XLI | Military Aid |

1.3K 87 0
                                    

Arissa berdiri di tengah-tengah sempadan yang memisahkan Desa Air dan Desa Tanah. Dia hanya memerhati para tenteranya membantu memindahkan penduduk ke tempat yang lebih selamat. Pedang Adarna masih setia terikat di pinggangnya.

"Awak ok ke?" Soal Rayyan sambil melangkah ke arahnya.

"Saya ok.."

"Awak nampak murung je.."

"Saya bimbang je.. Kita tak tahu bila Azil dengan tentera dia akan datang ke sini.."

"Jangan risau.. Everything will be okay.." Arissa mengangguk perlahan.

"Speaking of which.. Where's Mukhriz dan yang lain? They should be back by now.." Soal Arissa sambil memandang sekeliling.

"Entahlah.. Harap-harap diorang berjaya yakinkan mereka.."

"Tuanku.." Arissa dan Rayyan berpaling ke belakang.

"Mukhriz! Macammana?"

Mukhriz dan beberapa orang tentera diraja merapati Arissa sebelum tunduk 45°.

"Tuanku.. Beberapa kerajaan ghaib di tanah selatan setuju untuk hulurkan bantuan pada kita.. Tentera bantuan akan sampai dalam beberapa hari lagi.." Jelas Mukhriz. Arissa tersenyum lega.

"Alhamdulillah.. Baguslah.." Sekarang mereka hanya perlu menunggu keputusan dari tanah barat, timur dan utara. Harap-harap tiada yang gagal. Mereka perlukan seberapa banyak bantuan yang boleh. Tentera Azil terlalu kuat. Lebih kuat dari tentera Marina. Lebih kuat dari tentera Drake.

"Oklah.. Awak semua balik lah dulu rehat.. Kembali bertugas lepas awak semua cukup rehat.." Arah Arissa. Mereka semua mengangguk sebelum bersurai.

"Mana yang lain ni?" Soal Arissa kebimbangan.

                            👑

Azhan melangkah masuk ke balairungseri istana bersama beberapa orang tenteranya. Semua pembesar-pembesar yang berada di situ hanya memandang tanpa suara. Dia melutut di hadapan sang raja yang berada di takhta.

"Ampun tuanku.."

"Apa hajat kau ke sini?" Soal Raja Aron, raja kerajaan gajah biru.

"Maafkan saya tuanku kerana tiba-tiba datang tanpa diundang.. Saya penyampai pesanan dari Permaisuri Arissa, pemerintah tertinggi Kota Rosmera." Uiar Azhan sambil memandang Raja Aron.

"Pesanan apakah wahai pemuda?"

"Kerajaan ghaib sekarang sedang berada di dalam ancaman, tuanku. Sudah pasti tuanku tahu tentang perang ghaib pertama 700 tahun dulu.. Raja syaitan Azil sudah bangkit, tuanku.. Dan permaisuri Arissa mohon bantuan ketenteraan dari kerajaan tuanku.." Jelas Azhan. Lama Raja Aron merenungnya sebelum akhirnya dia ketawa terbahak-bahak.

"Kau jangan mengarutlah.. Mana mungkin orang yang dah mati boleh hidup semula.." Semua yang berada di situ turut ketawa. Memanglah. Siapa yang nak percaya cerita karut seperti itu selagi ia tak berlaku depan mata. Lagipun, Raja Aron tidak pernah berurusan dengan Almarhum Tengku Isman. Jadi susahlah untuk dia percaya.

"Maaf tuanku tapi saya tak menipu. Tuanku boleh berurusan dengan Permaisuri Arissa sendiri kalau tuanku nak.." Raja Aron memiliki tentera bergajah. Jadi bantuan dari kerajaannya sangat bermanfaat buat mereka. Azhan sedar perkara itu. Walauapapun yang berlaku dia mesti yakinkan Raja Aron.

"Kami benar-benar perlukan bantuan dari tentera tuanku.. Kalau tak.. Bukan Kota Rosmera sahaja akan hancur.. Seluruh dunia ghaib akan berada di bawah kuasa dia.. Tuanku nak tengok rakyat tuanku merana? Sekurang-kurangnya kalau tuanku bekerjasama dengan kami, kita akan jadi lebih kuat. Tentera Azil kuat, tuanku. Sangat kuat. Kami tak mampu lakukan semua ni sendiri.." Ujar Azhan dengan panjang lebar. Raja Aron terdiam. Tak mungkin. Tak mungkin orang yang sudah mati mampu hidup semula.

"Hmm.. Apa pandangan Datuk Bendahara?" Soal Raja Aron sambil memandang ke arah seorang lelaki tua di sebelahnya.

"Saya tak yakin semuanya betul. Tapi, tak salah kalau kita cuba. Sekurang-kurangnya kita boleh bekerjasama dengan Kota Rosmera. Saya ada dengar dari ramai pembesar-pembesar dari kerajaan lain.. Semuanya memuji pemerintah kota itu." Ujar Datuk bendahara meluahkan pandangannya.

"Baiklah.. Tapi beta perlu lihat sendiri semua yang kau nyatakan tadi.. Beta akan berjumpa sendiri dengan permaisuri mu.." Putus Raja Aron. Azhan tersenyum.

"Baiklah.. Bila-bila sahaja tuanku boleh berangkat.." Raja Aron memandang datuk bendahara.

"Datuk.. Perintahkan pengawal untuk siapkan kelengkapan beta.. Kita akan berangkat ke Kota Rosmera sesudah subuh esok.." Datuk bendahara tertunduk sebelum berundur.

"Terima kasih, tuanku.." Azhan tertunduk.

kebangkitan (Sequel)Where stories live. Discover now