Hanya Suho, Ji Eun, Kyungsoo, Luhan dan Kris sahaja yang akan pergi ke kondominum tersebut. Susah juga kalau terpaksa bawa 12 ahli serentak. Belum masanya mungkin. Apabila limosin itu berhenti di hadapan bangunan yang menjadi destinasi, mereka sudah tidak sabar-sabar mahu rempuh masuk ke dalam. Nafas dihela, sebelum semua bertempiaran masuk ke dalam kondominium mewah itu. Luhan cekap berlari menuju ke lif, menekan butang terlebih dahulu sebelum menjerit, "Yeah, aku menang!" sebelum tercungap-cungap mencari nafas.
"Kau ingat Exo Showtime ke?" Kris ketawa sambil mengesat peluhnya. Luhan senyum, "Mestilah, aku rindu Exo Showtime, legend kot,"
(Saja tambah part ni, I guess you guys mesti rindu Exo Showtime :') Bila reality show diorang yang baru tu nak keluar hukhuk)
* * * * *
Mereka berdiri di hadapan pintu, mendengar pesanan ringkas yang disampaikan Suho. Jangan terlalu bising, itu sahaja pun. Masing-masing mahu tekan kata laluan, namun Suho bertindak cekap.
19940412.
Pintu mula terbuka, Suho dan Ji Eun berada di barisan paling hadapan, berjalan masuk ke dalam rumah.
"Ji Eun... awak tengok-tengoklah dulu, mana tahu awak ingat?" Kris menepuk bahu Ji Eun sambil tersenyum. Ji Eun agak takut melihat wajah garang Kris namun dia menyimpan perasaan takut itu, takut Kris terasa.
Ji Eun memandang sekitar kawasan, cuba menangkap apa yang dapat diingatinya. Kepalanya tiba-tiba terasa sakit. Dia merasakan satu aura yang tidak dapat diingatinya. Dia rasa dia sangat cam tempat ini!
Kyungsoo memandang Ji Eun yang mengurut kepalanya. Dia mendekati gadis tersebut sebelum bertanya, "Ji Eun, okey tak?"
"Saya... saya tahu tempat ni... tapi saya tak ingat!" berbekalkan cerita yang Kyungsoo dan Kai ceritakan tadi, dia sudah dapat mengecam sesuatu. Dia memejamkan mata, cuba mengingatinya...
"What the hell are you guys doing here? Making shits?"
* * * * *
Terkebil-kebil aku melihat wajah lelaki itu.
Itu... Sehun.
Sehun melihat wajahku, riak wajahnya berubah. Dia memandang Suho dan Kyungsoo. Aku tergamam. Fikiranku menjadi lebih kusut.
"Se... Sehun,"
"Ji... Ji Eun,"
"Kenapa bawak dia datang sini? Korang sayang dia sangat kan? Hah bawaklah balik dorm, kalau boleh nanti datang sini dapat tengok ada baby pulak," Sehun merengus geram. Ji Eun takut mendengar suara Sehun. Dia yang memakai T-shirt hitam dan jeans hitam pendek, menampakkan balutan pada lututnya.
"Apa jadi kat lutut kau?" tanya Kyungsoo.
"Bukan urusan kau,"
"Kami bawak Ji Eun datang semula ke sini untuk pulihkan ingatan dia," Suho bersuara. Dia memandang tepat ke arah anak mata Sehun. "Sehun, aku harap kau sedar perbuatan kau selama ni,"
"Kau dah hancurkan hidup Ji Eun, kau bunuh dia dan kau libatkan dia dalam masalah kau dengan Irene, kau cuba rogol dia. Apa masalah kau, kau dah gila ke?" marah lelaki itu kepada maknae yang selama ini disayangi semua ahli.
"Apa dah terjadi dengan Sehun kesayangan EXO? Apa dah jadi? Apa jadi dengan Sehun yang selama ni suka tersenyum, suka menyakat, maknae kesayangan EXO? Semua berubah sebab kau dah angau!"
Sehun diam.
"Aku harap, nanti kau dapat sedar semula, aku harap sangat kau boleh jadi macam dulu. Aku tak kenal siapa Sehun yang baru, aku cuma kenal Oh Sehun yang lama, yang gembira dan yang sentiasa ketawa," Suho meletakkan tangannya di atas bahu Sehun namun Sehun menepis kasar.
YOU ARE READING
artificial love ☆ミ | oh sehun
Fanfic[TAKE NOTE : NO MORE UPDATE - DISCONTINUED, SORRY!] "Don't keep them as our days, but keep them as our sweet memories," osh fanfiction by -redrose, since 2016 and still tak tamat-tamat. its been 2 years tho KAHKAH