The world is full of wonders. Sesuatu yang kita tak pernah sangka wujud rupanya ada sahaja di mana-mana. Walau tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tidak bermakna ianya tak ada..
Sudah seminggu sejak Azil dihapuskan. Para tentera sedang membantu penduduk mendirikan rumah yang telah dimusnahkan oleh Azil. Nyawa pokok abadi telah dikembalikan ke kerajaan Pari tepat pada waktunya. Kini kerajaan itu tidak perlu bergantung pada magik Permaisuri Kristal lagi. Para tentera yang terkorban tanpa jasad telah dibina sebuah tugu peringatan di makam diraja. Rakyat dibenarkan melawat tanpa mengira masa.
Kejayaan Permaisuri Balqis Arissa mengalahkan Raja Syaitan Azil telah menjadi buah mulut seluruh dunia ghaib. Menyebabkan banyak kerajaan-kerajaan ghaib yang ingin memeterai perjanjian dengan kerajaan itu. Arissa sedang berehat di bilik bacaan almarhum ayahnya yang telah menjadi bilik bacaannya. Penat sekali. Dia tidak berhenti didatangi wakil dari beberapa kerajaan ghaib yang ingin bekerjasama dengannya. Penat menjadi pemerintah.
"Haih sayang.. Dah penat ke?" Soal Rayyan sambil menatang satu timbunan kertas lalu diletakkan di atas meja. Arissa mengeluh berat.
"Ahh.. Banyak lagi ke?" Rayyan tergelak.
"Sayang.. Dunia ghaib adalah satu dunia yang luas. Sama macam dunia manusia. Takkanlah awak expect dua tiga negara je kot? Kata nak satukan balik kerajaan bunian.. Yang datang pada awak ni baru separuh je tau.. Banyak lagi kerajaan bunian lain kat luar.. Tu tak campur lagi kaum-kaum lain.." Bebel Rayyan dengan panjang lebar.
"Awak ni macam mak nenek la.. Asyik membebel je.." Arissa mencebik.
"Saya bukan membebel.. Saya nasihat.."
"Yelah... Tapi, cukup dululah untuk hari ni ya.. Saya nak turun ke desa.. Nak tengok perkembangan kat sana.."
"Yelah.. Awak permaisurinya.. Saya ikut saja.." Arissa ketawa lalu menarik Rayyan keluar dari istana.
Arissa tahu.. Perjalanannya sebagai seorang pemerintah masih panjang. Dia punya tugas untuk terus melindungi dunia ghaib dari sebarang ancaman. Mungkin dia tak akan pulang ke dunia manusia lagi. Tempatnya di sini. Di tanah kelahirannya. Segala urusan di dunia manusia diserahkan pada Azad dan Syima. Kawan baiknya. Orang-orang yang paling dia percaya. Mungkin dia akan pergi menziarah sekali sekala.
Dunia ghaib memerlukan perlindungan. Dia bimbang, jika masih ada yang ingin mengambil alih dunia ini untuk kejahatan. Untuk kepentingan diri sendiri. Dia tidak boleh biarkan itu berlaku. Walau terpaksa bekorban, dia akan tetap melindungi dunia ini. Sudah menjadi tugasnya sebagai Raja Naga yang baru..
👑 Tamat 👑
.......................................................
Good day lads.. A'ah.. Dah habis.. Sorrylah kalau ending tak macam yang korang nak.. Sis try hard dah.. 🙇🙇 eheh.. Apa jadi pada kisah cinta Rayyan and Arissa eh? Tu sis serahkan pada imaginasi koranglah.. Eheh! Sis harap semua persoalan dah terjawab.. Kalau ada yang belum, korang dialu-alukan untuk bertanya.. Sis ingat sempatlah smpai chapter 50. Haha.. Xsempat rupanya.. Sis dah kekeringan idea.. Semoga korang puas hati dengan cite ni.. Eh! Banyak pulak sis membebel kat sini.. Oklah gais! Adios lads.. See you guys in my next stories.. Muah ciked 😘😘😘
YOU ARE READING
kebangkitan (Sequel)
Fantasysequel Sumpahan Rosmera 4 tahun berlalu selepas sumpahan Marina terlerai. kini Arissa sering didatangi mimpi2 aneh. kata Nenek Wu, mimpi itu adalah satu petanda. petanda kepada kebangkitan seekor syaitan. satu persatu persoalan mula terjawab. mampuk...