3 | Mamat Gay

161 24 14
                                    

Selesai membersihkan diri, aku keluar dari tandas dengan pakaian yang diberikan Sehun tadi. Memang terkial-kial aku menggunakan pemanas air dan tab mandi sebentar tadi. Ah, lupakan. Aku melangkah menuju ke cermin untuk melihat biasan tubuhku. Pakaian ini agak longgar memandangkan tubuhku yang genit. Aku tilik wajahku namun pandanganku terhenti melihat leherku yang berparut.

Kesan parut ini - merupakan kesan daripada pukulan seorang lelaki yang menuduhku mencuri makanan daripada tong sampah tahun lalu. Dia memukulku dengan sebilah pisau, entah mengapa. Sawan mungkin. Kesan parut tersebut aku tutup dengan rambutku yang panjang - sebelum aku berlalu pergi dari cermin tersebut.

Aku kembali duduk di sofa tadi sambil menunggu Sehun keluar dari biliknya. Aku meliarkan pandangan - melihat persekitaran kediaman selebriti ini. Memang ada citarasa. Hitam putih. Ada beberapa potret gambarnya, beberapa trofi yang berada dalam rak peragaan dan bermacam-macam lagi. Susun atur album-album juga teratur. Memang cantik. 

Sayangnya, aku tidak kenal siapakah Sehun. 

Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas menandakan Sehun sudah keluar dari biliknya. Dia memandangku dengan wajah jengkel.

"Aku nak tebus kesilapan aku, kau boleh tinggal sini seberapa lama kau nak. Yang penting, kau jangan masuk bilik aku." beritahunya ringkas sambil mengetuk pintu biliknya berkali-kali sebagai peringatan.

"Tapi... tak apa ke?"

"Kan aku dah cakap tadi, aku nak tebus kesilapan aku. Tak faham ke anjing kurap?"

Aku mengangguk. Lebih banyak aku tanya, pasti diherdik lagi. Ah, lupakan. 

"Kejap lagi P/A aku datang bawak pakaian kau. Aku tak tau saiz kau, so kalau longgar tu lantak kaulah. Aku nak keluar. Jangan jahanamkan barang aku," begitu mudah dia percayakan budak pungut ini. Ergh, dia budak pungut je. Bukannya reti guna perkakas moden pun. Macam budak zaman batu.

* * * * *

"I heard that sasaeng fans found out a girl in your limousine, huh?" Kai tersenyum simpul sambil meneguk wain dari gelasnya. Sehun di sebelah mengeluh berat. Muzik di kelab malam itu langsung tidak menenangkannya. 

"That stupid idiot girl? Uh, stop it Kai. Aku terlanggar adik dia je. Muka dia macam nak mampus je duk menganggur, aku tinggal jelah dia kat rumah singgah aku tu. Nanti tiba masa aku halaulah dia," 

"Boleh aku jumpa dia? Kot-kot boleh jadi kunci pendua Krystal ke," Kai berseloroh. Sehun tersenyum sinis.

"Budak pungut pun kau hadap, kan?"

"Kalau cantik, aku peduli apa. Bantai jelah,"

"Okey, kau nak jumpa dia kan? Nanti ikut aku balik. By the way, let's enjoy this night," mereka berdua berlaga gelas wain sebelum meneguknya.

* * * * *

Sehun keluar dari tengah hari tadi. Sekarang dah tengah malam. P/A Sehun baru sahaja pulang selepas memberikan barang-barang keperluanku. P/A tersebut yang dikenali sebagai Sooyoung itu kelihatan ramah denganku. Dia tahu asal-usulku selepas Sehun menjelaskan semuanya dan dia turut bersimpati denganku. 

"Ji Eun, awak kena hati-hati dengan Sehun,"

"Kenapa?"

"Sehun, he's a good playboy. And a girl yang lawa macam awak, awak kena pandai jaga diri awak. Jangan termakan semua kata-kata dia,"

Aku duduk di atas sofa sambil termenung sendirian. Pandangan diliarkan ke sekeliling. Sungguh aku tidak senang dengan persekitaran ini. Aku sangat janggal. Tambahan pula, aku berada di rumah seorang selebriti terkenal. Argh, janggalnya! Mahu sahaja aku lari dari sini namun aku tidak tahu cara untuk membuka pintu berpengawasan tinggi itu. Siap berkata kunci segala. 

artificial love ☆ミ  | oh sehunWhere stories live. Discover now