Kesemua puteri kembar itu sedang menikmati makan malam bersama ayahanda dan bonda-bonda mereka di meja santapan.
"Ed. Macam mana dengan latihan kamu sekarang?" King Alfred bersuara.
"Hmm. Okay jer." balas Ed bersahaja.
Sejak kejadian yang memalukan itu, Ed telah memujuk ayahandanya supaya guidancenya diganti namun tidak dihiraukan. King Alfred tetap berkeras mahu dia meneruskan juga sesi latihan itu bersama Alden. Menurut ayahandanya itu, Aldenlah yang terbaik dan sesuai jadi guidancenya. Dia pun pelik, bukan kah Bella lebih hebat dan sesuai jadi guidancenya? Apalah bagus sangat si terung tu sampai ayahandanya sanggup membiarkan dirinya 'menderita'.
Tetapi entah mengapa, sejak dari kejadian itu juga, dia berasa sedikit rapat dengan Alden berbanding sebelumnya. Sikit saja okay! Jangan lebih-lebih sebab mereka masih bergaduh setiap hari dan Alden selalu menyakitkan hatinya.
Dan mengenai kejadian itu, hampir semua orang di istana sudah tahu tentangnya. Ini sebab si Dian yang dah macam orang sawan menjerit dalam istana tempoh hari. Gila kau kalau orang tak dengar!! Dah lah jerit macam nak roboh istana mereka. Dia pun jadi marah yang teramat sangat dan kejar Dian tu sampai dapat. Habis suku daripada istana mereka terbakar. Nasib baik bonda-bonda mereka segera meleraikan pergaduhan tersebut, kalau tak, tinggal nama saja si Dian tu sebab kena bakar begitu juga dengan istana mereka.
"Great! Kan ayahanda dah cakap, Alden tu memang sesuai untuk Ed and see. Dia dah berjaya tundukkan singa ayahanda ni!"
Mereka semua ketawa manakala Ed mendengus geram.
"Not yet. He still not see my other side. By the way, can we just not talking about this anymore? I want to eat peacefully."
King Alfred tersenyum mendengarnya. Hai, susah betul nak menundukkan ego puteri sulungnya itu.
"Okay. Anyway, esok kita akan ke kerajaan Phulet. Uncle Phil and Aunt Alice ada buat majlis." kata King Alfred.
"Majlis apa?" soal Ria.
"Majlis perkahwinan putera Earl dengan puteri dari negara Nautilus." balas Queen Edora.
Matanya sempat melirik ke arah El. Sengaja dia berkata begitu sebab mahu menguji reaksi puteri bongsunya namun El hanya beriak seperti biasa. Tiada tanda-tanda dia terkejut atau sedih. Yang terlebih overnya itu ialah puteri-puteri yang lain. Ada yang tersedak, ada yang terkejut beruk dan yang terbaling sudu punn ada. Ha yang tu, kerja Nis.
"What kahwin? Bukan Earl sukakan...Auch!!"
Kata-kata Nis terhenti di situ apabila merasakan ada orang memijak kakinya. And orang itu ialah Elis. Elis membuat isyarat supaya dia diam.
"Apa? Betullah!! Earl kan sukakan El."
Puteri-puteri kembar itu menepuk dahi masing-masing kecuali El. Apalah bengap sangat budak ni!!!
"El naik atas dulu." kata El perlahan lalu terus bangun dan menuju ke biliknya. Mukanya cuma beriak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Mereka yang lain hanya memandang ke arah El yang keluar dari ruang santapan itu. Elis menjeling tajam ke arah adik kembarnya yang blur itu.
"Woi!! Yang kau cakap macam tu tadi kenapa?" soalnya.
"Betullah aku cakap!! Apasal kau salahkan aku pulak?!" bidas Nis tak mahu kalah.
"Salahlah! Kau tahukan El tak suka kalau kita kaitkan dia dengan sesiapa selain daripada darah daging dia sendiri." Dian bersuara bagi pihak Elis. Dia pun geram juga dengan sikap Nis yang bendul itu. Ikut cokodok pisang dia saja nak cakap macam tu tadi. Cover la sikit sis!
"I thought Earl love my sister." kata Ed dengan wajah muram. Kesian adiknya itu. Dia tahu yang El sedih sekarang namun tidak ditunjukkan.
Salah satu kelebihan El adalah dia pandai mengawal raut wajah dan menutup perasaannya sendiri jika dia sedih mahupun gembira. Sebab itu ramai tidak tahu apa yang ada dalam hatinya.
"Me too but Earl dah lama bercinta dengan Puteri Hanny tu. Sejak masih kecil lagi. Dah tiba masanya mereka bersatu dengan ikatan yang sebenarnya." beritahu Queen Victoria pula.
Puteri-puteri itu hanya mengangguk. Kesian adik bongsu mereka.
*****************************
El duduk di atas kerusi yang berada di balkoni luar kamarnya. Dia menarik nafas dalam dan memerhati keadaan di luar sekeliling istana. Persekitaran di luar itu sangat cantic, tidak seperti hatinya sekarang.Sedih? Ya, dia sedih. Earl merupakan orang pertama atau lelaki pertama yang berjaya rapat dengannya dalam masa yang singkat. Adakah dia telah jatuh cinta? Entahlah, dia sendiri pun tak tahu.
El mula teringatkan pertemuan pertama dengan Earl beberapa bulan yang lalu di River of Light. Dia juga tidak menyangka bahawa dia akan berada serapat dengan Earl seperti itu. Selalunya, memang taklah dia nak rapat dengan orang secepat itu. Farah pun ambil masa 5 tahun untuk rapat dengannya.
Tetapi selepas kejadian itu, El langsung tidak berjumpa dengan Earl lagi. Earl seperti menjauhkan dirinya. El pun tidak tahu kenapa, sampailah sekarang. Informasi yang diterima sebentar tadi agak menyentakkan hatinya. Rupa-rupanya Earl sudah berpunya dan akan berkahwin tak lama lagi.
El meraup wajahnya yang putih bersih itu. Dia melihat tapak tangan kanannya. Kesan parut di situ masih kelihatan akibat tusukan kaca tempoh hari. Itu juga kali pertama dia membiarkan orang yang tidak dikenali memegang dirinya walaupun hanya tangannya sahaja. Dan orang itu ialah Earl.
Takpala El. Dah bukan jodoh kau dengan dia. Desis hati kecilnya.
"El. Jom practise!!!!" jerit seseorang dari bawah balkoni kamarnya. Kelihatan kakak-kakak kembarnya sedang bersiap sedia dengan pedang masing-masing.
El senyum dan mengisyaratkan tanda 'okay'. Dia mencapai pedang miliknya lalu turun ke taman latihan untuk berlatih bersama kakak-kakaknya itu."Aku kena kuat because he's not mine."
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...