CHAPTER 10

3.8K 264 8
                                    

Melbourne,Australia

-Jihyo POV-

Kapal terbang yang aku naiki telah selamat mendarat di bumi Australia ini.Mulanya aku sedih juga melihat uncle Taeil dengan grandma yang hantar aku ke airport tapi sampai bila aku nak sedih.Betul tak ?

Aku menarik bagasi aku keluar dari airport.Aku menaiki sebuah teksi untuk pergi ke rumah parents aku

20 minit berlalu,akhirnya aku terpacak di hadapan rumah omma dan appa.Loceng rumah aku tekan.Beberapa saat kemudian seorang wanita yang agak berumur membuka pintu

"Yes can I help you ?" Tanya wanita tersebut.Aku cuba mengingati wajah wanita itu.Tiba-tiba aku teringat.Sunglass yang aku pakai aku tanggalkan

"Mommy !!" Kata ku riang lantas memeluk mommy atau lebih tepat omma Sehun

"Jihyo ?! Bila sampai ni ? Mari masuk" ucapnya sebaik sahaja pelukan kami terlerai.

Aku melangkah masuk mengikuti mommy.Kelihatan seorang wanita dan 2 orang lelaki sedang duduk sambil tertawa di atas sofa.Aku pantas ke arah mereka

"Surprise !!"

"Jihyo ?!" Seperti mommy,reaksi mereka bertiga juga terkejut.Pelbagai soalan yang mereka tujukan kepada ku

"Omma,appa,mommy,daddy...boleh tak bagi Hyo berehat dulu ? Hyo penat ni satu hari dalam flight"

"Sorry sayang.Omma just terkejut sebab kamu tiba-tiba je datang sini.Pergilah naik kat bilik dulu.Rest ok ?"

"Ok.Hyo minta diri dulu"

SKIP

-Sehun POV-

Mommy dan daddy tak ada kat rumah lagi.Katanya terpaksa pergi LA esok baru balik.Nampaknya aku kena tidur rumah omma lagi kat sebelah

Aku berjalan ke pintu rumah omma.Belum sempat aku masuk ke rumah omma,langkah ku terhenti.Aku terlihat seorang yeoja yang agak sebaya dengan aku di laman rumah omma

Siapa yeoja tu ? Aku mahu melihat wajahnya tetapi dia sedang membelakangkan ku membuatkan aku susah untuk melihat wajah yeoja tersebut

Tiba-tiba terdengar suara omma berteriak..

"Song Jihyo ! Sini.Omma ada buat pancake ni"

"Ya.Hyo masuk ni"

Mata ku terbeliak.Jihyo ?! Aku tak mimpikan ? Dia buat apa kat sini ?

Aku masuk ke rumah omma.Aku segera ke dapur apabila terdengar suara omma

"Eh,Sehun.Bila sampai sayang ?" Tanya omma

"Baru je omma.Parents Sehun tak ada sebab tu Sehun datang sini"

"Oh.Sehun nak pancake tak ?"

"Boleh juga.Thank you omma"

Aku duduk sebelah Jihyo.Omma pula naik ke bilik tidur setelah menghidangkan aku sepinggan kecil pancake

Aku berdehem.

"Bila awak sampai sini ?" Soal ku

"Beberapa jam lepas"

"Kenapa tak bagitahu saya awak nak datang ? Awak cuti berapa lama ?"

"Sebenarnya saya tak cuti pun"

"Habis tu awak buat apa kat sini ?"

"Saya pindah sini"

"WHAT ?! Pindah sini ? Lepas tu saya ni macam mana ? Kalau saya tahu awak nak pindah sini saya takkan ambil surat pindah hari ni kat sekolah"

"Saya minta maaf Sehun.Saya sepatutnya bincang dengan awak"

Aku tersenyum sinis."Aku keluar dulu.Bagitahu omma malam nanti aku balik"

Aku keluar dari rumah.Saja nak elak Jihyo sementara.Kemarahan aku belum reda.Kalau aku tak keluar nahas Jihyo aku tengking.

SKIP

-Jihyo POV-

Aku menunggu Sehun di dalam bilik.Dah tengah malam tapi Sehun tak balik lagi.Aku risau.Aku mengelamun memikirkan Sehun

Lamunan ku terhenti apabila telinga ku menangkap derapan kaki seseorang.Aku keluar dari bilik.Sehun yang lalu di hadapan bilik ku tahan

"We need to talk" kata ku

"Nak cakap apa lagi Jihyo ? Awak dah buat keputusan kan ?"

Aku menariknya masuk ke dalam bilik.Bukan apa,aku cuma risau dan takut kalau dia melenting kat luar parents aku dapat tahu pula.

"Sehun please..saya bukannya ketepikan awak tapi saya tak ada pilihan" kata ku sebaik sahaja kami berada di dalam bilik

Sehun duduk di atas katil sambil tertawa kecil."Tak ada pilihan ? Alasan yang tak munasabah.Saya kecewa sangat-sangat Jihyo"

"Saya minta maaf.Saya tak rancang pun nak ke sini sebenarnya.Saya terpaksa.Tak tahu nak tenangkan fikiran ni kat mana.Saya minta maaf".Air mata ku jatuh menitis.Aku tak kuat.

Senyap.

"Awak pun tahu hidup saya macam mana kan ? Mangsa buli.Saya cuba nak lawan orang yang buli saya tapi saya tak kuat.Masa lalu tu sentiasa menghantui saya Sehun.Saya tak nak perkara sama berulang.Saya nak cari keyakinan diri saya yang dah hilang.Tolong maafkan saya"

Sehun memejamkan matanya seketika.Matanya dibuka lalu dia menarik ku duduk di sebelahnya

"Saya bukan suka-suka nak marah awak Jihyo.Saya cuma agak kecewa.Saya pindah sana sebab nak dekat dengan awak tapi awak pula datang sini.Nak buat macam mana kalau itu keputusan awak"

"Saya janji saya akan balik sana nanti.Trust me.Awak pergi sana dulu,lepas tu saya pula akan balik ok ?"

"Betul ni ? Jangan tipu"

"Betul.Saya janji yang penting awak maafkan saya" ucap ku

"Ok.Dah pergi tidur.Tak nak nangis lagi" pujuk Sehun

Aku mengangguk.Badan ku rebahkan di atas katil."Temankan saya boleh ?" Tanya ku

"Sure.Lagi pun saya memang rindu kat awak ni"

Sehun berbaring di sebelah ku.Jangan salah faham eh ? Kami tak buat perkara yang tak senonoh pun.Btw kami dah biasa tidur bersama pun dari kecil lagi and parents kami tak ambil kisah pun sebab kami tahu jaga batas

So how ?? Hambar kan ?? Btw ,, typo just abaikan ok..enjoy it




Different YeojaWhere stories live. Discover now