8 | Kyungsoo

151 22 8
                                    

"Kau tidur kat mana semalam?"

Diam.

"Aku tanya ni, kau tidur kat mana semalam?"

"Kau tidur dengan siapa? Chen? Suho? Baekhyun?" dia merengus geram. "Sedarlah diri, kau tu budak pungut je. Tak layak untuk diorang,"

Aku merengus pula. "Memang saya tak layak,"

"Tapi dengan duit awak yang banyak tu... layak ke nak gilis adik saya, cakap macam-macam dengan saya?" aku mula bersuara. Memang berdebar betul. Aku sangat takut untuk menyatakannya, namun aku terpaksa. Aku memang tidak tahan selama seminggu ini ditindas. Aku lebih rela dihempuk dengan kayu, diludah daripada dihina daripada seorang lelaki ini. 

Artis syaitan. 

"Kau dah pandai menjawab kan?" Sehun bersuara lagi. Dia merentap kolar bajuku, kasar. Aku cuma menolak, namun cengkamannya benar-benar kuat.

Dia mendekatkan kepalanya di telingaku. Tiba-tiba aku merasakan telingaku seperti disentuh sesuatu. 

Dia jilat telinga aku. 

Kemudian dia membisikkan sesuatu pada telingaku, "Kalau kau berani menjawab lagi, aku ratah satu badan kau. Nak?" aku dapat dengar ketawa halusnya. Perutku semakin kecut. 

Aku beku. Aku boleh merasakan nafasnya di sini. Aku sangat takut. Argh! 

Dia mula menjauhkan kepalanya dari tubuhku sebelum menarik wajah serius. "Harini aku tak ke mana-mana. Lepas semua hyung aku balik, kau kemas semua bilik diorang. Faham?"

Aku mengangguk sebelum berlalu pergi dari dapur. Jantungku berdebar-debar. Aku benar-benar takut, beku dan tidak tahu berbuat apa. Apakah semua ini? 

Aku rasa...

Lemah.

* * * * *

Aku sedang mengemaskan bilik tetamu Xiumin dan Chen memandangkan mereka sudah bangun daripada tidur. Memang secocok betul mereka itu. Sebelum aku tinggalkan mereka semalam, aku lihat Xiumin sedang membacakan sebuah buku cerita untuk Chen. Kelakar pun ada, namun aku betul-betul suka melihat mereka berdua.

Tiba-tiba pintu bilik yang tidak tertutup itu diketuk. Aku menoleh dan mendapati Kyungsoo berada di daun pintu dengan dulang di tangan.

"Boleh saya masuk?"

"Masuklah," 

Dia meletakkan dulang berisi sepiring sandwic dan sebiji jag berserta dua biji cawan itu di atas meja kopi yang berada tidak jauh dari katil yang sedang aku kemas. Selepas itu, dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Ji Eun, maaf sebab semalam..."

"Tak apa, awak mengigau kan?" 

Dia tersenyum nipis. 

"Tadi... Sehun buat apa kat awak?"

Aku membuntangkan mata. "A... apa?"

"Kat dapur. Sehun buat apa sampai awak tergamam macam tu?"

"Err... tak ada apa-apalah," aku menarik nafas sekali, "Awak nak balik bila?"

"Petang nanti kot, tengoklah macam mana,"

Aku mengangguk sekali sebelum bingkas bangun. Aku tidak mahu dia tahu tentang rahsia yang berlaku antara aku dan Sehun. Biarlah rahsia itu mati dalam memori. 

"Ji Eun-ah, jom makan. Saya tahu awak belum makan lagi," 

"Eh, tak apalah... nanti saya masak sendiri..."

artificial love ☆ミ  | oh sehunWhere stories live. Discover now