Oleh sebab tragedi tersebut, terus aku tolak sahaja pelawaan Kyungsoo untuk mengajakku keluar. Aku tidak mahu emosinya berubah. Aku tidak mahu dia berasa jijik disebabkan aku seorang penganggur.
Kakiku yang masih belum pulih sepenuhnya itu juga menjadikan salah satu sebab aku tidak mahu keluar. Aku duduk sahaja, menghabiskan masa sehingga tiba masa untuk aku masak makan malam. Air mata memang deras sahaja mengalir, seakan-akan tidak mahu berhenti.
Sehun dari tadi mengunci diri dalam bilik. Kyungsoo pula tertidur di ruang tamu.
Aku buka peti sejuk dan keluarkan bahan-bahan untuk makan malam. Tanganku ligat memotong sayur-sayuran, sambil memikirkan apa yang terjadi tadi. Aku memang emosi betul.
Biasalah, sejak kau jumpa dia masa dia langgar Eun Ha, dia memang tak ada rasa bersalah pun, apatah lagi nak menghina kau, kan Ji Eun? Kau cuma kena bersabar je. Sekejam dia pun, kalau dia tak ada... kau takkan merasa hidup macam ni, biarpun disalurkan seksaan, makian namun aku masih dirawat dengan rakan-rakannya.
Aku cuma perlu banyak bersabar.
Aku tak boleh lari macam orang bodoh.
Air mata aku seka dengan lengan baju sebelum aku menyambung kerjaku untuk memasak makan malam. Aku memang tidak ada mood hendak masak sedap-sedap, aku bantai sahajalah nasi goreng kimchi. Lagipun yang hendak makan Sehun dan Kyungsoo sahaja. Itu pun belum tentu Sehun nak makan.
Dalam masa aku menggoreng nasi tersebut, aku cuba sedapkan hatiku. Bau nasi goreng kimchi tersebut menambahkan bunyi keroncong dari perutku. Argh, lupakan.
"Kau masak apa?" tiba-tiba Sehun datang secara mengejut, membuatkan hampir sahaja nasi goreng kimchi yang sudah selesai aku masak terhumban ke mukanya. Aku kawal ekspresiku seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku malas hendak layan dia. Aku sakit hati. Kalau boleh aku mahu anggap dia seperti halimunan.
Tiba-tiba dia peluk aku secara mengejut. Kepalanya dia jatuhkan ke atas bahuku sebelum telingaku disentuh dengan hidungnya. Aku rasakan nafasnya di leherku.
"Kau jangan nak mengacah sangat dengan aku. Kan aku cakap... aku boleh buat apa-apa je kat kau... bila-bila masa aku boleh ratah kau,"
Aku diam seribu bahasa. Buat-buat seperti tiada apa berlaku sehinggalah dia melepaskan tubuhku. Laju aku bawa mangkuk berisi nasi tersebut ke ruang meja makan. Aku kembali ke dapur untuk mengambil jag berisi minuman, dan mendapati dia sudah tiada di situ.
Kan bagus kalau dia tak ada terus.
Aku meletakkan jag tersebut di tengah meja, sebelum menghayun langkah ke ruang tamu untuk mengejutkan Kyungsoo. Lihat sahaja dia terbaring di atas sofa, comel sungguh. Tambah pula dengan pipi dia yang agak tembam itu.
Eh eh.
Aku menepuk bahunya perlahan, "Kyungsoo-ah, ireona. Makan malam,"
Laju aku meninggalkannya, sememangnya aku berat untuk memanggil Kyungsoo. Kalau aku tak panggil, mamat syaitan berhati beku itu pula marah aku nanti.
* * * * *
Kyungsoo mengeliat. Pergh, lama jugak aku tidur. Dah malam.
Dia membetulkan postur baringnya kepada postur duduk, sebelum membetulkan rambutnya. Dia memandang sekeliling. "Siapa pulak kejut aku tadi?"
Ji Eun.
Ya, siapa lagi perempuan dalam rumah ni? Takkan Irene kot. Irene tu dok berkepit dengan Sehun ja 24 jam tak gitu.
Kenapa dia tak ada depan aku?
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal. Hairan juga, Ji Eun lesap begitu sahaja selepas mengejutkannya.
YOU ARE READING
artificial love ☆ミ | oh sehun
Fanfiction[TAKE NOTE : NO MORE UPDATE - DISCONTINUED, SORRY!] "Don't keep them as our days, but keep them as our sweet memories," osh fanfiction by -redrose, since 2016 and still tak tamat-tamat. its been 2 years tho KAHKAH