TLP~23| It's That A Love?

2.6K 152 0
                                    

"Puteri El sudah pulang!!!!!" jerit salah seorang pengawal istana.

Mereka semua terkejut dan terkocoh-kocoh bergerak ke luar istana. Kelihatan El sedang turun daripada kuda dan dibantu oleh seorang lelaki. Kesemua mereka mengenali lelaki itu kecuali puteri-puteri kembar. Mereka agak terkejut melihat kehadiran lelaki tersebut di samping El manakala puteri-puteri kembar mengerutkan dahi mereka apabila melihat lelaki yang tidak dikenali itu.

Queen Edora berlari mendapatkan puterinya lalu memeluknya.

"Anakanda saying! Where are you going? You make us worry, you know." katanya bersama air mata kegembiraan.

"I'm...sorry, bonda." balas El perlahan. Queen Edora agak terperanjat. Akhirnya, puterinya ini sudi juga bercakap dengannya.

Ed juga pergi mendapatkan adik tiri itu lalu memegang tangan kanan El.

"Auch!!" aduh El kesakitan.

Ed terkejut. Tangan itu diambil dan dilihat. Tergamam dia sebentar apabila melihat tangan adiknya yang berbalut dengan bandage itu. Terdapat juga kesan darah di bandage tersebut. Queen Edora juga terperanjat.

"Kenapa ni?" soal Ed prihatin.

El cepat-cepat menarik tangannya dan menyembunyikan di belakangnya.

"Errr...nothing! El naik atas dulu." katanya lalu terus berlari naik ke kamarnya.

Mereka yang berada di situ hanya membiarkan sahaja. Yang penting, syukurlah El sudah pulang.

"Ear! Macam mana kamu boleh jumpa puteri uncle?" soal King Alfred.

"Ayahanda kenal lelaki itu?" bisik Ria kepada Queen Victoria.

"Yes, of course we are! Lelaki itu merupakan putera bongsu kepada King Phillips dan Queen Alice. Prince Earl namanya." beritahu Queen Victoria.

Ketujuh-tujuh puteri itu mengangguk faham. Tak sangka King Phillips dan Queen Alice turut mempunyai lapan orang putera. Mereka hanya berkenalan dengan tujuh orang sahaja sebentar tadi.

"Earl jumpa Puteri El di River of Light tadi semasa dalam perjalanan ke sini." Balasan daripada Earl itu membuatkan mereka semua terkejut beruk manakala puteri-puteri itu hanya menayangkan muka tidak tahu.

"What? Jauhnya! Macam mana dia boleh sampai ke sana?" soal Queen Alice kepada puteranya itu.

Earl hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Sudah lah tu! Mereka baru saja tiba kan. Jom lah masuk dulu, biarkan Earl bercerita di dalam." kata King Phillips.

Mereka semua hanya menurut.

*****************************
Earl menghempaskan badannya di atas katil kamar Crystal Castle. Mereka sekeluarga tidak pulang ke Negara Phulet kerana hari sudah lewat malam. Selepas menceritakan segala-galanya yang berlaku, dia terus masuk ke dalam kamar untuk berehat.

Earl cuba untuk memejam mata tetapi bayang El muncul secara tiba-tiba. Dia memegang dadanya yang bergetar hebat itu. It's that love? Soalan itu muncul lagi. Tetapi sudikah Puteri El menerima cintanya? Apa kelebihan dia ada? Dia teringatkan kembali kejadian yang berlaku pada petang tadi.

Semasa dalam perjalanan pulang ke Crystal Castle. El memberitahu Earl bahawa sebenarnya dia malu untuk berjumpa dengan orang ramai yang menghadiri majlis sambutan mereka berlapan. Lalu, dia mengambil keputusan untuk lari daripada istana. Biarlah yang kena marah itu dirahsiakan. Nanti dikatakan seperti budak-budak pula.

Earl tersenyum bahagia. Akhirnya El mahu bercerita dengannya. El juga meminta agar Earl membawanya ke tempat lain dahulu sehingga majlis itu tamat. Earl yang berasa kasihan terus membawanya ke sebuah bandar. Mereka berdua turun lalu kuda diikat di sebatang pokok.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now