Cahaya matahari yang menyimbah wajah mengejutkan Sehun daripada lena yang panjang. Dia mencapai jam loceng di tepi katil. Pukul lapan pagi. Dia tidak sangka dia dapat bangun seawal ini selepas tidur yang lewat. Lambat-lambat dia bangun dari pembaringan dan membetulkan postur duduk. Dia menoleh ke sebelah, mendapati Ji Eun sudah bangun lebih awal daripadanya. Itu biasa.
Dia bingkas bangun dan keluar dari biliknya. Aroma nasi goreng kimchi menusuk hidungnya membuatkan Sehun tersenyum sendiri. Dia merindui nasi goreng itu. Nasi goreng yang sentiasa menjadi kegemaran tekaknya.
Dia masuk ke dalam bilik air yang terletak tidak jauh dari bilik tidurnya. Tombol pintu dipulas dan dia mencapai tuala yang tergantung di ampaian. Dia menilik wajahnya di cermin tandas. Matanya kelihatan sangat sembab, mungkin kerana menangis terlalu lama dan tidur terlalu lewat semalam? Mungkin? Dia tidak menghiraukan wajahnya yang sembab dan terus mencuci muka.
Seusai mandi, dia mengikat tualanya di pinggang dan keluar dari bilik air. Langkahnya dihayun selamba menuju ke dapur - sedari tadi dia sudah tidak sabar-sabar mahu melihat wajah cantik Ji Eun yang dirinduinya setelah dipisahkan dengan tidur lenanya.
Kelihatan Ji Eun sedang sibuk menyediakan nasi goreng kimchi di atas pinggan. Air koko panas yang sudah dituang di dalam cawan juga kemas disediakan di meja makan. Sehun tersenyum. Adakah dia masih ingat bahawa dia itu adalah pembantu rumah di sini?
Tidak lagi.
Soon you're going to my wife, all mine.
Fikirannya sudah melayang jauh. Dia menampar pipinya sekali. Lambat-lambat dia mendekati meja makan dan berdehem sekali.
"Morning," Sehun mengukir senyum manis sambil memandang Ji Eun.
Ji Eun memandangnya sekali kemudian menundukkan wajahnya. "Se...selamat pagi,"
Sehun ketawa kecil. "Kenapa malu nak tengok muka saya? Hensem sangat ke?"
"Tak..." jarinya dituding ke arah tubuh Sehun yang tidak berbaju. Phew merecik hawau.
Sehun tersenyum sumbing. "Lama-lama nanti dah jadi isteri saya, awak mesti dah biasa punya,"
"A... apa awak kata?" Ji Eun mengangkat kepala. Matanya terbuntang luas. "Saya tak dengar,"
"Eh... tak ada apa-apa," Sehun tersengih lagak kerang busuk. "Hari ni awak nak pergi tempat peringatan adik awak, kan? Lepas sarapan nanti kita pergi. Awak bersiaplah,"
* * * * *
Pusat Peringatan Namdaemun.
Melihat sahaja papan tanda yang besar di ruang hadapan bangunan 15 tingkat itu sahaja membuatkan kepala mereka mendongak ke atas. Tanpa berlengah, mereka berdua melangkah masuk ke dalam pusat peringatan tersebut dan pergi ke kaunter utama di ruang lobi.
Seusai mendapatkan pas kebenaran, mereka berdua terus menghayun langkah menuju ke arah lif di ruang kiri lobi. Mereka tidak membuka mulut, mungkin kerana keadaan tempat yang tidak sesuai untuk bergurau senda. Sehun hanya memandang sekilas ke arah Ji Eun yang menunduk memandang lantai sebelum kembali memandang pintu lif yang masih tertutup. Ekspresi wajah lelaki itu tidak kelihatan memandangkan dia memakai topeng muka.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kelihatan pintu kaca yang memisahkan almari peringatan berderet-deret di aras itu, belum masuk aras lain lagi. Almari peringatan ini berfungsi sebagai tempat peringatan bagi orang yang telah meninggal dunia. Waris akan menempah satu ruangan dalam almari tersebut untuk meletakkan arang mayat dan gambar-gambar peringatan.
"Sehun,"
"Ya?"
"Boleh... awak duduk kat luar? Saya rasa... saya nak bersendiri,"
Mendengar permintaan gadis itu, Sehun laju sahaja mengangguk, tanda mengerti. Ji Eun tersenyum tanda menghargai sebelum masuk ke ruang peringatan tersebut.
Ji Eun mencari almari yang menempatkan ruang peringatan untuk adiknya, Eun Ha. Sebaik sahaja dia menemuinya, langkah disusun kemas dan terus dia merapati almari tersebut.
"Eun Ha," Ji Eun menguntum senyum. Gambar Eun Ha sewaktu kecil yang dia simpan sejak kami meninggalkan rumah di kampung dia simpan di dalam almari itu. Sudah hampir berbulan lamanya setelah insiden ngeri itu berlaku. Kini Ji Eun hanya mampu tersenyum dan menerima kenyataan bahawa Eun Ha yang bersamanya selama ini tidak lagi berada di sisi.
"Kakak rindukan kamu," nafas dihela. "Mesti kamu seronok duduk dengan omma dengan appa, kan?"
"Kakak baik-baik je kat sini, jangan risaulah," Ji Eun memegang cermin almari itu. "Suatu hari nanti kakak akan sertai kamu semua, mungkin?"
"Kakak akan buat yang terbaik di dunia ni. Kakak dah tak hidup susah macam dulu, sekarang, kakak tinggal kat rumah orang kaya, besar rumah tu..."
"Awalnya kakak rasa sedih sangat sebab Eun Ha dah tinggalkan kakak... Kakak hadapi masa sukar tanpa kamu, Eun Ha," air matanya bertakung di tubir mata. "Tapi kakak tak mengalah. Ya, kakak tahu omma, appa dan kamu mesti sedih kalau tengok kakak menangis, murung sepanjang hari. Dan, yes. Kakak dah hidup lebih baik sekarang,"
Ji Eun memandang ke arah Sehun yang berada di luar, sedang leka dengan telefon pintarnya sambil bersandar pada dinding. Pandangannya kembali dialihkan pada almari kaca itu. "Omma, appa, kakak rasa kakak dah jumpa orang yang kakak sayang," dia mengukir senyuman paling lebar sebelum ketawa kecil.
* * * * *
"Terima kasih sudi bawa saya ke sini," Ji Eun memandang ke arah Sehun yang sedang memandu. "Saya rasa lega sebab dapat luahkan semuanya kat situ,"
"It's okay," Sehun senyum segaris. Dia memfokuskan pandangannya ke arah jalan raya supaya pemanduan berjalan lancar.
Ji Eun memandang ke arah papan tanda yang berada di tepi jalan sambil matanya cuba membaca bait-bait perkataan pada papan tersebut.
Jungnang District.
"Sehun..." dia menoleh memandang ke arah lelaki itu. "Kita nak ke mana?"
Sehun senyum senget. "Rumah mak mertua awak,"
tbc.
woo awal gila wan update woo woo
YOU ARE READING
artificial love ☆ミ | oh sehun
Fanfic[TAKE NOTE : NO MORE UPDATE - DISCONTINUED, SORRY!] "Don't keep them as our days, but keep them as our sweet memories," osh fanfiction by -redrose, since 2016 and still tak tamat-tamat. its been 2 years tho KAHKAH