TLP~29| Thousand Years Ago

2.5K 138 4
                                    

Berpuluh-puluh ribu tahun dahulu, kerajaan Crystalline ketika itu sangat cantik dan maju. Kerajaan Crystalline diperintah oleh seorang raja dan seorang permaisuri yang pertama iaitu King Albrion dan Queen Elizabeth. Sifat raja yang baik, adil dan bertanggungjawab itu membuatkan baginda dihormati oleh kesemua Virulent yang berada dalam negara tersebut. Begitu juga dengan Virulent di negara lain yang turut mengagumi kebijaksanaan King Albrion memerintah.

Sifatnya yang lebih suka mengadakan perundingan berbanding peperangan membuatkan baginda sering dijadikan role model oleh hampir kesemua raja di negara dan dunia lain sehingga membuatkan kerajaan Crystalline dipilih menjadi negara tertinggi bagi pemerintah dunia Crystall Realms. Jadi secara automatiknya, kesemua keturunan kerabat diraja dalam kerajaan Crystalline menjadi pemerintah tertinggi bagi dunia itu. Sifat King Albrion itu turut diwarisi oleh kesemua keturunannya sehinggalah sekarang.

King Byron iaitu ayahanda kepada King Alfred dan Luke juga mempunyai sifat-sifat itu. Namun, King Byron telah melakukan satu kesilapan terbesar. Baginda terlalu mempercayai ramalan sehingga membuatkan seseorang menderita iaitu putera sulungnya, Luke.

Luke merupakan seorang putera yang baik. Walaupun berumur tiga tahun ketika itu, namun dia seorang yang ceria dan aktif. Ramai memuji perwatakannya yang baik budi pekerti itu.

Dia juga tidak sabar menunggu kelahiran adindanya, Alfred. Setiap hari dia akan mengusap dan bercakap dengan perut bondanya, Queen Elira.

"Adinda. Cepat keluar tau. Kanda tidak sabar mahu main dengan adinda." katanya sambil tersenyum gembira. King Byron dan Queen Elira sangat gembira melihat telatah puteranya itu.

Selepas kelahiran Alfred. Peramal telah meramal bahawa putera Alfred bakal menjadi seorang yang hebat dan berkuasa. King Byron sangat gembira kerana pewarisnya merupakan seorang yang gagah dan bijak.

Sejak itu, perhatian King Byron dan Queen Elira terhadap Luke semakin berkurangan. Mereka lebih mementingkan Alfred berbanding Luke. Segala kemahuan Alfred dipenuhi tetapi tidak bagi Luke. Hampir setiap hari orang memuji kepandaian dan kehebatan yang dimiliki oleh Alfred. Alfred ditatang seperti minyak yang penuh tanpa disakiti atau dimarahi. Namun, Luke tidak pernah marah atau berkecil hati. Ada kalanya, dia berasa sedikit cemburu dengan kelebihan adindanya tetapi dibuang perasaan itu begitu sahaja. Baginya, kelahiran adiknya itu sudah cukup membuatkan hidupnya gembira.

Mereka bermain dan bercakap setiap hari. Tiada tanda-tanda yang Luke menunjukkan sikap tidak kepuasan hatinya itu walaupun bonda dan ayahandanya pasti memarahi dirinya jika Alfred melakukan kesalahan. Luke tetap ceria seperti selalu.

Apabila tiba pada suatu hari iaitu ketika umur Luke berusia 15 tahun manakala Alfred berumur 12 tahun. Alfred secara sengajanya memecahkan pasu kristal kesayangan bondanya. Luke terkejut dan memarahi adindanya itu. Alfred kemudiannya mengadu akan hal tersebut terhadap ayahanda mereka. King Byron murka lalu memukul Luke tanpa belas kasihan.

"Kenapa kamu memarahi adinda kamu, Luke?" soal King Byron lantang sambil melibas Luke dengan ekor ikan pari.

Luke yang menjerit kesakitan itu hanya dibiarkan. Dia memandang ke arah bondanya mengharapkan pertolongan namun bondanya hanya memandang dengan muka bengis. Dia turut memandang ke arah Jeneral Haris, ranking no.1 of Guardian Heroes ketika itu. Tetapi reaksi lelaki itu hanya memandangnya sayu tanpa ada sedikit tindakan untuk menyuruh rajanya berhenti memukul.

"Ampun ayahanda. Sakit. Please stop it!" rintih Luke perlahan. Dia menangis kesakitan. Luka di hatinya lebih sakit berbanding luka di badannya itu. Inilah kali pertama dia dipukul.

Selama ini ayahanda dan bondanya hanya mendenda dan memarahi dirinya bagi kesalahan yang dilakukan oleh Alfred. Dia berasa sakit sangat. Sakit kerana ayahanda dan bondanya bertindak tanpa meminta penjelasan darinya.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now