"Okay.. Sekarang cerita.. Apa yang dah jadi?" Soal Rayyan saat balairungseri itu hanya tinggal dia, Arissa dan Dani. Arissa memandang Rayyan sambil meletakkan mahkota kebesarannya di atas meja berbalut kain baldu merah.
"Macammana tuanku boleh tahu pasal kebangkitan Azil dan semua yang tuanku cakapkan tadi?" Soal Dani pula.
Arissa tersenyum sebelum duduk di atas takhta.
"It's good to be back.." Katanya.
Rayyan dan Dani hanya berpandangan sesama sendiri. Jujur, Arissa tidak seperti dirinya. Seakan-akan dia adalah orang lain.
"Korang tahu.. Naga Angkasa dan Azil adalah sahabat baik sejak mereka kecil.." Ujar Arissa tiba-tiba membuatkan mereka tersentak.
"Risa.. Seriuslah.. Awak buat saya risau ni.. Awak ok tak?" Soal Rayyan. Arissa ketawa perlahan.
"Don't worry, Rayyan.. I'm fine.. Saya dapat tahu semuanya semalam.. Tentang Naga Angkasa.. Tentang Azil.. Rupanya semua yang diceritakan dalam lagenda Raja Naga, bukan 100% lengkap.. Ada kisah disebalik semua yang terjadi.."
"Apa yang tuanku cakapkan ni?"
"Naga Angkasa dan Azil bersahabat baik sejak kecil lagi.. Diorang tak pernah berenggang.. Macam belangkas. Apa yang Naga Angkasa buat Azil akan follow.. And apa yang Azil buat Naga Angkasa akan follow. Diorang nakal.. Sangat nakal.."
"Risa.."
"Rayyan.. Please.. Just hear me.. Awak akan faham nanti. Trust me.." Rayyan terdiam. Dia hanya mengangguk memberi peluang untuk Arissa memulakan ceritanya.
"Sebelum Naga Angkasa menjadi raja bunian yang pertama, dia, adiknya, Adarna dan sahabat baik mereka, Azil telah mengembara ke seluruh kerajaan ghaib dalam dunia ni. Cakap sahaja kerajaan mana, semua sudah dijejaki mereka. Dan mereka selalu menolong orang-orang di dalam kesusahan. Mereka sangat disegani. Dan selalu mendapat perhatian. Ini disebabkan oleh kuasa luar biasa yang dimiliki oleh mereka sejak mereka dilahirkan lagi..
Kita dah tahu apa kebolehan yang ada pada Naga Angkasa and Adarna, right? Tapi korang tahu, apa kuasa sebenar Azil?" Pantas Rayyan dan Dani menggeleng.
"Azil juga boleh bertukar. Menjadi seekor raksasa yang sangat menakutkan. Tak pernah saya nampak makhluk macam tu. Sepasang tanduk yang tajam dan melingkar. Sepasang kepak kulit. Berdiri seperti manusia, tetapi berbadan raksasa." Rayyan dan Dani memandang reaksi Arissa. Seolah-olah gadis itu pernah bertemu dengan Azil sebelum ini. Cara dia menggambarkan Azil seperti dia turut berada di situ saat Azil berubah menjadi raksasa yang menakutkan itu.
"But.. Despite all that.. He was a really nice young man. Even with that beast body, he still help others.. Like they were his families.." Reaksi wajah Arissa berubah serta-merta. Dari serius, dia mula tersenyum manis.
"So.. Macammana dia boleh bertukar menjadi.. Jadi Azil yang kita 'kenal'?" Soal Rayyan.
"Semuanya salah saya.." Sekali lagi kata-kata Arissa membuat mereka terkejut. Macammana semua tu boleh jadi salah dia pula? Apa kena-mengena dia dalam cerita ni? Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kenapa salah tuanku?" Soal Dani.
"Sebab saya gagal jadi sahabat yang baik.. Saya tak tahu apa yang merasuknya sampai dia boleh berubah 360° macam tu. Dia nak lebih. Lebih dari sekadar membantu golongan yang memerlukan. Dia inginkan balasan. Dia cakap dia dah bosan jadi pelindung sedangkan dia tak dapat apa-apa pun. Dia ajak saya sertai dia.. Memerintah dunia. Supaya semua tunduk akan kekuatan kami.. Tapi saya menolak. Saya takkan sesekali mengambil kesempatan atas kelebihan ni.
Jadi, Azil marah. Dia mula memberontak. Dia hancurkan kampung kami. Sehingga tinggal debu. Tiada mayat. Tiada seksaan. Semuanya mati serta-merta menjadi debu. Itulah kehebatan kuasa yang dimilikinya. Saya takut.. Saya takut dia buat lebih lagi.. Saya takut kalau dia gunakan kuasanya untuk perkara yang lebih teruk.. Jadi.. Satu saja jalan penyelesaiannya.." Arissa terdiam seketika. Dia menarik nafas panjang.
"Saya rampas kuasanya.. Yang tinggal hanya separuh. Dia tak lagi mampu menukar wajahnya." Arissa tunduk. Seakan-akan kesal dengan tindakannya.
"Sejak tu dia menghilangkan diri. Hilang tanpa jejak. Bertahun lamanya. Sehinggalah saya menjadi raja bunian pertama.. Selebihnya, seperti yang kalian dengar dari Nenek Wu.." Ujar Arissa.
"Kejap.. Kenapa 'saya'?" Soal Rayyan.
"Saya? Betullah.. Saya Raja Naga.." Rayyan dan Dani berpandangan sesama sendiri.
"Kejap.. Saya confused.. Tuanku ni bukan Permaisuri Arissa ke?" Soal Dani. Arissa tersenyum.
"Saya Arissa, Dani.. Tapi saya juga Raja Naga.. Saya adalah dia.. Dan dia adalah saya.."
.……………………………………
Woa! Pause! Rewind.. Play.. Stop! Okay cite ni dah makin mengarut. Yaa sis admit it.. Okok.. Sis akan cite balik kenapa boleh jadi macam ni.. Hahha.. Jangan marah sayangs.. Jum.. Kita mengarut same2.. 🙌🙌 hahaha okay lads.. See you tomorrow.. 😘😘😘 adios
YOU ARE READING
kebangkitan (Sequel)
Fantasysequel Sumpahan Rosmera 4 tahun berlalu selepas sumpahan Marina terlerai. kini Arissa sering didatangi mimpi2 aneh. kata Nenek Wu, mimpi itu adalah satu petanda. petanda kepada kebangkitan seekor syaitan. satu persatu persoalan mula terjawab. mampuk...