Percikkan api kelihatan tatkala mata bilah kapak milik Felix bertembung dengan bongkah ais.
Felix dan Earl terkejut. Ais? Mereka pusing ke arah datangnya ais itu dan mendapati El sedang menghalang libasan kapak milik Felix daripada terkena Earl.
Earl tersenyum melihat El itu. Dia cuba untuk bangun dan mendapatkan El tetapi tubuhnya sangat sakit dan lemah. Matanya sudah mula kabur sebelum menjadi gelap.
Darah di hidung dan sakit yang dialami oleh El hanya dibiarkan. Apa-apa pun yang terjadi, dia mesti menyelamatkan Earl daripada mahkluk yang hodoh itu!
"Don't you dare to touch and hurt him!!!" marah El. Matanya menjadi biru gelap menandakan dia sedang berada pada tahap kemarahan yang masih terkawal.
Felix tersentak. Tetapi kemudian dia mengukir senyuman sinis.
"Kenapa saya tidak boleh bunuh dia? Dia dah sakiti tuan puteri, pewaris bagi Dark World. Takkan saya nak tengok jer."
"Pewaris huh? Aku rasa kau silap. Aku takkan sesekali jadi pewaris untuk dunia tu!!!"
"Okay we will see. For your information, King Luke sanggup buat apa sahaja asalkan tuan puteri jadi milik kami!!!"
"A.....apa maksud k...kau?" soal El.
"Tuan puteri akan jadi milik kami walau apapun yang terjadi. Kegelapan yang berada dalam diri tuan puteri semakin bertambah. Selepas kesemua kegelapan meresap dalam diri tuan puteri, you will be our mine. One day, tuan puteri akan jadi pemerintah bagi Dark World yang sangat hebat dan berkuasa. And semua dunia cahaya akan hancur di tangan tuan puteri sendiri!!!!" beritahu Felix.
El terdiam. Penjelasan Felix itu membuatkan dia benar-benar takut. Dia menggigil.
"Tak kau tipu. Semua golongan dark penipu. Jangan harap aku percayakan kau!!!!" jerit El. Serentak itu, dia mengeluarkan kuasa bebola aisnya lalu melempar ke arah Felix dengan laju.
Felix terkejut dengan serangan itu dan dia tidak sempat mengelak. Bebola itu mengenai tubuhnya dan dia terpelanting ke belakang.
Dia mengerang kesakitan.
"Arrgghhh.. Tak guna kau!!!!" teriak Felix.
Dia bangun dan cuba untuk menyerang El semula. Namun, satu suara kedengaran dalam mindanya membuatkan tindakannya terbantut.
'Don't you dare to touch her Felix. Kau jangan cederakan dia la.' marah Luke dalam minda Felix.
Felix terdiam sebentar sebelum dia mengukir senyuman sinis.
'Don't worry, Your Majesty. I just want to play around with her.' balas Felix melalui minda juga.
'Play? What do you mean?'
'I have great plan and do you want to see it? I think we can see what we gonna to see.'
Luke mendengus geram.
'Okay fine! If something happen to her, you will gonna die. Get it?!!!'
Felix tersenyum. Dia perlu melaksanakan plan nya itu. Mana tahu mereka dapat melihat apa yang mereka inginkan selama ini.
Dia memandang El dengan pandangan membunuh. Pandangan itu seolah-olah dia sedang mencabar El untuk bertarung dengannya.
Tanpa menunggu lama, dia terus menghasilkan bayang-bayang yang tajam seperti pedang dan melempar ke arah El.
El dengan pantas mengelak. Apabila pedang bayang-bayang itu semakin banyak. Dia terus menghasilkan perlindung aisnya.
El terus melancarkan serangan anak panah ais dari atas apabila perlindung aisnya semakin hancur akibat serangan yang berterusan daripada Felix.
![](https://img.wattpad.com/cover/90546873-288-k568295.jpg)
YOU ARE READING
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]
FantasyLapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melind...