Dua kuda putih milik Rayyan dan Arissa berhenti di sebuah tanah berbukit dan berumput. Mereka memandang ke hadapan. Angin dingin menghembus sejuk hingga ke tulang sum sum. Selangkah sahaja lagi mereka akan masuk ke kawasan bersalji. Di hadapan mereka terbentang permandangan tanah luas yang diseliputi salji. Pokok2 juga sudah putih semuanya.
"Wow.." Ujar Arissa kagum.
"Welcome to the ice kingdom." Ujar Rayyan. Arissa menggosok2 lengannya. Walaupun sudah berlengan panjang, namun, kedinginan masih terasa. Agaknya suhu kerajaan salji putih ini sudah mencapai negatif darjah Celsius.
"Awak tak bawak baju sejuk ke?" Soal Rayyan sebelum mengenakan sehelai jaket tebal berwarna hijau lumpur di badannya. Arissa tersengih sebelum menggeleng.
"Awak ni.. Tunggu kejap.. Saya pergi cari kat pekan sana." Arissa tersengih seraya mengangguk. Matanya hanya mengekori Rayyan menunggang kuda ke sebuah kawasan kampung yang berdekatan.
Dia memandang ke sekeliling. Kerajaan Salji Putih terletak di sebuah kawasan pergunungan. Di sekelilingnya kelihatan gunung2 berwarna putih yang ada tinggi rendahnya. Dia tak nampak mana2 istana pun di sekitar tempatnya berdiri. Mungkin terselindung di sebalik sebuah bukit sederhana tinggi di sisi kampung kecil itu.
"Bersedialah.. Wahai pewaris..." Satu suara garau seakan2 berbisik kedengaran sayup di telinganya.
"Siapa?" Soal Arissa sambil memandang ke kiri dan kanan. Kudanya ditarik perlahan sebelum memandang ke belakang.
"Kau adalah pewaris.." Ujar suara itu lagi.
"Siapa tu?! Baik kau keluar sekarang!" Jerit Arissa masih memandang ke belakang.
"Dalam setiap perjuangan.. Perlu ada pengorbanan.."
"Siapa?! Kau siapa?!"
Senyap.
Arissa mencari2 gerangan suara yang sudah tidak didengarinya itu. Air liur ditelan pahit. Suara itu sudah tidak berbunyi lagi.
"Bersedialah wahai pewaris. Kau adalah pewaris. Dalam setiap perjuangan perlu ada pengorbanan." Arissa mengulangi setiap bait perkataan yang didengarinya tadi. Suara itu. Seperti dia pernah dengar sebelum ini. Tetapi, suara siapa? Dan di mana?
"Sayang, kenapa ni?" Soal Rayyan membuatkan Arissa tersentak.
"Kenapa ni? Awak ok tak?" Rayyan menyentuh wajah Arissa yang sudah pucat lesi itu.
"Tak.. Tak ada apa2.." Ujarnya perlahan.
"Tapi awak pucat ni.."
"Saya sejuk je.. Awak lambat sangat bawak baju sejuk.." Rayyan tersenyum sebelum menghulurkan sehelai jaket tebal berhood berwarna putih kepada Arissa.
"Sorrylaa.. Dah jom.. Saya nak kenalkan awak pada someone.." Arissa hanya memakai jaket itu sebelum membontoti Rayyan.
👑
Isman dan Dani sedang berbincang sesuatu di meja kerja saat pintu bilik kerjanya diketuk dari luar.
"Masuk.." Ujar Isman tanpa memandang ke pintu.
Terpancul wajah Mukhriz dari balik pintu yang dibuka. Lelaki itu merapati meja kerja sebelum tunduk 45°. Tangan kanan dirapatkan ke dada kiri.
"Tuanku.." Isman berpaling sebelum mengerutkan dahinya.
"Mukhriz? Apa awak buat kat sini? Bukanke awak sepatutnya menjaga Kerajaan Pari?" Soal Isman. Dani hanya berdiam diri memandang Mukhriz.
"Tuanku.. Saya rasa tuanku kena ikut saya sekarang.." Ujar Mukhriz. Serius. Isman hanya mengangguk. Dia dan Dani membontoti Mukhriz ke perkarangan istana.
Isman dan Dani tersentak saat melihat bermacam2 jenis bunga bernyawa di atas tanah. Di sekeliling mereka kelihatan pengawal2 yang ditugaskan untuk mengawal kerajaan Pari.
"Apa semua ni?" Soal Isman.
"Tuanku.. Fairy Kingdom is dying.. Begitu juga semua penduduk kerajaan ni.." Ujar Mukhriz.
Dani mendekati seekor pari2 tulip.
"Apa yang berlaku, Finnie?"
"Tuan Dani.. Huh.. Huh.." Finnie kelihatan termengah2.
"Kami ada masa lagi 2 hari untuk hidup. Kami tak boleh hidup tanpa magik yang mencukupi." Jelas Finnie.
"Seluruh hutan Kerajaan Pari dah mereput. Semua pokok2 dah mati. Jadi, kami terpaksa bawak semua penduduk Kerajaan Pari balik ke sini. They're dying, tuanku.. Saya tak tahu lagi apa nak buat." Jelas Mukhriz.
"Mana Ratu Rossella?" Soal Isman.
Seorang pengawal datang membawa sebiji bakul yang ditutupi kelambu. Sebaik kelambu merah jambu itu diselak, terbaring seekor pari2 mawar di atas sebiji bantal dan berselimut hingga ke dada. Pari2 itu masih memejamkan matanya. Tidak sedarkan diri.
"Ketiadaan nyawa Pokok Abadi effect seluruh Kerajaan Pari. Dan kesan pada Ratu Rossella adalah yang paling teruk." Jelas Mukhriz.
"What are we going to do now, my lord? Kita tak boleh biarkan mereka mati.." Ujar Dani yang masih melutut di sisi Finnie.
"Kita kena jumpa Permaisuri Kristal. She's the only one who have enough magic that can save them." Ujar Isman.
YOU ARE READING
kebangkitan (Sequel)
Fantasysequel Sumpahan Rosmera 4 tahun berlalu selepas sumpahan Marina terlerai. kini Arissa sering didatangi mimpi2 aneh. kata Nenek Wu, mimpi itu adalah satu petanda. petanda kepada kebangkitan seekor syaitan. satu persatu persoalan mula terjawab. mampuk...