Kuda-kuda yang ditunggang oleh mereka memasuki kawasan bandar negara Crystalline. Sekali lagi puteri-puteri itu terpegun dengan keindahan bandar tersebut. Bermacam-macam jenis kedai yang dibuka dan barangan yang dijual. Mereka di sini tidak menggunakan wang dalam urusan jual beli tetapi menggunakan kristal. Jika dibandingkan dengan dunia manusia, boleh bernilai ratusan ribu ringgit bagi satu kristal itu. Cara pemakaian mereka juga moden, lebih daripada pakaian yang puteri-puteri itu sedang pakai sekarang.
Tetapi, yang menghairankan puteri-puteri itu sekarang adalah sepanjang mereka menyusuri bandar tersebut, kesemua penduduk di situ sedang menunduk dan melutut kepada mereka. Terdengar juga warga yang berada di situ berkata,
Welcome back our Princesses dan Welcome back Your Highness. Ada juga yang memuji kecantikkan mereka.
Siapa pulak puteri ni? Apasal semua orang tunduk dekat kitaorang? Desis hati kecil puteri-puteri itu.
"Abang Cyler. What happened? Kenapa diaorang semua tunduk dekat kitaorang?" tanya Elis.
"Mana ada! Diaorang tunduk dekat kuda-kuda ni la. Kuda-kuda ni kan kepunyaan golongan diraja. So, mestilah kena tunduk hormat."
Elis hanya menjuling matanya ke atas. Tak guna punya abang. Orang tanya elok-elok, dia jawab main-main pula.
"Habis tu kenapa pulak kuda-kuda ni tunduk dekat kitaorang tadi?"
Cyler hanya mengangkat bahu.
"Entah. Maybe kuda-kuda ni dah ada penyakit meroyan kut!"
Elis hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Malas nak melayan!
Selepas menyusuri bandar tersebut, mereka kemudian berhenti di hadapan sebuah pintu gerbang. Puteri-puteri itu tergamam memandang pintu gerbang yang besar dan tinggi itu. Tertera tulisan Crystal Castle di atas pintu gerbang itu.
Tiba-tiba pintu tersebut terbuka dari dalam. Puteri-puteri tersebut terkesima melihat keindahan sebuah istana yang berada di hadapan mereka.
Istana tersebut diperbuat daripada kristal-kristal. Halaman istana tersebut sangat besar dan cantik. Ia seperti dijaga rapi oleh tukang kebun yang profesional. Bunga-bunga yang tumbuh mekar dan harum menambahkan lagi kecantikkan istana tersebut. Haiwan-haiwan kecil yang berterbangan di dalam istana itu turut sama kelihatan cantik serta bersinar-sinar dan pada masa yang sama, beberapa percikan bunga api mula meletus di langit biru kemudian membentuk tulisan Welcome Back Our Princesses dan Welcome Back Our Great Guardian Heroes. Percikan bunga api tersebut sangat cantik kerana dikelilingi oleh warna yang berlainan.
*****************************
Queen Victoria dan Queen Edora sedang memundar-mandir. Kejap menyelak kain langsir, kejap duduk, kejap berdiri. Nasib baik tak buat kuak lentang! King Alfred yang berada di atas kerusi diraja itu hanya memandang mereka berdua begitu juga dengan dayang-dayang dan pengawal-pengawal istana yang turut berada ruangan utama tersebut.
"Adinda berdua. Sudahlah tu! Pening kanda melihat adinda berdua ni." Akhirnya King Alfred bersuara. Rimas juga dengan kedua-dua permaisurinya yang asyik berjalan ke sini ke sana. Dia juga tidak sabar menunggu puteri-puterinya tiba. Tetapi, tak adalah sampai jadi kucing hilang anak macam mereka berdua.
"Ala kanda! Adinda berdua cuma tidak sabar menanti kepulangan puteri-puteri kita ni." balas Queen Victoria. Pelik pula dengan sikap suaminya yang tenang sedari tadi.
"Sabarlah! Kejap lagi sampai lah mereka tu."
Tiba-tiba percikan bunga api kedengaran. King Alfred terus bangun dari tempat duduknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/90546873-288-k568295.jpg)
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...