"Sit!"
Ed hanya mengabaikan arahan Alden itu. Matanya memandang ke arah lain. Meluat tengok lelaki yang berada di hadapannya. Menyakitkan hati!
"I said sit!!" Kali ini suara Alden lagi tinggi berbanding tadi.
Ed mendengus geram.
"Are you deaf?"
Ed sudah hilang sabar.
"I don't want. And for your information, my ear is still normal. So, ikut suka hati aku lah nak duduk or tak nak!!" balas Ed garang.
Alden bangun dari kerusinya dan menghadap Ed.
"I'm your guidance and you are my student, so please respect me and follow all of my command!!"
"Whatever! Kau ingat aku hadap sangat ke dengan title 'guidance' kau tu. For your information, title aku lagi tinggi tau! Aku bakal puteri mahkota bagi dunia ini and aku tak suka ikut cakap orang, faham?!" balas Ed berlagak.
Giliran Alden pula hilang sabar. Dasar singa hitam, kau tunggu. Ini Alden lah!
"Ish ish...Mesti rakyat menyesal kan ada permaisuri macam kau suatu hari nanti. Dah la garang, ego, panas baran and hodoh pulak tu. Apa la yang King Alfred nampak pada kau!"
Ed terus pandang Alden seperti singa kelaparan. Urat hijau timbul di permukaan wajah dan mata merahnya bertukar terang menandakan dia amat marah sekarang.
Pada bila-bila masa saja dia boleh membelasah lelaki ini. Paling pantang dalam hidupnya jika orang mengutuknya dan adik-adiknya. Kuasa apinya dikeluarkan. Tetapi Alden hanya beriak biasa. Sedikitpun tidak takut dengan perubahan sang gadis malah dia turut melemparkan senyuman sinis. Tetapi tidak bagi Professor Faruk yang sudah menelan air liur melihat perubahan Ed itu.
"Simpan la kuasa kau tu puteri singa oi! Aku tak takut pun. Anyway, aku dengar kau ni seorang yang pantang dicabar kan? Sekarang ni aku cabar kau duduk dan teruskan sesi ni." sambung Alden lagi lalu duduk semula di atas kerusi.
Ed mendiamkan diri. Perlahan-lahan dia menyimpan kuasanya kembali. Kalau diikutkan hatinya, memang dia mahu kerjakan si putera terung tu cukup-cukup. Biar jadi terung terus! Padan muka! Boleh juga makan. Tetapi memandangkan ada seorang lagi yang berada di dalam ruangan tersebut terus dibatalkan niatnya. Takut juga kalau Professor Faruk beritahu akan hal ini kepada ayahandanya.
"Aii! Cabaran simple pun tak boleh buat ke? Lembik jugak kau ni kan. Benda senang pun tak mampu buat."
Ed memekakkan telinga dan memandang ke arah lain. Nak memberontak sebenarnya. Sakit hatinya hanya Tuhan saja yang tahu dengan perangai si Alden tak guna tu.
Alden yang berasa geram lantas dia memegang tangan Ed dan menarik gadis itu supaya duduk dengan pantas. Ed yang tidak dapat mengawal keseimbangan badannya itu terus terduduk di atas kerusi.
"Apa masalah kau ni?!" soal Ed menahan marah. Memang ada yang nak kena lepuk ni!!
"Shut up! Professor, you may procced now!" arah Alden.
Pertanyaan Ed itu diabaikan. Pegangan tangan Ed tidak dilepaskan dan digenggam erat. Sengaja.
Dia perasan Ed sedang berusaha menarik tangannya itu dan ingin berkata sesuatu. Dia menggunakan kuasa istimewanya dan mem'bisu'kan Ed sebentar.
Ed terkejut kerana tetiba dia tidak boleh bercakap. Dia perasan Alden sedang mengisyaratkan supaya dia diam dan fokus dengan pembelajaran di hadapan bersama senyuman sinis.
Mesti kerja dia. Arghh, kau tunggu terung! I'm not done with you yet!! Jerit Ed di dalam hati.
*****************************
Sebaik sahaja keluar daripada ruangan belajar itu, terus pegangan tangan Ed dilepaskan.!!!!Pang!!!!
Alden memegang pipinya yang terasa perit itu. Sakit wo!! Dan tamparan tersebut agak memalukan buat Alden kerana ditampar oleh perempuan. Ed ni perempuan ke lelaki? Sakitnya tamparan itu seperti ditumbuk dengan lelaki tahu tak!
"KAU JANGAN BERANI BUAT MACAM TU LAGI!!!!" tengking Ed. Jari telunjuknya diarahkan tepat ke muka Alden.
Tanpa menunggu balasan Alden, Ed terus berlalu pergi bersama perasan amarah yang meluap-luap. Nasib baik mereka berada dalam kawasan istana. Kalau tak, bukan setakat tampar, penyepak pun dia berani buat. Ikut suka hati dia nak pegang-pegang orang.
Alden yang masih memegang pipinya itu tersenyum kemudiannya.
Comel jugak.
*****************************
Ed berjalan ke arah adik-adik kembarnya yang sedang berlatih bermain pedang dengan putera-putera kerajaan Phulet di taman latihan."Mana Gurdian Heroes?" soal Ed sebaik menghampiri mereka.
"Meeting dengan ayahanda." jawab Ria. Dia sedang ligat berlawan pedang dengan putera Brian.
Sejak kebelakangan ini, Ed perasan adik-adiknya semakin rapat dengan putera-putera kerajaan tersebut kecuali adik kembar bongsu mereka. Bertuah lah budak tu nak rapat dengan orang.
Lagipun sejak kejadian di River of Light dulu, kelibat putera Earl jarang kelihatan manakala El pula sering menyendiri setelah kedatangan Luke sebulan yang lalu.
"Kau tak berlatih ke?" soal Sar pula sambil menepis serangan putera David dengan tangkasnya.
"Tengah rest kejap. Lepas ni aku kena training dengan si terung tu." balas Ed. Aduh, kenapalah ayahandanya perlu menjadikan Alden tu guidancenya? Menyusahkan betul la!
Sekarang, semua jadual latihannya ditentukan oleh Alden sendiri. Selama sebulan latihan ini berlalu, ikut suka dia saja nak buat latihan lebih masa, mula latihan lambat, rest sekejap. Kadang-kadang tu latihan lebih banyak masa berbanding berehat. Ingat si Ed tu robot agaknya yang tak reti penat. Memang teruk benar perangai Alden tu!
Sekarang ni pun, dia terpaksa berehat sejam selepas sesi mengenal dunia berakhir sebentar tadi. Itu okay lagi. Yang dia tidak tahan tu apabila Alden berikan list makanan kegemarannya untuk Ed belajar memasak. Tahu dia cakap apa?
"Nah. Ni list makanan favourite aku. Aku nak kau belajar masak supaya senang. Tiap-tiap hari aku boleh makan air tangan isteri aku nanti."
Isteri? Seriously? Sejak bila pula la Ed cakap nak kahwin dengan dia? Nak tak nak, Ed terpaksa akur juga sebab merupakan salah satu peraturan yang ditetapkan oleh ayahanda dan bonda-bondanya sendiri.
"Nak menjadi pemerintah yang baik, mesti baik dengan suaminya juga."
Itulah kata-kata yang selalu diberikan kepadanya. Dia pun sudah naik bosan. Memang lah kena baik dengan suami tapi tidak semestinya si Alden tu bakal menjadi suaminya. Tak dapat dibayangkan kalau mereka berdua bersatu, silap-silap dunia Crystall Realms boleh musnah sebab raja dan permaisurinya sering kali bertengkar.
Sebenarnya Ed tahu yang mereka semua sengaja kenakan dia yang bab memasak tu. Bukannya dia tak tahu yang latihan memasak itu tiada dalam rules untuk menjadi crown princess. Tetapi demi untuk tidak menghampakan keluarganya, dia menurut jua. Baik tak dia?"Aku tengok kau dengan Alden tu dah makin rapat la. Kau dah sukakan dia erk." kata Ria.
"Eeii. Tak dak masanya aku nak suka dekat terung tu. Aku lebih rela kahwin dengan tukang kebun dari kahwin dengan dia."
"Jangan confident sangat awak. Takut nanti awak jadi adik ipar saya pula." celah Micheal tiba-tiba.
"Excuse me. Don't ever dream about that. Adik awak tu selalu susahkan saya." balas Ed geram. Tidak suka dikaitkan dengan putera terung tu.
"Okay, we will see about that! Aku takut kau tergila-gila si Alden tu pulak nanti." giliran Lis pula bersuara lalu mengundang ketawa kesemua mereka kecuali Ed yang sudah menahan marah sedari tadi.
"Dah lah! Malas layan korang." balas Ed lalu menuju ke arah El yang sedang bermain dengan Unicorn miliknya itu.
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasíaLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...