13 | Gelap

149 19 8
                                    

"Kenapa Hun bawak dia ke sini?" soal Kyungsoo sambil menuding ke arahku. Aku tundukkan pandangan, takut benar aku mahu melihat ke arahnya. Lengan jaket Sehun aku genggam dalam seribu ketakutan, walaupun aku tahu bahawa aku tidak bersalah dalam hal ini. Cuma aku masih takut.

"We should ask her to clean of dirty ass dorm," ujar Sehun. Wajahnya tenang.

"Pandai pulak ek kau bawak dia jalan-jalan, dulu bukan main tak kasi sebab kerja la apa la. Ni mesti kes sebab I-" kata-kata Chen mati apabila kepalanya dibaling dengan sebiji limau yang berada dalam pegangan Kyungsoo sebentar tadi. Matanya dibuntangkan supaya Chen mengunci mulut. Hyung ke tak, Kyungsoo is Kyungsoo.

Aku meliarkan pandangan ke arah sofa ruang tamu tersebut dalam takut dari belakang Sehun. Suho dapat menangkap pandanganku sebelum aku sempat melarikan arah anak mata. Dia tersenyum nipis sebelum bangun dari duduknya dan mendekatiku. "Yah, Ji Eun, buatlah dorm ni macam rumah awak sendiri,"

Dorm ini terlalu mewah untuk aku. Macam mana aku nak buat macam rumah sendiri? TV pun berpusing-pusing dan berbentuk lengkungan. Mereka hanya merapatkan audio dan alat kawalan jauh untuk mengawal televisyen. Itu belum masuk tandas dan dapur. Mungkin ada tab mandi bersaiz gergasi ataupun dapur gas dengan bantuan naga.

Aku tidak faham apa yang Sehun cakapkan kepada Kyungsoo sebentar tadi, menyebabkan aku keliru mengapa Sehun menyuruhku untuk menyediakan jus untuk semua ahli. Dia mula tarik wajah bengis dia, membuatkan aku terkedek-kedek berlari mencari dapur. Mujur sahaja Lay prihatin menunjukkan aku arah ke dapur. Aku cuma perlu turun beberapa anak tangga selepas mengambil selekoh ke kiri dari ruang tamu. Dapur mereka berada di tingkat bawah. Fuh.

Aku tergamam melihat susun atur dapur yang mewahnya tahap langit. Peti aisnya berpintu dua, televisyen mewah di ruang makan dan semuanya. Perkakas dapur sudah tentunya mewah dan mahal. Jauh lebih hebat daripada rumah Sehun itu. Mungkin dorm ini ditanggung oleh syarikat mereka.

Peti ais dibuka. Aku menjumpai dua kotak jus anggur lalu mengeluarkannya.

Kat mana gelas?

Aku buntu. Selalunya kalau dapur mewah akan ada gelas wain tergantung di atas kabinet namun tiada. Aku buka kabinet dapur satu per satu. Ketinggianku yang rendah menyebabkan aku terpaksa menjengketkan kaki apabila ingin membuka kabinet.

Aku menemui gelas bersaiz medium di penjuru kabinet dapur yang terletak di sebelah pintu yang berukiran mewah, kayu jati mungkin. Aku terkial-kial mencapai sebiji gelas di bahagian paling hadapan sekali.

Sikit.

Sahaja.

Lagi!

Ya! Aku berjaya mendapatkan sebiji gelas dari kabinet tersebut. Cubaan kedua, aku perlu mengambil kerusi tinggi di meja makan untuk melihat isi kandungan kabinet tersebut dengan lebih lanjut. Aku panjat kerusi tinggi tersebut dan melihat gelas-gelas kaca tersusun rapi. Aku mengambil dua biji gelas perlahan-lahan dan membongkokkan sedikit tubuh untuk meletakkan gelas tersebut ke atas kaunter.

Tiba-tiba aku tersilap langkah, kaki kiriku seperti tergerak ke hadapan, membuatkan kerusi itu menjadi tidak seimbang lalu menghumban aku ke hadapan. Gelas tersebut juga terlepas dari pegangan. Satu jeritan semula jadi terhasil daripada peti suaramu sewaktu perkara tersebut berlaku. Kepalaku mencium lantai - sekali gus menghentak dahiku.

Aku rasa gelap. Pandanganku agak kabur namun aku lihat seseorang sebelum pandanganku kelam.

* * * * *

Suho menggaru-garu kepalanya. Runsing. Pandangannya dialihkan ke arah bilik di mana Ji Eun dirawat. Insiden yang tidak dijangka itu memaksa mereka menelefon doktor peribadi kumpulan untuk merawat gadis muda tersebut.

artificial love ☆ミ  | oh sehunWhere stories live. Discover now