Crystalline, Crystall Realms.
"Aku tengok kau sekarang macam happy saja? Kenapa?" soal seseorang.
"Mestilah aku happy Phil. Puteri-puteri kami akan pulang tidak lama lagi." balas King Alfred. Di fikiranya terbayang bagaimana rupa puteri-puterinya itu apabila telah dewasa kini. Selama ini, dia hanya lihat rupa-rupa mereka hanya di dalam gambar. Gambar dengan realiti kan berbeza.
"What? Biar betul ni? Aku tumpang gembira untuk kau. Patut la sudah tak serabai macam dulu." kata King Phillips sambil ketawa.
"Selama ini aku serabai kah?" King Phillips hanya menjongket bahu.
"Well, maybe pada pandangan Virulent kau memang tak nampak. But me, yes you are." balasnya. Memang dia kenal sangat perangai sahabat baiknya ini. Sahabatnya ini telah lama menderita semenjak ketiadaan puteri-puterinya walaupun dia tidak menunjukkannya secara terbuka. Hurt inside, you know!
"Kau jahat macam dulu kan. Selalu kenakan aku." kata King Alfred sambil ketawa.
"Macam la kau tak kenal aku Al. And kau pun tak payah la nak sembunyi apa-apa dari aku. Semuanya aku tahu walaupun kau tak bagitahu."
King Alfred mencebik. Sahabatnya ini memang selalu permainkannya tetapi inilah sahabatnya sejak kecil lagi.
"I miss them. Really really miss them. Their mothers also too. Aku nampak betapa happynya mereka berdua apabila mendapat tahu akan hal ni and kesihatan mereka juga semakin pulih." jelas King Alfred dengan senyuman.
King Phillips menepuk bahu sahabatnya itu.
"Aku pun happy tengok kau macam ni. By the way, bila puteri-puteri kau tu balik sini?"
"Hmm...dalam masa empat bulan lebih lagi. Ed, Ria, Lis dan Sar baru saja sambut birthday mereka beberapa hari yang lalu. So, nak tunggu adinda-adinda mereka cukup 18 tahun dulu baru nak balik ke sini." balasnya. Actually, boleh jer kalau nak bawa keempat-empat puterinya itu pulang sekarang, tapi dia yang tidak mahu. Pergi sekali, balik pun kena la sekali juga.
"Aku nak tanya ni. Diaorang semua dah tahu ke pasal diri diaorang yang sebenar?" soal King Phillips.
"Belum Phil." balas King Alfred perlahan.
Matanya memandang taman-taman di arah luar istana. Dia sebenarnya takut. Takut yang puteri-puterinya tidak boleh menerima keadaan sebenarnya dan lari meninggalkan mereka bertiga. Dia juga takut Luke akan serang mereka lagi jika tahu puteri-puterinya telah kembali.
King Phillips memandang simpati ke arah sahabatnya. Dia tahu apa yang dirasakan King Alfred sekarang.
"It's gonna be fine, Al. Trust me!"
King Alfred mengeluh.
"Aku takut Phil. Aku takut mereka semua lari sebab tak boleh terima kenyataan ini. Kau tahu la kan, mereka dibesarkan di dunia manusia sana dan menganggap kami sudah tiada selama ini." balasnya.
"Yes, I know Al. But kau tak boleh macam ni. You must strong. Aku yakin budak-budak tu akan terima semua ni. Lagipun, kau kan ada empat Guardian Heroes yang boleh tolong kau. And about Luke, don't worry la! Aku kan ada! Kalau dia datang serang kau lagi, aku akan tolong." King Alfred tersentuh mendengar bicara sahabatnya itu. Ya, dia kena kuat. Kalau tak, Luke akan ambil kesempatan seperti 18 tahun dulu. Tentang penerimaan puteri-puterinya itu, tolak ke tepi dulu. Yang penting sekarang, dia akan berjumpa dengan mereka.
"Thanks Phil. Kau always bagi aku support selama ni." katanya lalu memeluk sahabatnya itu.
"Well, itu lah namanya sahabat. Anyway, aku respect la dengan guardian kau tu. Selama 18 tahun kut mereka simpan rahsia ni. Kalau aku, jangan harap lah nak buat macam tu."
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...