Keesokkan harinya, King Alfred telah menghantar rombongan meminang kepada King Edward dan Queen Adelaied yang berada di KerajaanTurnsik. Rombongan tersebut diterima baik oleh pihak raja dan permaisuri kerajaan tersebut. Tarikh perkahwinan ditetapkan sebulan daripada sekarang. Benarlah sangkaan Queen Victoria yang mengatakan Puteri Edora ialah seorang yang baik dan cantik.
Majlis pernikahan King Alfred bersama Puteri Edora diadakan secara besar-besaran di atas permintaan Queen Victoria. Dia juga mahukan Puteri Edora dilayan sama sepertinya.
Secara automatiknya, Puteri Edora telah bergelar Queen Edora, permaisuri Kerajaan Crystalline yang kedua. Hubungan Queen Victoria dan Queen Edora sangat baik dan menjadi rapat dari hari ke hari. Queen Victoria sudah menganggap Queen Edora seperti adindanya sendiri.
King Alfred juga melayan permaisuri keduanya dengan baik dan adil. Baginda telah berjaya membuka pintu hati untuk mencintai Queen Edora kerana layanan yang sempurna oleh isteri keduanya itu. Tetapi, baginda juga tidak mengabaikan Queen Victoria memandangkan isteri pertamanya itu telah berjaya mengetuk pintu hatinya suatu ketika dahulu.
Hubungan rumah tangga yang bahagia ini akhirnya membuahkan hasil apabila Queen Victoria telah disahkan hamil. Menurut tabib yang merawatnya, kelihatan empat janin yang berada di dalam rahimnya. King Alfred berasa sangat gembira lalu memberikan perhatian yang lebih terhadap permaisuri pertamanya itu memandangkan Queen Edora juga memberikan kebenaran.
Lima bulan selepas itu iaitu tahun yang berikutnya, Queen Edora pula disahkan mengandung. Tabib istana juga memberitahu bahawa terdapat empat janin di dalam Rahim permaisuri kedua itu. King Alfred bertambah gembira kerana tidak lama lagi, istana ini akan meriah dengan kelahiran bayi-bayi tersebut.
Kali ini, King Alfred juga memberikan lebih perhatian kepada Queen Edora sehinggakan baginda sanggup menempatkan kedua-dua mereka di dalam kamar yang sama. Queen Victoria dan Queen Edora tidak membantah malahan mereka semakin gembira.
Bayi-bayi yang mereka hamil merupakan puteri-puteri yang sangat kuat dan cantik. Malah kekuatan mereka lebih hebat berbanding bonda-bonda dan ayahanda mereka.
Selepas genap usia kandungan Queen Victoria, akhirnya empat puteri kembar selamat dilahirkan. Keempat-empat bayi tersebut sangat comel serta mempunyai anak mata dan rambut yang berlainan. Yang pertama, Puteri Ella Adriana yang mempunyai anak mata dan rambut berwarna merah sama seperti ayahandanya. Yang kedua, Puteri Ellie Riana mempunyai anak mata dan rambut berwarna kelabu. Yang ketiga, Puteri Eve Allisa mempunyai anak mata dan rambut berwarna ungu. Manakala, yang keempat, Puteri Evie Sarah mempunyai anak mata dan rambut berwarna koko sama seperti bondanya. Kelahiran puteri-puteri itu sedikit sebanyak menambahkan kegembiraan buat mereka bertiga. Puteri-puteri itu juga dijaga dengan sempurna.
Selepas lima bulan sejak kelahiran Queen Victoria, giliran Queen Edora pula melahirkan empat puteri kembar. Yang pertama, Puteri Emily Diyana yang mempunyai anak mata dan rambut berwarna oren. Yang kedua, Puteri Emma Ellisa yang mempunyai anak mata dan rambut berwarna hijau. Yang ketiga pula, Puteri Erin Anissa yang mempunyai anak mata dan rambut berwarna kuning. Dan yang terakhir iaitu puteri bongsu dunia Crystall Realms ialah Puteri Eloise Eldrina yang mempunyai anak mata dan rambut berwarna biru sama seperti bondanya. Cuma yang membezakan, Queen Edora mempunyai anak mata berwarna biru muda manakala puterinya berwarna biru terang.
Semua yang berada di dunia tersebut sangat gembira dengan kelahiran puteri-puteri itu lebih-lebih lagi King Alfred dan kedua-dua permaisurinya. Sesungguhnya ramalan Altwood adalah benar dan King Alfred berasa menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata lelaki itu dahulu malahan menghalaunya pula.
Pada suatu malam. Puteri Ed menangis kuat dan badannya amat panas. King Alfred cemas begitu juga dengan kedua-dua isterinya. Mereka kemudiannya memanggil healer dari Negara Phulet untuk membantu.
![](https://img.wattpad.com/cover/90546873-288-k568295.jpg)
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantastikLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...