12 | Hubungan

187 21 2
                                    

Kepalaku yang tersengguk-sengguk akibat terlena di balkoni tersebut tiba-tiba jatuh ke bawah. Aku terjaga dan menenyeh mataku berkali-kali. Sudah terang sangat namun pokok-pokok besar di sekeliling kawasan ini menjadikan ia redup. Aku memandang ke arah sekeliling. 

Mak datok.

Hampir sahaja aku menjerit apabila melihat Sehun berada di hujung balkoni tersebut sambil termenung. Aku kawal ekspresi wajahku sebelum bingkas berdiri. Sudahlah dia tidur sebelah aku semalam. Takut betul aku nak jumpa dia. Tambah aku masih marah dengan dia.

"Kau duduk sini,"

Aku menurutkan sahaja kata-katanya. Aku duduk agak jauh daripada tempat dia duduk. Kepalaku ditundukkan sedikit, supaya tidak melihat wajahnya. 

"Kau... memang suka duduk kat sini ek?"

"Err... ya,"

Sehun menoleh ke arahku sebelum tersenyum sinis. Dia mendekatiku perlahan-lahan, dan aku merasakan hidungku berlaga dengan hidungnya. 

"Kau tak payah takut sangat dengan aku, aku tak makan orang," 

Aku angguk. 

"Sekarang... kau tarik nafas dalam-dalam. Then, ceritakan asal-usul hidup kau dari A sampai Z," 

Aku mengangkat kepala. "Mwo?"

"Kau cerita jelah."

Aku menurutkan sahaja. Aku ceritakan perjalanan hidupku sejak di kampung, hidup merempat di tepi jalan sehinggalah detik dia melanggar Eun Ha tempoh hari. Sememangnya aku sangat sedih dan emosi sewaktu menceritakannya. Air mata yang bertakung di tubir mata sememangnya tidak lagi aku mampu untuk tahan. 

Kerinduanku yang terlampau, membuatkan aku selalu menangis sendirian meratapi pemergian ahli keluargaku. Aku sememangnya sudah tidak tahan untuk hidup lagi. 

"Hidup kau, rumit." ujarnya.

"Saya tahu,"

Dia melepaskan satu keluhan berat. "Your life is fckin' rough and I added it," aku tidak mengerti jadi aku diamkan sahaja. 

Aku merasakan diri aku agak rapat dengan Sehun, ditemani cahaya mentari. Barulah aku sedar akan lirik matanya yang benar-benar menawan, rambutnya yang rapi, hidungnya yang terletak, keningnya yang tersusun dan bibirnya yang merah merekah. 

"Kau siap-siap, jom keluar petang ni,"

"Keluar?"

"Kau nak buat apa pun kat sini? Kita tak pergi mana-mana, dorm aku je," 

"Tercegat apa lagi? Kau pergilah siap," 

Terkebil-kebil mataku apabila mendengar dia berkata sedemikian. Laju aku berlari masuk ke dalam bilik sebelum menyelongkar pakaian yang tersusun dalam bakul. Aku menemui hud berwarna hitam dan seluar slack berwarna coklat cair. Itu sahaja pakaian yang elok dan sesuai digayakan sewaktu berada di luar.

Aku rasa Sehun demam panas. Tak pernah-pernah dia berbuat begitu. 

Sudah lama aku tidak melihat dunia luar. Aku cuma terkongkong di dalam bangunan ini sambil mengawasi diri daripada wartawan dan peminat. Aku juga sangat risau sekiranya wartawan mengetahui kewujudanku di sini. Cukuplah aku menyusahkan Sehun apabila tinggal di sini. 

"Naikkan hud kau. Pakai ni," dia menghulurkan topeng muka berwarna hitam kepadaku sambil merenung tepat ke arah anak mataku. "Wartawan ada kat mana-mana. So kalau muka kau tak nampak, diorang akan fikir kau Irene. Sebab ketinggian kau dengan dia takde beza,"

Aku angguk. Aku ambil selipar lama yang aku pakai sewaktu aku ke sini. Baru sahaja aku sarung, sudah ditegah oleh mamat muka beku itu. 

"Kau dah kenapa nak pakai selipar buruk tu? Simpan, buat kenangan. Kau ambik jelah but kat dalam almari tu. Kalau tak muat, kau bagitau aku," 

Aku pun tak mengerti mengapa aku harus berbuat sedemikian. Takut dimarahi, aku melangkah ke arah walk-in-closet milik Sehun dan melihat pakaian-pakaian yang dimilikinya. Ini baru rumah sementaranya, belum lagi rumah keluarga, rumah utama dan rumah di luar negara. Sudah tentu bergelen-gelen pakaiannya.

Aku buka almari dan secara rambang mencapai but berwarna coklat gelap. Memang aku rasa bersalah sangat kerana perlu pakai semua benda ini. Tetapi kalau aku menolak sudah tentu aku akan dimarahi oleh lelaki itu.

Nasib baik muat, walaupun sebenarnya longgar. Aku tak nak beritahu supaya dia tak bising.

Aku keluar dari bilik tersebut sebelum mendekati Sehun. Dia tersenyum senget. "Baru merasa pakai barang-barang mewah, kan?"

Memang pun.

"Dah siap? Jom," dia berjalan menuju ke arah pintu utama, meninggalkan aku di belakang. Terkedek-kedek aku berjalan mengejarnya. Dia menekan butang-butang untuk membuka pintu yang berkelengkapan kata kunci itu.

19940412.

Pintu terbuka dan dia menarik tanganku supaya aku keluar sama. Dia menaikkan hud dan topeng muka yang dipakai dan aku mengikut sahaja apa yang dia lakukan. Langkah dihayun menuju ke lif yang berdekatan sebelum butang turun ditekan. Mujur sahaja tiada sesiapa dalam perut lif.

Suasana dalam lif sangat sunyi, membuatkan aku rasa segan sangat. Nasiblah dia tidak mampu melihat wajahku dan dia juga leka bermain telefon pintar. Aku buat-buat sibuk sambil menghitung masa lif untuk sampai ke ruang bawah tanah.

Pintu lif terbuka dan ruang bawah tanah, iaitu ruang tempat letak kereta kelihatan.

Sehun menarik tanganku, kasar. "Jangan lepaskan," beritahunya. Aku terkejut, namun terpaksa. Kami berdua berjalan menuju ke arah kereta Audi milik selebriti tersebut. Warnanya hitam pekat, begitu mewah lihatnya. Ini bukan kereta yang digunakan semasa dia melanggar Eun Ha tempoh hari.

Lupakan.

Aku duduk di ruang hadapan, bersebelahan dengan pemandu. Dia menghidupkan enjin tanpa menunggu aku memakai tali pinggang keledar, sebelum memecut laju, membelah hening petang Ahad di Seoul.

*****

Kereta diberhentikan di tempat letak kereta khas semua selebriti di tingkat sembilan yang mempunyai kawalan keselamatan yang sangat ketat. Dia menyuruhku keluar dan berjaga-jaga memandangkan bangunan tempat kerjanya ini merupakan kawasan tumpuan utama wartawan dan peminat.

Kami masuk melalui tangga kecemasan dan mendaki satu per satu tingkat sehingga ke tingkat 15.

"Kau duduk kat belakang. Jangan tanggalkan mask or hood kau. Jaga diri,"

"K-kenapa awak bawak saya ke sini...? Sini bukan ke tempat priva-"

Sehun memotong percakapanku, "Kau ikut je. Aku tau apa aku buat,"

Sehun ni pelik betul orangnya.

Dia buka pintu keselamatan sebelum pintu terbuka secara automatik. Aku sangat gugup apabila melihatkan deretan kasut yang agak panjang di rak kasut. Sudah tentu ramai benar manusia di dalam. Apa gunanya Sehun membawa aku ke sini? Apakah kegunaannya? Bukankah aku hanya seorang pembantu rumah pungutnya?

"Ah, Sehunnie!" aku lihat Suho tersenyum sambil melambai ke arah Sehun. Dia sedang duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan televisyen yang ditayangkan. Aku berdiri di belakang Sehun, gugup. Ini dorm mereka, pasti mereka akan lakukan apa yang mereka suka...

Termasuklah...

Berbogel?

"Huh? Sehun-ah, siapa belakang kau tu?"

Jantungku seakan-akan berhenti berdegup sewaktu itu. Aku sangat gementar. Aku mengenggam tanganku erat.

Dan aku merasakan seperti bahuku disentuh seseorang.

"Ji... Ji Eun-sshi?"

Lambat-lambat aku membuka mata, dan mendapati...

Kyungsoo.

Tbc.

Aye guys. Sorry ff ni mcm merepek ke apa 😂 Sooo sekarang laptop akak saya guna utk assignment dia, since dia dah masuk college. Sementara tunggu cuti sem dia, terpaksa update kat fon. So tau-tau jelah Wattpad mobile macam mana en? So kalau ada kelapangan saya akan terus update ^^

Btw,  Happy Chinese / Korean New Year 🎉🎉

artificial love ☆ミ  | oh sehunWhere stories live. Discover now