Short Story

7.5K 339 14
                                    

Hai korang...macam mna?Dh knl ngn watak² tdi?Sis hrap korang x tertukar or pening...hihihihihi..
So nk memudahkan korang read crita ni..sis nk buat short story skit(skit ja tau 😉)

So crita dy mcm ni....
************************************

King Alfred & Queen Victoria merupakan raja & pemaisuri Negara Crystalline yang mempunyai kuasa yang hebat telah berkahwin selama 8 tahun dan hidup bahagia tetapi mereka masih belum dikurniakan seorang pon cahaya mata untuk mewarisi King Alfred sbgai Raja pada masa akan datang. King Alfred juga telah banyak kali memanggil peramal² yang hebat untuk meramal tentang kelahiran puteri atau putera mereka.

Pada suatu hari, sedang King Alfred & Queen Victoria beristirahat sambil mengenang nasib mereka, seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Atlwood datang ke istana mereka & memberitahu bahawa jika King Alfred & Queen Victoria hendak mempunyai anak maka King Alfred perlulah mengahwini seorang puteri dari Negara Turnsik yang bernama Edora. Pada mulanya, King Alfred berasa amat murka dan tidak percaya akan kata² Atlwood itu, tetapi selepas diberitahu oleh Atlwood bahawa King Alfred akan mendapat 8 orang puteri yang sangat hebat & mempunyai kuasa seperti mereka, 4 orang kembar dari Queen Victoria & 4 orang kembar dari Edora. Kemudian Atlwood terus menghilangkan diri.

Seminggu selepas itu, King Alfred masih memikirkan kata² lelaki tua itu dan sering termenung. Queen Victoria berasa kasihan terhadap suaminya walaupun suaminya itu tidak berkata apa² selepas kejadian itu kerana tidak mahu dia bersedih. Dia tahu yang suaminya mahukan pewaris untuk ganti tempatnya sebagai King/Queen of Crystalline. Oleh itu, dia membenarkan suaminya untuk berkahwin lain. Pada mulanya, King Alfred membantah kerana tidak mahu melukakan hati permaisuri hatinya, tetapi setelah dipujuk oleh Queen Victoria, akhirnya King Alfred pon bersetuju.

Majlis perkahwinan itu diadakan secara besar-besaran & secara rasminya Edora bergelar permaisuri kedua Negara Crystalline.

Beberapa bulan selepas itu, Queen Victoria disahkan hamil 4 orang puteri kembar & 3 bulan selepas itu pula Queen Edora pula hamil 4 orang puteri kembar sama seperti Atlwood katakan dulu. King Alfred berasa sangat seronok kerana dia akan bergelar ayahanda kepada 8 orang puterinya. Begitu juga Queen Victoria & Queen Edora yang akan bergelar bonda. Mereka hidup gembira & King Alfred menjaga isteri-isterinya dengan baik sekali.

Tetapi kegembiraan itu hanya sementara, selepas sahaja kelapan-lapan puteri itu dilahirkan, berlaku satu peristiwa dimana mereka terpaksa dipisahkan daripada King Alfred, Queen Victoria & Queen Edora lalu dibawa ke dunia manusia demi menyelamatkan mereka dari kekejaman & dendam Luke.

************************************
Ha macam mana?Best x?Nak tahu peristiwa apa yang berlaku sehingga mereka terpaksa dibawa ke dunia manusia?Nak thu apa dendam Luke itu?
Jadi stay la sampai tamat..
😍

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now