20 | Ingat

39 12 0
                                    

(Author's P.O.V)

"Awak yakin dia ni Irene?" 

Dia angguk. 

"Saya... saya dah ingat, Sehun..." suaranya tersekat-sekat. Memori kemalangan yang selama ini kabur-kabur dengan lancar dimainkan dalam minda. Tiba-tiba air matanya mengalir deras, sehingga tersedu-sedan dibuatnya. Dia tidak lagi memandang wajah Sehun yang serba-serbi bersalah itu.

"Awaklah yang porak-perandakan hidup saya selama ni," ya, ingatannya sudah semakin pulih. Sehun meraup wajah. 

Dia merapati tubuh Ji Eun lalu memeluknya erat. Ji Eun cuba melepaskannya namun pelukan itu diketatkan. Gadis itu hanya mampu mengetap bibir sambil menahan sedu-sedan yang bersisa. Air matanya yang tidak henti mengalir membasahi T-shirt yang disarung Sehun. 

"I've said sorry before," dia berbisik di telinga gadis itu. "Forgive me. I'll try my best to solve and make this thing better,

Ji Eun terus menangis dalam pelukan Sehun dan apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu hanyalah wajah 11 ahli EXO yang lain.

* * * * * 

Ji Eun tertidur di atas sofa yang berada di penjuru ruang tamu. Sehun masih tidak dapat melelapkan mata kembali. Dia mengetap bibir sambil memandang kosong ke arah skrin telefon pintarnya. Kosong. Apa yang ada hanyalah akaun Instagram yang penuh dengan komen peminat, Kakaotalk dengan group chat EXO dan sebahagian aplikasi yang lain. 

Tiba-tiba dia menerima notifikasi melalui aplikasi Naver - di mana artikel baharu telah dimuatnaik ke laman web tersebut. 

EXO's Sehun is lost? Fans are worried - SM don't update any notice 

Dia merengus. Notifikasi itu dia tutup kemudian telefon itu dicampaknya di atas meja. 

Dia meninggalkan telefon itu dan menuju ke arah Ji Eun yang sudah enak dibuai mimpi. Dia tersenyum nipis melihat gadis itu yang nampak keletihan. Benarlah apa yang dikatakan oleh Kai sebelum ini, Ji Eun memang cantik pun. 

Rambut gadis itu disisir lembut, menampakkan wajahnya yang sedar tidur nyenyak walaupun sekadar beralaskan sofa. Sehun menatap wajahnya, lama. 

Sekarang dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ke mana sepatutnya dia pergi sekarang? Jika dia kembali semula, sudah pasti dia diserang oleh wartawan dan peminat. Jika dia larikan diri, perkara itu akan mendatangkan kemarahan pihak SM. Satu keluhan berat dia lepaskan. 

* * * * *  

Luhan keluar dari biliknya dengan siap berjaket, topi merah dan topeng muka. Kaca matanya dibetulkan sebelum dia mencari ahli yang lain, namun tiada siapa yang berada di ruang tamu. Jam di tangan ditilik.

2.30 pagi. 

Sepatutnya masih ada yang belum tidur, tetapi mana semua orang?

Dia berjalan menuju ke bilik Suho yang berada tidak jauh dari biliknya. Satu ketukan yang agak kuat dihasilkan. Kedengaran suara sayup-sayup Suho dari balik pintu membenarkannya dia masuk. 

Tombol pintu dipulas. "Suho,"

Kunci kereta dalam kocek jaket dia keluarkan sebelum ditunjukkan ke arah Suho yang sedang duduk di atas katilnya dengan telefon pintar di tangan. Kening dijungkit, kehairanan. "Kau nak pergi mana malam-malam buta macam ni?"

"Aku rasa aku tahu mana Sehun bawak lari Ji Eun,"

* * * * * 

Kereta Audi yang membelah kegelapan malam itu menyusuri jalan raya lama yang seakan-akan tidak lagi digunakan. Lampu jalan yang samar-samar melimpahkan cahaya yang malap. Radio dipasang dengan volume paling kuat untuk menghilangkan kesunyian. Suho yang berada di tempat penumpang bersebelahan pemandu mengerutkan dahi, keliru. 

"Kau nak pergi mana ni? Aku rasa macam kau nak pergi seludup aku ikut jalan gelap,"

"Tak payah nak loyar buruk, buat apa aku nak buat macam tu dekat leader kesayangan EXO?" dia senyum senget, berseloroh. 

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam setengah itu merupakan satu pengalaman yang tidak mampu untuk dilupakan. Kereta tersebut membelok masuk ke arah satu lorong kecil yang dikelilingi pokok-pokok besar, lalu diberhentikan di tepi jalan. 

Luhan menuding jari ke arah luar tingkap. Ada cahaya samar-samar dari sebuah rumah kayu di situ. Suho membuntangkan biji matanya sambil terlopong. Wah, ada juga rumah manusia di sini. Hidup dengan hantu ke pun?

"Seriuslah budak tu duduk kat sini? Berani dia duduk sensorang kat sini, kalau aku dah pergi berubat setahun sudah gamaknya," Suho merungut lagi. Luhan tidak mengendahkan rungutannya, dia turun dari perut kereta dan mengajak Suho untuk berjalan ke rumah tersebut. 

Rumah kayu yang kelihatan gah kerana diperbuat daripada kayu jati itu mempunyai binaan yang sangat cantik, ukirannya sangat kemas dan dekorasi halamannya juga menarik. Ada pokok-pokok yang disusun berderet di atas rak kayu dan bunga-bunga bergantungan pada tanglung yang dipasang lilin di dalamnya. Suho terlopong sekali lagi, kagum dengan binaan rumah kayu di ceruk hutan ini.

"Mana kau tahu dia ada rumah kat sini?"

"Aku tahulah, Sehun dengan aku kan-" tiba-tiba dia mematikan ayatnya. Bibirnya diketap. Suho tarik muka hairan, "Apa?"

"Tak ada apa-apalah," dia geleng. "Aku nak ketuk pintu ni,"

Tiga ketukan.

Tiada respon. 

Ketukan kali kedua.

Kedengaran bunyi derap kaki seseorang di sebalik pintu. Pintu itu dibuka sedikit, menampakkan wajah insan yang berada di dalam.

"Sehun." sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Luhan. Sehun tergamam.

"No, I'm sorry but visitors are not allowed for now," baru sahaja Sehun mahu menutup semula pintu itu Luhan menarik tangannya, kasar.

"Hey, don't you love me anymore?"

tbc.

jeng jeng jeng

artificial love ☆ミ  | oh sehunWhere stories live. Discover now