X | Confession |

1.4K 108 2
                                    

Mereka berhenti di hadapan sebuah taman di hujung Tanah Pixie. Taman itu bersambung dengan sungai yang mengalir turun di sisi bukit sebagai air terjun. Kelihatan pelangi kecil terbentuk di atas air terjun itu.

"Wah.. Cantiknya." Ujar Arissa. Matanya tertangkap seorang lelaki sedang memegang lengan seorang gadis yang ingin melarikan diri darinya.

"Tiara.. Tolonglah.. Jangan lari lagi." Rayu Dani.

"Apa kau nak, Dani?" Soal Tiara tanpa memandang wajah Dani.

"Begitu sekali kau benci aku, Tiara? Sampai nak tengok muka aku pun kau tak nak?"

"Bagitahu aku. Apa yang kau nak?"

"Aku nak kau, Tiara!" Tiara tersentak.

"Jangan lari dari aku lagi. Jangan tinggalkan aku.." Perlahan sahaja suara Dani.

"Aku minta maaf untuk semuanya. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Tolong jangan pergi dari aku lagi. Aku dah tak larat nak kejar kau.."

"Dah tua sangat ke kau sampai tak larat nak kejar aku lagi?" Dani tersenyum.

"Kalau kau terus lari macamni, sampai tua pun aku tak dapat nak kejar kau."

"Maafkan aku, Dani.. Aku dah lama maafkan kau.. Aku cuma malu untuk berdepan dengan kau." Ujar Tiara sayu.

"Malu? Kenapa?"

"Aku cemburu dengan kau. Kau kuat. Main2 pun masih lagi kuat. Aku berlatih sampai tak tidur sekalipun aku tetap tak boleh kalahkan kau."

"Tiara.. Kau kuat, Tiara. Aku tak  pernah jumpa perempuan sekuat kau. Aku yakin, sekarang kau mesti lagi kuat kan?" Tiara tersenyum simpul.

"Sudah tentulah." Tiara memegang kedua2 belah tangan Dani.

"Boleh cakap sekali lagi apa yang kau cakap tadi?" Dani tersengih.

"Kau dah gemuk.."

"Dani!!" Dani tertawa perlahan sebelum mendekatkan wajahnya ke telinga Tiara.

"Aku cintakan kau.." Bisiknya. Tiara tersenyum.

"Aku pun.." Dani mengucup lembut tangan Tiara.

"Wah.. Tak sangka pulak aku. Muka macam penyangak tapi dalam hati ada taman." Perli Rayyan.

"Aish.. Penyibuk betullah kau ni.. Aku baru nak mengayat Tiara."

"Tak payah mengayat sangat. Dah dapat dah tu." Rayyan menunjuk tangan Dani yang menggenggam erat tangan Tiara. Mereka berdua hanya tersengih malu.

"Rayyan.. Ini siapa?" Soal Tiara sambil menunding jari ke arah Arissa yang setia di sisi Rayyan.

"Ni, aku kenalkan. Bakal kakak ipar kau. Haha.. Balqis Arissa. Puteri tunggal Kota Rosmera."

"Oh.. Maaf tuanku.."

"Ahh.. Tak payah tuanku2 sangat. Risa je.." Arissa dan Tiara berjabat tangan.

"Tiara Ayreen."

                        👑

"Terima kasih sebab benarkan kami tinggal di sini untuk semalaman, tuanku.." Ujar Rayyan.

"Ah.. Jangan risau.. Kalau kalian mahu tinggal di sini untuk seminggu lagi pun aku tak keberatan." Ujar Indra sambil ketawa perlahan. Indra meletakkan tangannya ke atas bahu seorang gadis berbaju hitam dengan pedang di pinggangnya. Dia baru sahaja sampai di situ bersama beberapa orang pengawal membawa kuda2 milik Isman dan yang lain2.

"Ini.. Kenalkan. General Tiara Ayreen. Ketua pengawal diraja Tanah Pixie." Tiara tunduk 45°.

"Sebenarnya kitorang dah kenal, tuanku.." Ujar Arissa.

"Oh.. Iyake? Hahaha baguslah.." Ujar Indra. Dani terlopong memandang si kekasih hatinya. Tiara sudah menjadi pengawal diraja. Malah seorang ketua. Mesti Tiara sudah bertambah hebat dari dulu.

Mereka memanjat naik kuda masing2.

"Aku pergi dulu, Indra. Ada rezeki, kita jumpa lagi." Ujar Isman.

"Baiklah.. Hati2 di jalan."

"Bila agaknya kita boleh jumpa lagi?" Dani memandang Tiara yang berada disisinya.

"Kau percaya pada jodoh, Dani?" Soal Tiara kembali.

"Mestilah.."

"Jadi, kalau kita ada jodoh.. Lari kemana pun, kita tetap akan bersama." Dani tersengih.

"Aku pergi dulu, sayang.. Jumpa lagi."

"Hati2.."

Mereka menendang kuda masing2 sebelum berlalu pergi dari Tanah Pixie. Dani hanya tersengih sepanjang perjalanan.

"Amboi.. Sejak dah confess ni, asyik senyum je aku tengok." Ujar Rayyan. Dani hanya menggosok2 belakang lehernya.

kebangkitan (Sequel)Where stories live. Discover now