XXX | Girl Of Prophecy |

1.2K 100 1
                                    

Kesemua penduduk Adarna berkumpul di pusat pulau itu. Di mana terletaknya sebilah pedang unik yang dikelilingi cahaya berwarna-warni. Mata masing-masing melirik ke arah gadis yang berdiri di hadapan bongkah batu yang menempatkan Pedang Adarna. Dia hanya berdiri di situ. Dengan tangannya menggenggam erat jari-jemari Rayyan.

Arissa memandang Rayyan. Cuba mendapatkan keyakinan dari insan kesayangannya itu. Rayyan mengangguk.

"Macammana kalau saya jadi batu?" Soal Arissa.

"Saya patahkan pedang tu and kita sama-sama jadi batu.." Arissa tergelak.

"Okay.. Saya cuba.." Rayyan mengangguk. Arissa memandang Raja Zamrud dan Aizac. Kedua-duanya mengangguk. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya perlahan-lahan. Dia mendekati bongkah batu. Semua yang berada di situ menantikan penuh debaran di dada. You can do this, Risa!

Arissa mengeluarkan sayapnya sebelum terbang mendekati Pedang Adarna. Tangan Rayyan sudah dilepaskan. Kini hanya ada dua kemungkinan, dia menjadi batu atau menjadi ratu. Tangan dihulurkan ke hadapan. Mata dipejam saat tangannya menyentuh ulu pedang itu.

Cahaya berwarna-warni hilang serta-merta. Bongkah batu besar mula hancur berkecai. Pedang sudah di tangannya. Arissa membuka matanya saat merasakan satu angin lembut menyapu wajahnya. Di hadapannya berdiri seorang gadis burung berambut putih dan bersayap putih di belakang badannya. Gadis itu memakai dress labuh berwarna putih. Arissa terkejut. Seakan-akan melihat cermin. Cuma yang membezakan mereka, adalah anak mata.

"Si.. Siapa kau?" Soal Arissa.

"Namaku Adarna.. Aku jelmaan dari pedang yang kau genggam." Ujar gadis itu sambil tersenyum manis.

"Kenapa wajah kita sama?"

"Kerana kau adalah keturunanku.."

"Apa maksud kau? Aku tak faham.."

"Pulanglah ke tanahmu.. Di situ akan kau temukan jawapan.."

Arissa terdiam sebentar. Tak. Dia tak boleh balik lagi! Dia masih belum selesaikan misinya!

"Tapi aku tak boleh balik lagi!"

"Dengar kata-kataku Puteri Balqis Arissa. Kau akan menyesal jika kau tidak pulang pada waktunya. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan.. Pulanglah.. Mereka sedang menantikanmu.." Perlahan-lahan jelmaan Ratu Adarna hilang dari pandangan. Arissa mendarat ke tanah. Dia memandang Rayyan.

"So, kita kena balik?" Soal Rayyan. Arissa terdiam.

"Jadi kau seorang puteri? Mengapa kau sembunyikan dari kami?" Soal Raja Zamrud.

"Maaf tuanku.. Saya ada sebab sendiri. Saya harap tuanku faham." Ujar Arissa. Raja Zamrud mengeleng.

"Tak.. Jangan panggil aku tuanku lagi.. Kau adalah keturunan Ratu Adarna.. Jadi kau sekarang adalah ratu kami.." Ujar Raja Zamrud sebelum melutut ke tanah. Begitu juga penduduk yang lain. Hanya Rayyan, Arissa dan Adam sahaja yang masih berdiri di situ.

"Tak.. Tolonglah berdiri.. Saya bukan ratu. Maaf.. Pulau Adarna dah pun ada raja. Tak perlulah tuanku Zamrud serahkan takhtanya pada saya." Ujar Arissa. Pedang Adarna diikat kemas pada pinggangnya.

"Baiklah.. Kalau itu yang kau mahu.. Aku tak boleh menghalang keputusanmu. Cuma, kalau kau inginkan kembali takhtamu.. Bila-bila saja aku akan berundur.." Ujar Raja Zamrud.

"Terima kasih, tuanku.."

                          👑

"Jadi sekarang, kita kemana?" Soal Adam. Dia dan Rayyan hanya memandang Arissa. Arissa menggosok-gosok kepala, Caesar, kudanya.

"Kita balik, Risa?" Soal Rayyan.

"You know.. Saya dah janji pada diri saya.. Sebelum saya balik ke Kota Rosmera.. Saya berhajat nak satukan kembali kerajaan bunian. Sama seperti satu ketika dulu.." Rayyan dan Adam tersentak.

"Dalam banyak-banyak alasan yang saya cuba fikirkan.. Saya tak pernah terfikir pasal ni.." Ujar Rayyan.

"Tapi kau tahu kan, Risa. Mustahil untuk kau satukan kembali kerajaan bunian yang dah terpisah beratus tahun dulu." Ujar Adam. Arissa mengangguk.

"Aku tahu, Adam.. Tapi, tak ada sapa pun pernah cuba sebelum ni kan.. Mana kau tahu yang ianya mustahil?" Adam terdiam. Betul juga.

"Habis tu, macammana sekarang? Ratu Adarna minta kita balik.." Arissa terdiam. Dia memandang Rayyan.

"What do you think, Rayyan? Kita balik? Atau tak?" Rayyan melepaskan keluhan perlahan.

"Kita balik, Risa.. Awak dengarkan kata-kata Adarna. Awak akan menyesal kalau tak balik pada masanya. Walau apa pun maksud dia.. Saya tak nak awak menyesal.." Arissa terdiam.

"Hm... Okaylah.. Kita balik.." Rayyan mengangguk.

"Ok.. Aku ikut!" Ujar Adam cuba bertutur mengikut cara percakapan rakan-rakannya sebelum mereka ketawa perlahan.

kebangkitan (Sequel)Where stories live. Discover now