XX | The Witch |

1.3K 104 6
                                    

Rayyan melutut di tanah sambil memandang ke kiri dan kanan. Pedang terletak kemas di pinggangnya. Dia memandang ke arah Arissa yang sedang bersembunyi di sebalik sebuah pondok kayu tidak berpenghuni manakala Adam sedang bersembunyi di belakang dinding sebuah rumah. Masing-masing sedang berjaga-jaga. Semua penduduk kampung telah berkurung sejak matahari mula tenggelam. Kampung Belukar berubah menjadi kampung mati. Sunyi. Langsung tiada apa-apa bunyi.

Agak lama mereka menunggu di situ. Masih tiada tanda-tanda sesiapa pun menceroboh.

20 minit..

30 minit..

1 jam..

Tiba-tiba Arissa berasa tidak sedap hati. Keadaan sekelilingnya tiba-tiba menjadi sejuk. Wap kelihatan keluar dari mulutnya setiap kali dia bernafas. Dia memandang ke arah Rayyan dan Adam. Mereka kelihatan biasa sahaja. Tidak kelihatan sejuk sepertinya.

"She's coming.." Bisiknya perlahan. Arissa berdiri. Dia memandang ke arah sebuah lorong gelap di hadapannya. Air liur ditelan. Rayyan yang perasan akan perubahan Arissa terus mendapatkan gadis itu. Pedangnya dikeluarkan dari sarung.

Gelap.. Keadaan sunyi sepi. Bunyi cengkerik pun tidak kedengaran.

"Rayyan.. Awak tak rasa sejuk?" Bisik Arissa.

"Tak adalah.. Awak sejuk ke?" Rayyan agak terkejut saat menyedari wap berwarna putih keluar dari mulut gadis itu. Dia menyentuh tangan Arissa. Sejuknya! Tapi kenapa dia tak rasa apa-apa? Mereka memandang ke hadapan.

Seorang wanita cantik sedang berdiri di hadapan mereka. Bibir merahnya tersenyum manis. Dia memakai pakaian yang agak seksi. Sehelai dress singkat berwarna merah. Dressnya tanpa lengan. Rambutnya yang hitam berkilat dibiarkan beralun cantik. Arissa dan Rayyan terpaku.

Wanita itu melangkah lembut ke arah mereka. Lenggoknya kelihatan sungguh menggoda. Membuatkan Rayyan menelan liurnya. Arissa masih tidak mengalihkan pandangannya. Inike ahli sihir tu? Cantiknya!

Wanita itu melangkah ke arah Rayyan. Jarinya yang runcing berkuku merah membelai lembut wajah Rayyan. Anehnya, Rayyan langsung tidak berganjak. Seakan-akan dia dipukau. Arissa juga terpaku di situ. Mungkin dia juga terpukau dengan kecantikan wanita itu.

"Apa kalian buat di sini?" Soal wanita itu dengan suara yang sangat menggoda. Dia beralih pula pada Arissa. Wajah gadis itu dibelai lembut.

"Lebih baik kalian pulang sahaja.." Ujarnya lagi. Arissa dan Rayyan mengangguk.

"Pulanglah.." Mereka mengangguk lagi. Wanita itu berdiri di hadapan mereka. Jari-jemarinya seakan-akan menarik mereka untuk mengikutinya.

"Ayuh.. Ikut aku.. Kita pulang.." Mereka menurut.

Satu libasan pedang memotong pergelangan tangan wanita itu membuatkan dia menjerit nyaring. Darah terpancut di merata tempat. Serta-merta Rayyan dan Arissa tersedar.

"Rayyan! Risa! Kalian tak apa-apa?" Soal Adam.

"Tak.. Terima kasih Adam!" Adam hanya mengangguk. Mereka memandang ke arah wanita cantik tadi. Dia membelakangi mereka sambil memegang erat lengannya yang sudah kudung itu. Dia tersengih. Menampakkan giginya yang mulai ditumbuhi taring. Dia memandang ke arah mereka bertiga.

Perlahan-lahan susuk tubuh yang cantik itu bertukar menggerunkan. Kulitnya yang licin mula berkedut-kedut. Wajahnya bertukar hodoh. Rambutnya serabai. Dia tersengih memandang tiga sahabat itu.

"Aku lagi suka wajahnya yang tadi.." Ujar Adam.

"Aku pun.." Ujar Rayyan dan Arissa serentak.

"Mana kau simpan budak-budak kampung ni?!" Jerit Arissa.

"Kenapa kau nak tahu?" Soal si ahli sihir.

"Kenapa kau culik mereka?" Soalan dibalas soalan.

"Darah mereka.. Semakin muda darah bunian.. Semakin aku berkuasa.." Ahli sihir itu menyeringai.

"Pergi mampuslah kau!!" Rayyan dan Adam meluru ke arah ahli sihir itu dengan pedang masing-masing. Setiap libasan pedang mereka berjaya dielak oleh ahli sihir. Serta-merta dia terbang ke langit.

"Cis! Main terbang-terbang pulak!" Jerit Rayyan.

"Risa.." Dia berpaling ke belakang. Arissa tiada di situ.

"Rayyan.. Risa boleh terbang?" Soal Adam sambil terpaku memandang seorang gadis berambut putih sedang terbang di langit malam menggunakan sepasang sayap putih. Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macammana nak jelaskan ni? Dia tersengih.

"I'll leave it to you then, sayang!" Jerit Rayyan.

"Okay!!" Balas Arissa manakala Adam masih terpinga-pinga. Bahasa apa yang mereka gunakan?

kebangkitan (Sequel)Where stories live. Discover now