El ketakutan. Lelaki-lelaki itu menghampirinya. El bangun lalu mahu pergi dari situ namun sempat dihalang oleh lelaki 4 yang berbadan tegap.
"Hai awak. Sorang je ke? Mana suami awak?" soal lelaki itu.
El hanya mendiamkan diri. Sesungguhnya dia sangat takut sekarang. Lelaki-lelaki itu cuba untuk menyentuhnya namun dia menepis sehingga dia terundur kebelakang.
"Wei! Sombong la dia ni!" kata lelaki 1 pula.
Lelaki itu cuba untuk memeluk El. Tetapi dengan pantas El menendang kaki lelaki itu hingga tersungkur. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Tak guna kau perempuan!!!!" jerit lelaki itu lalu mengarahkan kawan-kawannya supaya menangkap El.
El berundur ke belakang namun terhad kerana dihalang oleh lelaki 2.
"Kau nak pergi mana? Kau dah sakitkan kawan aku! Ingat kau boleh lari!!" kata lelaki 3 dengan muka bengis.
El semakin takut. Lelaki 4 menolak gadis itu sehingga terjatuh. El merasa sangat sakit terutamanya di bahagian tangannya. El mengangkat tangannya dan terkejut. Tapak tangan kanannya terkena serpihan kaca yang bertaburan di situ. Darah membuak keluar memenuhi tangannya yang putih itu. El meringis kesakitan.
Earl. Mana awak? Kata hatinya.
Dia hampir terlupa akan kehadiran lelaki itu. Dia berdoa agar Earl datang menyelamatkannya.
Earl yang baru keluar daripada kedai itu terkejut melihat orang ramai yang sedang berhimpun di suatu tempat. Dia tergamam melihat El yang sudah cedera di tangan dan dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang mencari gaduh dengannya tadi. Kesabarannya memuncak lalu meluru ke arah lelaki-lelaki itu.
"WOI!!!!" jeritnya lalu menumbuk lelaki yang berbadan tegap itu.
Lelaki itu terdorong ke belakang. Darah keluar melalui mulutnya dan giginya patah. Earl kemudiannya menendang lelaki 2 dengan sekuat hatinya. Lelaki itu jatuh dan mengerang kesakitan. Lelaki 3 pula cuba menyerangnya, namun dengan sepantas kilat, dia menyelit ke arah kaki lelaki tersebut lalu mematahkannya. Bunyi tulang yang patah jelas kedengaran. Lelaki itu terduduk sambil memegang kakinya.
Tiba-tiba Earl berasa pipinya seperti ditumbuk oleh seseorang. Dia terdorong ke belakang dan matanya sedikit berpinar. Rupa-rupanya lelaki 1 yang telah menumbuk Earl sebentar tadi. Earl hilang sabar. Dia bergerak ke arah lelaki itu dan bersedia untuk menyerang. Dengan sepantas kilat, Earl melayangkan penumbuk ke arah lelaki itu. Lelaki itu tidak sempat berbuat apa-apa. Earl terus menendang perut lelaki itu dan kemudian menyepak mukanya. Lelaki itu jatuh tersungkur sambil memegang perut dan mukanya.
Setelah itu, dia berlari ke arah El yang cedera parah itu. Dia terkejut melihat kaca yang terbenam di dalam tapak tangan El itu.
"El. Are you okay?" soalnya cemas.
Dia melihat El menangis. Hatinya terdetik sayu melihat air mata itu. Hatinya menjadi panas tiba-tiba. Dia memandang ke arah empat orang lelaki yang sudah tersungkur itu dengan perasaan marah yang teramat sangat.
Dia bangun dan menuju ke arah lelaki-lelaki itu. Ada benda yang perlu diselesaikan. Kakinya memijak perut lelaki 1. Lelaki itu mengerang kesakitan.
"Hei! Dengar sini baik-baik. Ingat nama aku, my name is Louis Earl. Prince of Phulet kingdom!!!!" katanya dengan suara tinggi.
Semua yang berada di situ tersentak termasuk dengan lelaki-lelaki tersebut. Putera? Biar betik?
"And do you guys want to know who is that girl?" soalnya sinis.
Semua yang berada di situ hanya mendiamkan diri menanti kata-kata seterusnya oleh Earl. Perut lelaki 1 itu ditekan dengan lebih kuat olehnya.

YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...