. Mereka berempat baru sahaja selesai berdouble date. Menonton wayang, bersiar2 dan membeli-belah di dunia manusia.

Satu cahaya berwarna putih muncul bersama2 sebuah lubang di dinding bangunan kedai itu. Mereka memerhati ke kiri dan kanan, bimbang jika ada sesiapa yang perasan keadaan itu. Mereka melangkah masuk ke dalam portal dan melompat keluar ke perkarangan istana Balqis di Kota Rosmera. Dengan kuasa dari Kristal Mistik, Arissa boleh membuka portal ke dunia manusia walau di mana sahaja dia berada.

Mereka melangkah masuk ke dalam istana. Kelihatan para pengawal dan penasihat2 diraja sedang berlegar2 di balairungseri istana.

"Kenapa ni? Kenapa nampak kecoh je ni?" Soal Arissa. Rayyan hanya menjungkit bahu. Salah seorang pengawal berlari mendapatkan mereka sebelum tunduk hormat pada Arissa.

"General! General diperlukan di bilik perancangan!" Ujarnya. Rayyan memandang Arissa sebelum berlari ke bilik perancangan strategi perang. Arissa, Syima dan Azam turut membontotinya.

Isman, Dani, Harith, azhan, Mukhriz dan beberapa pembesar di raja sedang bermesyuarat di sebuah meja panjang di dalam bilik itu. Namun, masing2 hanya berdiam diri. Isman berpeluk tubuh.

"Tuanku.. Apa yang berlaku?" Soal Rayyan.

"Rayyan.. Balik pun kau!" Ujar Dani.

"Apa dah jadi?" Soal Arissa pula.

"Kerajaan Pari diserang pagi tadi.." Ujar Isman. Rayyan tersentak. Kerajaan Pari? Sebuah kerajaan ghaib yang didiami makhluk mistik pari2. Kerajaan itu kerajaan yang lemah! Kalau diserang, hancurlah kerajaan itu!

"Macammana boleh diserang, tuanku?" Soal Rayyan.

"Kami tak tahu, general. Sebab itu saya nak kamu ke sana. Periksa keadaan di sana!" Ujar Isman.

"Baik tuanku! Saya berangkat sekarang!"

"Saya ikut!" Ujar Arissa.

"Tak payah Risa! Bahaya!" Ujar Rayyan.

"Tak general.. Biar dia ikut.." Rayyan memandang Isman. Hmm.. Perintah raja. Terpaksalah dia ikut.

"Baiklah.."

                          👑

Perjalanan dari Kota Rosmera ke Kerajaan Pari mengambil masa 3 hari berjalan kaki dan 2 hari menaiki kuda. Rayyan dan Arissa menunggang kuda mereka ke sebuah hutan.

"Seriuslah? Kerajaan Pari ada dalam hutan?" Soal Arissa. Rayyan mengangguk perlahan.

"A'ah.. Jomlah.." Kuda2 mereka berjalan masuk ke dalam hutan itu dengan berhati2. Mereka sampai di hadapan sebuah pintu gerbang yang diperbuat daripada 2 batang pokok yang mempunyai dahan bersambung. Bunga2 berwarna-warni kelihatan tumbuh di sekeliling dahan pokok itu. Namun, kesemuanya kelihatan layu dan kering.

"Semuanya dah kering.." Ujar Arissa. Mereka turun dari kuda sebelum mengikat kuda2 mereka di sebatang pokok berdekatan.

"General Rayyan.. Terima kasih kerana sudi datang.." Ujar seekor pari2 berpakaian seperti bunga tulip. Makhluk itu sangat kecil. Saiznya hanya sebesar tapak tangan. Dia hanya berjalan di atas tanah. Kepak bercorak bunga dibelakangnya kelihatan layu ke bawah. Beberapa makhluk berpakaian bunga2an melangkah keluar dari tempat persembunyian. Terdapat pelbagai jenis bunga.

"Apa yang berlaku Finie?" Soal Rayyan. Dia pernah ke sini 2 tahun yang lalu bersama Raja Isman. Mereka telah mengikat perjanjian dan Kerajaan Pari kini di bawah pemerintahan Raja Isman.

"Mari General.. Rasanya lebih baik tuanku ratu yang menceritakan semuanya.." Ujar Finie, si pari2 tulip. Mereka membontoti Finie ke sebuah pokok yang sangat besar. Seekor pari2 bunga mawar berwarna merah hati memakai mahkota bertatahkan permata berwarna merah sedang bercakap2 dengan beberapa ekor pari2 lain di tepi pokok itu.

"Maafkan patik Tuanku Ratu.. General Rayyan dari Kota Rosmera dah tiba.." Ujar Finie sambil tunduk 90°. Pari2 bunga mawar itu memandang Rayyan dan Arissa silih berganti.

"General! Gembiranya kita dengan kehadiran general ke sini.." Ujar sang ratu.

"Kerajaan tuanku dah dibawah pemerintahan Tuanku Isman. Sudah tentulah saya ke mari bila saya dapat tahu kerajaan ni dalam masalah." Ujar Rayyan setelah tunduk 90°. Pari2 itu memandang Arissa.

"Ni, siapa?" Soalnya.

"Oh.. Maafkan saya.. Saya Arissa. Puteri tunggal Raja Isman." Ujar Arissa setelah agak lama berdiam diri.

"Oh.. Inilah dia Puteri Balqis Arissa.. Puteri mahkota Kota Rosmera. Cantik.. Secantik bondanya. Maafkan kita.. Kita tak tahu.."

"Jangan risau tuanku.."

"Nama kita Rossella.. Ratu Kerajaan Pari.."

"Tuanku Rossella.. Apa yang dah jadi?" Soal Arissa.

"Kami di serang.. Oleh asap berwarna merah.." Ujar Ratu Rossella sebelum menyentuh pokok besar di sisinya.

"Asap merah?" Soal Rayyan.

"Ya.. Dan dia sudah mencuri nyawa Pokok Abadi.." Rayyan dan Arissa memandang pokok besar itu. Ini.. Pokok Abadi?

kebangkitan (Sequel)Where stories live. Discover now