2 | Begin

239 27 12
                                    

Hujan turun dengan lebat sekali, sehinggakan jalan kelihatan kabur benar. Sebuah limosin berjenama mewah membelah hujan sepantas kilat ditemani lampu jalan yang malap betul. Isi limosin itu hanyalah seorang pemandu peribadi berusia pertengahan 30-an, seorang selebriti dan aku.

"Adik kau dah mati, bukan boleh hidup balik. Tak payah nak nangis sangat. Abu dia pun dah bawak hanyut ke laut," senang sahaja dia berbicara. Aku seka air mata dengan lengan baju. Upacara kematian Eun Ha baru sahaja berakhir - dan semuanya dibayar sepenuhnya oleh lelaki bernama Oh Se Hun ini. 

Sebelum ini aku pernah dengar juga tentang kewujudan kumpulan EXO, dan aku juga mengetahui beberapa lagu mereka seperti Love Me Right, Tender Love dan She's Dreaming. Aku selalu juga mendengar remaja-remaja perempuan membicarakan tentang ahli-ahlinya. Mungkin nama Sehun pernah aku dengari - namun nama tidak pernah menzahirkan wajahnya. Aku tidak pernah melihat wajah Sehun - dan aku tidak teruja langsung.

Kini aku berada dalam limosin mahal milik Sehun. Aku duduk di sebelahnya dengan jarak yang agak jauh. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Aku tidak tahu perasaan apa yang menghasut diriku sekarang terhadap Sehun. Marah, kecewa, bersalah atau malu? 

"Ingat, aku dah bayar semua kos untuk upacara ni. Baik kau diamkan mulut kau. Jangan bagitahu sesiapa aku langgar adik kau, anjing kurap. Aku akan bawak kau jauh dari sini. Faham?"

"Saya ada nama-"

"Aku tak nak tahu nama kau. Aku nak panggil kau anjing kurap sekalipun, ikut suka hati aku,"

Dia memanggilku dengan panggilan 'anjing kurap' lagi. Aku mengeluh berat. Tidak sangka selebriti yang disangka mulia, baik hati dan berhati suci ini juga membenci gelandangan sepertiku. Aku mengetap bibir. Gelandangan juga mempunyai hati dan perasaan, sama seperti manusia lain. Apakah ketidakadilan yang wujud dalam situasi ini? Ah!

Tiba-tiba limosin yang dipandu itu berhenti secara mengejut, membuatkan aku hampir terjelepok ke hadapan. Tubuhku diimbang semula sebelum aku membetulkan postur duduk. Sehun memandang ke arah pemandu peribadinya yang sudah menarik wajah pucat. 

"Apa hal?"

"Sasaeng fans dah tau ada perempuan dalam limosin ni," jari pemandu peribadi Sehun diarahkan ke arah hadapan limosin - di mana terdapat ramai sasaeng fans yang memegang sepanduk dan bermacam-macam jenis objek lagi sambil menjerit nama Sehun sekuat hati. Sehun merengus geram. 

"Hujan-hujan macam ni pun masih ada sasaeng fans syaitan ni ke? Ah, langgar jelah semua sasaeng fans bodoh ni!" 

Pemandu peribadi tersebut terkejut besar. "Tapi-"

"Kalau sasaeng fans dah tahu, mesti dah heboh kat paparazzi. Cepat, laju sikit!" 

Dia mengangguk. Pedal minyak ditekan sekuat hati - dengan hati yang berdebar-debar sekiranya dia terlanggar salah seorang sasaeng fans yang menghalang jalan raya itu. Nasib menyebelahinya, seorang sasaeng fans pun tidak dilanggarnya. Kalau langgar sasaeng fans sekalipun, mesti dia juga akan disaman atau disumbat ke penjara. 

"Bodohnya. Dengan sepanduk besar-besar macam tu, fikir aku nak tengok ke?" rungut Sehun. Aku cuma memandang kosong ke arahnya sebelum memandang luar tingkap.

"Orang dah tahu aku ada anjing kurap dalam limosin ni. Bawak aku pergi kondo,"

Dia menurut sahaja. Aku pula diam seribu bahasa sambil memeluk tubuh. Aku tidak tahu apa bakal terjadi pada hidupku selepas ini.

Kira-kira lapan tahun lalu ayah dan ibuku meninggal dunia selepas hilang di lautan. Dahulu aku dan keluarga tinggal di pinggiran pantai. Ibu bapaku menggunakan tulang empat kerat mereka menjadi nelayan sebagai sumber rezeki - menampung pembelajaran kami dua beradik. Mereka berdua hilang di lautan selepas berlakunya ribut petir mengejut di tengah laut, sehingga kini mayat mereka tidak ditemui. 

artificial love ☆ミ  | oh sehunWhere stories live. Discover now