Bella, Racheal, Mary dan Cyler menceritakan semuanya keadaan sebenar yang berlaku semasa di dunia manusia kepada raja dan permaisuri-permaisuri mereka. Bermula dengan kali pertama suara itu menganggu kehidupan El sehinggakan El menjadi tidak terkawal.
King Alfred, Queen Victoria dan Queen Edora terkejut besar. Tidak menyangka selama ini Luke masih menganggu puteri-puteri mereka di dunia manusia. Berani betul raja kegelapan itu bertindak sedemikian rupa.
King Alfred meraup mukanya.
"Kenapa kamu tidak beritahu hal ini?" soalnya.
Bella, Mary, Racheal dan Cyker berpandangan antara satu sama lain.
"We are sorry, Your Majesty! I thought it just a small matter that we can handle by ourselves." balas Mary kemudiannya.
"Small matter? Kamu lihat apa yang telah berlaku sekarang." kata Queen Victoria pula.
"Yes, we know it Your Majesty tetapi ketika itu, Queen Edora sedang sakit. Jadi, kami ambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja supaya kesihatan permaisuri tidak terjejas." balas Bella.
"You should tell us Bella. Perkara ini bukannya kecil. Ini melibatkan hidup Puteri El, puteri bongsu beta." kata Queen Edora pula. Tidak menyangka selama ini puteri bongsunya itu sakit. Selain daripada penyakit misteri yang ditanggungnya, puterinya itu turut menghadapi perkara ini. Kesian puterinya itu.
"We are sorry, Your Majesty." Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh keempat-empat orang Guardian Heroes tersebut.
"Selama ini, Puteri El hanya mendiamkan diri. Tidak memberitahu tentang gangguan daripada suara itu sehinggalah dia hilang kawalan seperti yang kami ceritakan. Itupun kerana patik berada di rumah." sambung Mary pula. Kalau dia tidak berada di rumah ketika itu, mungkin sampai sekarang mereka tidak akan tahu tentang kewujudan suara itu.
"Itu bukan alasannya Mary! You are their guardian!! You should know what to do and their problem!" kata King Alfred tegas.
"Beta percayakan kamu berempat. Sebab itulah beta arahkan kamu menjaga mereka di dunia manusia sana. Tapi lihat apa yang berlaku sekarang? Puteri beta dalam bahaya, tahu tak?!" sambungnya lagi.
Keempat-empat guardian itu hanya menunduk. Mengakui kesalahan mereka.
King Alfred mengeluh.
"Beta tak marahkan kamu. Kesanggupan kamu menjaga puteri-puteri kami di sana membuatkan kami sudah cukup terhutang budi. Tapi beta kecewa. Kecewa dengan dengan diri beta sendiri. Beta tak mampu menjaga puteri-puteri dan keluarga beta dengan baik. Beta..." kata-katanya terhenti di situ.
Peristiwa hitam 18 tahun yang lalu kembali terlayar. Peristiwa di mana dia menjadi seorang yang lemah dan pengecut. Peristiwa yang kerap kali muncul sebagai mimpi ngerinya.
Queen Victoria dan Queen Edora memegang lengan suami mereka bagi menenangkannya. Mereka tahu bahawa King Alfred sedang sedih sekarang. Selepas peristiwa itu, mereka dapat rasakan bagaimana King Alfred menanggung akibat daripada kelalaiannya. Walaupun King Alfred tidak menunjukkan, tetapi mereka tahu bertapa sakitnya apabila suami mereka ini digelar lemah dan tidak mampu menjaga keluarga sendiri. Peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Sudahlah kanda. Lupakan kisah lalu. Sekarang, lebih baik kita fikir apa yang perlu dilakukan untuk menyembuhkan anakanda kita." kata Queen Edora lembut.
King Alfred mengangguk setuju. Itu yang lebih penting sekarang.
"Apa kata kita minta tolong daripada King Phillips dan Queen Alice. Maybe mereka boleh hantar healer yang terbaik untuk menyembuhkan puteri El." Queen Victoria memberikan cadangan.
Mereka semua terus bersetuju.
"Knight Cyler. Pergi ke kerajaan Phulet dan khabarkan perkara ini kepada King Phillips. Beritahunya juga bahawa beta amat memerlukan healer terbaiknya. Jika tiada, pergi ke kerajaan-kerajaan lain pula tetapi rahsiakan perkara ini. Cuma beritahu puteri beta sakit teruk dan memerlukan healer secepat mungkin." arah King Alfred.
Cyler mengangguk dengan arahan diterimanya.
Mata King Alfred diarahkan pula kepada Racheal.
"And you Knight Racheal. Bekerjasama dengan Guardian Heroes yang lain. Make sure perkara ini tidak sampai kepada umum. Beta tak mahu puteri beta menanggung malu nanti."
Racheal mengangguk faham.
"Baiklah, tuanku." katanya lalu melangkah keluar istana. Diikuti Cyler di belakangnya.
"Mary, Bella. Macam mana perkara ini boleh terjadi? Kenapa cuma puteri bongsu beta sahaja yang diganggu?" soal King Alfred lagi. Matanya memandang ke arah Bella dan Mary yang masih berada di situ.
"Kami tidak pasti tuanku. Kami cuba untuk menyiasat tentang perkara ini juga, namun tidak menjumpai jawapannya. Tapi apa kami syak, kejadian yang menimpa Puteri El sekarang ada kaitan dengan serangan Luke 18 tahun yang lalu." balas Bella.
King Alfred, Queen Victoria dan Queen Edora terdiam.
"Mesti ada sebab kan kenapa Luke serang negara kita semasa itu. Mungkin ini salah satu sebabnya. Untuk apa dia menggunakan hampir kesemua kuasanya semata-mata hanya untuk menyerang kita." giliran Mary pula memberikan pendangannya.
Mereka bertiga hanya mendiamkan diri memikirkan kelogikan teori tersebut.
"Betul juga kanda. Kanda ingat tak? Selepas sahaja kita menghantar puteri-puteri kita ke dunia manusia, terus Luke hentikan serangannya dan pulang ke Dark World." kata Queen Victoria.
"Maybe kerana kuasa puteri kita." Queen Edora bersuara.
"Apakah kuasa utama Puteri El?" soal King Alfred kepada Mary dan Bella.
"Ais, tuanku." jawab mereka berdua serentak.
"Ais? Apa kaitan ais dengan kegelapan?"
Mereka semua terdiam. Memikirkan logik antara persamaan kedua-dua kuasa itu.
"Sudahlah. Beta dah buntu ni. Macam inilah, apa kata kita minta tolong penyiasat terbaik daripada King Phillips?" kata King Alfred sambil tersengih.
"Okay juga tu kanda. Otak adinda pun bukannya pandai beroperasi sangat." balas Queen Victoria.
Queen Edora mengangguk tanda setuju.
"Baiklah. Bella, Mary. Beta mahu kamu berdua dapatkan penyiasat terbaik di kerajaan Phulet. Sampaikan juga kepada King Phillips dan Queen Alice. Kamu berdua perlu juga menyiasat akan perkara ini kemudian beritahu kami bertiga akan perkembangannya secepat yang mungkin. Arahkan sahaja Seargent Dapp jika kamu memerlukan bantuan!" arah King Alfred tegas. Perkara ini perlu diselesaikan segera sebelum Luke bertindak dengan lebih agresif lagi.
"Baiklah tuanku. Kalau begitu, kami pergi dulu." kata Bella lalu mereka berdua menunduk hormat ke arah King Alfred, Queen Victoria dan Queen Edora.
Mereka berdua ingin keluar tetapi terhalang dek ketukan di pintu. Pintu dikuak dan terpacul wajah serius puteri-puteri kembar itu.
"Ayahanda, bonda. Siapa Luke sebenarnya?" soal Ed.
Mereka yang berada di dalam kamar itu berpandangan antara satu sama lain. Nampaknya puteri-puteri tersebut mahukan penjelasan siapa Luke itu.
"Err... Jom makan! Bonda lapar lah." kata Queen Victoria. Mereka bertiga bangun lalu ingin keluar.
"No! Kita takkan pergi ke mana-mana sebelum perkara ini selesai." Tegas Ria.
Mereka berlapan sudah duduk di atas kerusi diraja di dalam kamar itu.
"Sampai bila ayahanda dan bonda mahu rahsiakan perkara ini? We deserve to know about it." giliran Sar pula bersuara.
King Alfred memandang wajah kedua isterinya sebelum terarah pula ke arah mereka berlapan. Nampaknya masa sudah tiba. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum bersuara,
"Luke.... He is my brother."
![](https://img.wattpad.com/cover/90546873-288-k568295.jpg)
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...