Sebaik sahaja pintu utama kondominium itu ditutup, aku kembali menyambung kerja. Sampah sarap di ruang tamu aku kutip satu per satu, diikuti dengan pinggan mangkuknya. Sekarang sudah pukul lima pagi, baru reti mereka hendak pulang.
"Seronok tadi?" Sehun menyindirku. Aku buat-buat tidak dengar, meneruskan kerja tanpa mempedulikannya.
"Kau ingat, bila depan orang... aku akan baik dengan kau. Jangan buat-buat bodoh,"
Aku angguk.
"Tengah hari nanti aku nak keluar. So tak payah masak lunch,"
* * * * *
(A/N : Rasa nak tembak screen laptop sekarang. Serius.)
"Baby! Aww... I miss you!" Irene memeluk leher Sehun sebelum mengucup pipinya. Sehun tersenyum lebar sebelum membalasnya.
"You know how much I miss you?" Sehun mendepakan tangannya seluas mampu. "This big,"
"Alah... baru dua bulan. Belum saya mati lagi..."
"Kenapa cakap macam tu?" Sehun mengeluh sebelum menyisir lembut rambut Irene. "I'll protect you."
Irene tersenyum lebar. Taktik rahsianya mula dilaksanakan. "Baby, masa I kat sana... I tak dapat nak beli perfume yang baru. Mama I kejap sangat. I sempat beli kasut je. Tu pun mama yang pilih. You tahu kan I spesis macam mana bila beli barang? I nak pilih sendiri!"
Sehun tersenyum. "I tahu semua tu. Aww... jangan sedih. Jom, kita pergi beli sekarang jugak. Kat mana you nak? Sebut je,"
Irene tersenyum nipis. Bodohnya kau Sehun. "I nak pergi semua butik yang ada kat Seoul. Boleh?"
"Anything for you, dear."
Irene bersorak di dalam hati. Wendy, Seulgi, Joy... Yeri! Nanti aku belikan semua perfume baru!
* * * * *
Tengah hari ini agak lengang memandangkan Sehun tidak makan tengah hari di rumah. Seperti biasa, aku susun semua barangan yang memang sudah sedia tersusun, menyapu lantai yang sudah siap sedia bersih dan semuanya. Bilik stor yang menjadi tempat tidurku juga telah aku bersihkan tempoh hari.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa sambil memandang ke luar tingkap. Dari sini sahaja boleh lihat pemandangan sekitar bumi Seoul. Aku perhatikan sahaja, sambil memikirkan semua perkara yang aku tempuhi sebagai seorang budak pungut.
Memang budak pungut bukanlah manusia yang orang sayangi, belai dan hormati. Tidurnya beralaskan kotak, di tepi-tepi jalan ditemani lampu jalan. Makannya pula dari perut tong sampah, minumnya pula sekadar air paip di jalanan. Pakaian pula lusuh, kutipnya di tepi jalan. Memang sukar kehidupannya, namun takdir Tuhan telah mengubah semuanya.
Aku tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan Sehun. Seminggu aku berada di sini belum cukup aku mengenalinya. Namun aku sangat berterima kasih kerana sudi menjadikan aku pembantu rumahnya - sekali pakej makan minum, gaji dan tempat berteduh. Dalam masa yang sama aku masih merindui Eun Ha, akan tetapi... aku harus maju ke hadapan. Aku perlu buka sebuah buku baharu dan menyimpan buku lama di rak memori paling hujung.
Lamunanku terpadam apabila mendengar bunyi pintu terbuka. Aku menoleh dan mendapati...
Mamat mata bulat itu.
"Err... Hai. Sehun mana?"
"Dia keluar sejak pagi tadi,"
"Oh," ujarnya. Tangannya penuh dengan plastik-plastik dari pasar raya. "Ji Eun-ah, jom. Saya ajar awak memasak hari ni," dia tersenyum lebar.
YOU ARE READING
artificial love ☆ミ | oh sehun
Fanfiction[TAKE NOTE : NO MORE UPDATE - DISCONTINUED, SORRY!] "Don't keep them as our days, but keep them as our sweet memories," osh fanfiction by -redrose, since 2016 and still tak tamat-tamat. its been 2 years tho KAHKAH