Majlis sambutan kepulangan kelapan-lapan puteri itu diadakan secara besar-besaran. Hampir kesemua Virulent yang berada di dalam negara Crystalline menghadiri majlis tersebut begitu juga bagi mereka yang berada di negara-negara di bawah naungan dunia Crystall Realms yang diperintahkan oleh King Alfred.
Raja-raja dan permaisuri-permaisuri bagi setiap negara di dalam dunia tersebut turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Siapa yang tidak gembira dengan kepulangan puteri-puteri tertinggi dunia kerajaan mereka, kan?
Pemerintah bagi dunia lain iaitu Fairy World, Oz World, Wonderland World, Westeros World.dan Pandora World juga menghadiri majlis tersebut. Sebenarnya, persahabatan antara Crystall Realms dengan dunia-dunia yang lain sangat rapat sejak berjuta-berjuta tahun dahulu lagi.
Ed, Ria, Lis, Sar, Dian, Elis, Nis dan El sedang bersiap sedia di bahagian belakang dewan ballroom. Selepas ini, ayahanda mereka akan memanggil mereka berlapan untuk diperkenalkan kepada khayalak ramai. Mereka memakai gaun yang disediakan oleh bonda-bonda mereka mengikut warna kegemaran masing-masing.
"Elis. Kau tengok baju aku ni. Okay tak? My looks?"
Elis menjuling matanya ke atas. Dia sudah berasa muak dengan soalan Nis yang berkali-kali sedari tadi lagi.
"Berapa kali kau nak tanya ni? Dah dekat 20 kali kau asyik tanya soalan yang sama. Rimas aku!!" marah Elis. Ada juga yang kena kaki malam ni!
"Sorry lah! Aku nervous ni. Mana tahu rakyat tak sanggup tengok muka aku yang cantik ni." balas Nis dengan muka comel.
"Habis tu! Dah tahu cantik kan. Tak payahlah tanya soalan tu lagi. Bosan tahu!" kata Elis lagi. Kalau boleh memang dia teringin sangat nak ikat Nis tu atas pokok. Asyik perasan saja kerja dia. Ikut perangai siapa pun tak tahu lah!
"Korang berdua ni diam boleh tak? Nak kena luku sorang-sorang dulu baru ada akal ke?!" marah Ria pula. Sudah lah masing-masing sekarang tengah nervous tapi boleh pula dua ekor makhluk itu bergaduh time time macam ni.
Elis dan Nis terus mendiamkan diri. Bergaduh lagi nanti memang kena petir la jawabnya. Tahu pula takut!
"El. What's wrong? Tak sihat ke?" soal Ed apabila melihat wajah takut adiknya itu.
El menggeleng kepala seraya bersuara,
"Tak lah. El cuma takut nak naik atas tu."
Ed berjalan lalu merapati gadis berambut biru itu. Dia faham situasi El sekarang. El sememangnya seorang yang pemalu. Nak bercakap dengan kakak-kakak kembarnya dan empat guardian tu pun malu yang amat apatah lagi nak bersua depan khayalak ramai terutamanya pada hari ini. Minta-minta dia tak pengsan cukup la.
"Sekejap je okay. After ayahanda call your name, cepat-cepat naik dan turun. Jangan bercakap kalau tak boleh." nasihat Ed.
El hanya mendiamkan diri. Sebenarnya, dia masih rasa gementar dan takut.
Ed hanya mampu mengeluh. Bilalah sikap pemalu adik ini akan berkurangan? Nak kata bonda Edora ni pemalu dan pendiam. Yes, she is! Tetapi tak la seteruk dia ni. Bonda Edora tu masih lagi mampu buat orang ketawa. Nak harapkan puteri bongsunya ini? Lari terjun gaung pun belum tentu dia boleh buat.
"El tak naik boleh tak?" soal El tiba-tiba.
Ed mengerutkan dahinya. Kembar-kembar yang lain memandang pelik ke arahnya El.
"No!! Jangan buat kerja gila. Ayahanda marah kang baru tahu." Dian bersuara.
"Ala please! You can tell father to call your name only but please not me." rayu El dengan muka sedih.
Kakak-kakak kembarnya hanya mengeluh. Tak suka betul kalau dia buat muka macam tu. Mesti cair punya. Kenapalah dia boleh ada ekspressi muka macam tu?
"El please! Jangan macam ni. Sekejap jer okay. I promise it." kata Sar pula. Yang lain hanya mengangguk. Dah kenapa diaorang ni? Kerja angguk, geleng, mengeluh saja dari tadi.
"What's wrong girls? Anythings happen?" soal Bella yang muncul secara tiba-tiba. Di belakangnya terdapat Mary, Racheal, Cyler serta 6 lagi yang tidak dikenali oleh kembar-kembar itu. Mereka memakai baju rasmi mereka sebagai Guadian Heroes bersama pedang yang tersisip kemas di pinggang masing-masing.
"Thanks God! Kak Mary, boleh tak pujuk adik kesayangan kakak ni? Dia tak nak naik atas and meet our guests at the ballroom." beritahu Ed.
Mary menayangkan muka pelik. Dia pergi ke arah El yang tertunduk memandang lantai itu.
"Kenapa ni? Kan dah janji tak nak buat perangai malam ni?"
"But I'm scared!" balas El.
"Nak takut apanya? They are just our guests not a monster." kata Mary.
El mendiamkan diri.
"Stop being a kid, El!! Nanti King Alfred marah kitaorang bukannya awak. Go and get ready now!!!" kata Bella dengan suara yang tinggi.
Mereka yang berada di situ tersentak termasuk El. Selama ni pun, Bella tidak pernah meninggikan suara terhadapnya. Selalunya dia hanya mendengar Bella marah kakak-kakak kembarnya sahaja. Sebab mereka itu yang selalu buat kesalahan dan bukannya dia. Inilah first time Bella memarahi dirinya. Dia ada buat kesalahankah?
El rasa seperti mahu menangis. Dia malu dimarahi di hadapan khayalak ramai lebih-lebih lagi ada beberapa orang yang tidak dikenalinya.Bella yang baru tersedar dengan keterlanjurannya itu cepat-cepat bersuara,
"I'm sorry El. Kakak tak ada niat..." Belum sempat dia habis bercakap, El bangun lalu berlari keluar. Yang lain hanya memandang.
"What's wrong with you Bella? Kau tak ada hak nak marah dia! She's not our sister anymore, remember that!!" marah Mary lalu bangun mengejar El yang telah hilang dari pandangan mereka.
"Apa masalah akak ni? El kan memang macam tu. Yang nak marah-marah ni kenapa?" soal Lis tidak puas hati.
"Dah la! Jom tunggu depan sana. Kalau ayahanda panggil nanti, senang sikit nak dengar. Stay dekat sini pun buat sakit hati jer." balas Ria lalu berjalan ke tempat yang ditunjukkan sebentar tadi. Kembar-kembar yang lain hanya membuntuti langkahnya.
"Korang pergilah dulu. I want to see El first!" kata Ed lalu berjalan ke arah El dan Mary menghilang sebentar tadi.
Bella meraup mukanya dengan sebelah tangan. Khilaf dia kali ini. Sudah lah Ed masih tidak bercakap dengannya.
"Kenapa tu Bella? Kau okay ke?" tanya Daniel.
"KAU JANGAN SIBUK BOLEH TAK?!!!" tengking Bella tiba-tiba sebelum berjalan meninggalkan rakan-rakannya.
Daniel terpinga-pinga.
"Kenapa dengan dia tu? Bendera merah erk!"
"Lain kali. Diam sudah kalau tidak tahu apa-apa. Menyibuk saja kerjanya!" balas Racheal sambil berjalan mengikuti langkah Bella yang telah jauh di hadapan.
Guardian Heroes yang lain turut membuat perkara yang sama. Zara sempat pula menjelir lidah ke arah Daniel yang sedang menggaru kepalanya itu.
"Aku potong lidah tu baru padan muka." kata Daniel perlahan lalu mengikuti langkah mereka.
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...