!!!Sringggg!!!
!!!Kringggg!!!
!!!Tinggggg!!!Bunyi pedang berlaga memenuhi taman latihan itu. Hanya ada mereka berdua sahaja yang berada di situ. Masing-masing menunjukkan kehebatan sendiri tanpa mempedulikan tenaga mereka yang semakin berkurangan. Tiada tanda-tanda bahawa mereka akan menghentikan perlawanan tersebut selagi tiada di antara mereka yang mahu menyerah kalah.
Si gadis banyak menyerang manakala si jejaka hanya menahan dan menakis serangan tersebut. Peluh yang sudah memenuhi badan mereka hanya dibiarkan.
"Woii puteri singa! Takkan ini jer kau mampu buat? Lembik la kau ni." Alden menahan serangan pedang Ed yang mahu dihunus ke jantungnya.
"Hello! Ni first time aku lawan tanpa kuasa aku okay!!" balas Ed geram.
Sebenarnya mereka sedang berlawan tanpa menggunakan kuasa. Menurut putera terung tu, kuasa bukan segala-galanya. Sebab itulah dia cuba mengajar Ed untuk berlawan menggunakan pedang pula. Dia mahu melihat kehebatan Ed dalam bermain pedang.
"General Bella tak ajarkan kau guna pedang erk? Patutlah lembik sangat serangan kau ni."
"Aku diajar dengan menggunakan kuasa. Jarang diajar guna benda alah ni." balas Ed.
Alden tersenyum sumbing. Idea jahatnya muncul.
"Kalau macam tu, jom kita tengok cara kau halang serangan aku pulak."
Kini keadaan berubah. Alden lebih banyak menyerang dan Ed pula banyak menahan.
Kehebatan Alden dalam bermain pedang itu membuatkan Ed keletihan. Serangan yang bertubi-tubi membuatkan dia tidak mampu lagi menangkisnya dan
!!!Srrraaakkk!!!
"Arghhh!!!" jerit Ed kesakitan.
Bilah pedang Alden telah mengenai lengannya. Baju merah yang dipakainya terkoyak dan darah mula keluar. Dia terduduk menahan sakit.
Alden terkejut. Dia tidak menyangka yang Ed tidak dapat menahan serangannya itu. Dia menuju ke arah Ed dengan pantas lalu melihat luka itu. Perasaan bersalah, risau dan cemas mula menyelubungi dirinya.
"Ed. Sorry! Aku tak sengaja." katanya perlahan. Melihat muka Ed yang berkerut tanda sakit itu membuatkan jiwa lelakinya tidak tenteram.
Dia mengoyakkan sedikit baju yang dipakainya. Herba penyembuh yang berada berdekatan taman itu diambil lalu diletakkan di atas baju yang dikoyak tadi.
"Tahan sikit okay." Tanpa menunggu lama. Alden terus mencuci luka itu dengan air bersih dan membalut dengan koyakkan baju sehinggakan dia tidak sedar yang Ed asyik memerhati tingkahnya sedari tadi.
"Ed. Sorry...."
Kini baru mereka berdua perasan bahawa jarak antara mereka terlalu dekat. Masing-masing boleh mendengar deruan nafas antara satu sama lain. Degupan jantung mula berdetak laju. Tak guna jantung!! Apasal kau berdetak time time macam ni pula??!!
Seperti rasa dihempuk sesuatu, Ed tersedar daripada adegan yang tidak 'bertauliah' itu.
"Jangan buat macam tu lagi." katanya perlahan tetapi masih ada ketegasan. Dia cepat-cepat menjarakkan dirinya dan ingin berlalu dari situ. Dia sudah tidak betah berada di situ lagi. Malu kut!! Ditambah pula dengan jantung yang sudah seperti perlumbaan F1.
Tetapi biasalah, malang tidak mengenal sesiapa apabila Ed merasakan badannya seperti tidak seimbang dan ingin terjatuh.
Alden yang melihat keadaan Ed itu terus menyambutnya namun lagi, malang tidak berbau. Akibat tergesa-gesa ingin membantu Ed, dia juga tidak dapat mengawal keseimbangan badannya dan akhirnya mereka berdua terjatuh secara serentak.
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasiaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...