"Anjing kurap, pergi kau dari sini!" lintang-pukang aku lari dibuatnya selepas melihat sekumpulan lelaki mengejarku dengan bermacam-macam objek di tangan mereka. Aku bimbang sekiranya birat-birat pada tubuh ini ditambah lagi dengan seksaan lelaki-lelaki tidak berguna itu.
Tubuhku semakin lemah kerana kakiku yang masih belum pulih sepenuhnya akibat dipukul orang tempoh hari, namun digagahkan juga kaki ini untuk bergerak. Aku tidak mahu disebabkan aku, adikku yang seorang itu mati kelaparan. Memikirkan wajah comel adikku itu, aku menggagahkan tubuhku untuk terus kuat.
"Memang dasar anjing kurap. Pencuri makanan! Memang manusia macam kau jijik, lebih teruk otaknya daripada binatang!" salah seorang daripada mereka menjerit lantang. Mahu sahaja aku membelasah mereka namun kudrat yang aku ada tidak mampu menandingi kumpulan mereka. Apakah mereka tidak mempunyai perasaan untuk membela manusia yang mempunyai nasib seperti aku?
Aku berjaya melarikan diri lebih pantas daripada mereka, membuatkan aku boleh mencari alternatif lain untuk bersembunyi. Aku menemui sebuah tong sampah bersaiz besar. Tanpa berfikir panjang, aku terus melompat masuk ke dalamnya. Dengan bantuan kegelapan malam, kumpulan lelaki tadi terus berlari tanpa melihat ke arah tong sampah ini.
"Mana pulak anjing kurap tadi tu?"
"Entahlah, dah mati kena gilis kot. Ah, biar jelah! Bukannya dia boleh menang pun,"
Mereka mula berlalu pergi dan selepas suara mereka tidak lagi kedengaran, aku lambat-lambat keluar dari tempat persembunyian yang berbau busuk ini. Tubuhku yang sudah berbau sampah sarap itu aku tidak endahkan. Laju aku berlari ke sebuah kedai serbaneka 24 jam - tempat di mana aku tinggalkan adikku sementara aku mencari makanan untuknya.
Setibanya aku di sana, langkahku diatur ke belakang kedai tersebut untuk memastikan keberadaannya. Tercungap-cungap aku dibuatnya selepas berlari tidak henti-henti. Pandanganku diliarkan ke arah sekeliling, mencari-cari adikku.
"Eun Ha!" laungku kuat.
Tiada balasan.
"Eun Ha! Kakak dah balik!"
Masih tiada reaksi.
Aku kaget. Ke manakah Eun Ha?
Secara tiba-tiba aku terdengar bunyi rempuhan yang sangat kuat, diiringi dengan jeritan yang sangat dikenaliku. Itu jeritan Eun Ha!
Bertungkus-lumus aku mencari sumber bunyi rempuhan tersebut. Aku sangat takut sekiranya Eun Ha diapa-apakan! Hanya Eun Ha sahaja yang tinggal dalam hidupku! Dialah sebutir permata yang mustahil aku biarkan begitu sahaja!
Pandanganku terhenti apabila melihat adikku terbaring di atas bahu jalan raya. Jantungku seperti sudah berhenti berdegup melihatkan tubuhnya berlumuran darah.
"Eun Ha!" laju aku mendekati Eun Ha sebelum membaringkannya di atas ribaanku. Air mataku sudah tidak mampu ditahan lagi. Wajah comel Eun Ha yang sudah layu dibasahi darah itu aku tatap lama.
"Kakak..." Eun Ha bersuara lagi. Lemah semangatku melihat Eun Ha. Aku mahu mendukungnya namun Eun Ha menolak.
"Kakak... bawak pergi hospital pun bukannya kita mampu. Tak pun... bila dah sampai sana, Eun Ha dah takde nafas dah,"
Eun Ha terbatuk kuat sehingga mengeluarkan darah yang begitu banyak. Tanganku aku gunakan untuk kesat darah pada mukanya. Air mataku sudah tidak henti-henti mengalir. Tidak pernah aku melihat Eun Ha selemah ini! Kakiku juga tidak berdaya untuk berlari lagi. Aku cuma mampu menangis teresak-esak di sisi Eun Ha.
"Lelaki... dalam kereta tu..." suaranya perlahan dan aku dengar, namun aku tidak mengendahkannya. Aku tidak pedulikan sekeliling. Aku hanya fikirkan Eun Ha.
Tidak lama kemudian, aku merasakan jantung Eun Ha tidak lagi berdegup. Mataku bulat membuntang, terkejut benar.
"EUN.... EUN HA!"
Aku semakin lemah dan terus-menerus menangis teresak-esak. Eun Ha di sisi tidak lagi bernyawa, hanya tinggal jasadnya. Wajahku aku tekup kasar dan darah Eun Ha terpalit pada pipiku.
Aku merasakan hidup ini sudah berakhir untukku, melihatkan tubuh Eun Ha yang tidak lagi mampu untuk ketawa, tersenyum dan bersama denganku. Tangannya tidak lagi mampu untuk memegang tanganku.
Hanya Eun Ha sahaja yang tinggal di dalam hidupku, dan kini dia juga hilang.
Cukup-cukuplah dengan pemergian kesemua ahli keluargaku sebelum ini! Aku sudah tidak mampu menghadapi semua ini! Bilakah giliranku untuk pergi pula?
Aku menjerit sekuat hati, separuh histeria. Jalan sunyi ini hanya ada aku, jasad Eun Ha dan...
"Orang mati pun nak bising ke?" tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki di sebelahku. Kepalaku aku toleh dan mendapati...
"Ya, memang aku yang langgar dia. Dah tu? Tak payahlah nak bising. Aku akan bayar semua kos untuk pengurusan kematian dia. Anjing kurap macam kau mana ada duit nak bayar semua tu," dia bersuara lagi. Aku memandangnya dengan wajah keliru.
"Awak... siapa?" soalku.
Dia ketawa sinis sebelum tersenyum pendek, "Aku Oh Se Hun, ahli EXO yang baru langgar adik kau, anjing kurap,"
A/N : I'm sorry guys, I re-uploaded this because I think I should change the genre. And yeah, Hyunatic knows why I did this. While I write any fanfic, I'll publish and unpublish it soon. AHAHAHA okay lol.
YOU ARE READING
artificial love ☆ミ | oh sehun
Fanfiction[TAKE NOTE : NO MORE UPDATE - DISCONTINUED, SORRY!] "Don't keep them as our days, but keep them as our sweet memories," osh fanfiction by -redrose, since 2016 and still tak tamat-tamat. its been 2 years tho KAHKAH