-Jihyo POV-
Aku tersenyum kecil mendengar mulut kawan-kawan ku yang tidak berhenti mengeluarkan kata-kata. Layan saja perangai dorang tu.
"Kau tahu tak Jihyo, boyfriend kau ni dah macam jin dah aku tengok time kau tak sedarkan diri. Bercakap pun tak nak. Muka dia dingin memanjang. Aku pun tak berani nak tegur" kata Choa.
Aku memandang Sehun. Sebelah kening ku angkat. Dia hanya mengangkat bahu. Ceh ! Kena soal siasat kau nanti dengan aku. Tunggu je.
"Kau rehatlah dulu. Kami nak pulang rumah dah ni. Lagi pun dah malam. Ada masa aku lawat kau lagi. Rindu nak borak dengan kau sebenarnya tapi aku tahan dulu. Kalau betul-betul dah sembuh baru kita story-story ok" kata Choa lagi.
Aku hanya mengangguk. Mereka berjalan keluar meninggalkan aku dan Sehun. Aku menoleh memandang Sehun.
"Apa ?" Soalnya.
"Tak nak borak dengan saya ?"
"Lah..nak borak juga dengan orang ni rupanya. Ingatkan orang ni tunggul dekat sini. Biasalah, orang tu layan kawan dia dari tadi sampai orang kat sini dihiraukan"
Merajuk rupanya. Haha ! Oh nak sangat ambil hati. So, kita ikut game dia.
Muka ku ubah menjadi muram.
"Siapalah kita ni kan nak ajak dia borak. Patutnya kita ni sedar diri. Entah-entah orang tu dah tak nak dekat kita sebab dia dah penat tunggu kita. Atau dia dah ada pengganti kita. Hmm..." aku berbaring menarik selimut dan menutup keselurahan badan ku. Sebaik sahaja muka ku tertutup, aku senyum jahat.
-Sehun POV-
Oh ow !
Wrong move Sehun.
Habislah !
Aku bergurau je tadi tu. Tak tau pula dia ni sentap. Selimutnya ku tarik turun hingga ke paras dada. Aku melihat Jihyo yang menutup matanya rapat.
"Alaa..awak..saya gurau je tadi tu. Yang awak sentap ni kenapa ?"
Jihyo membuka kembali matanya dan membalas..
"Hah tengok tu. Bukannya nak pujuk baik-baik. Pandai je cakap kita sentap. Kita memang nak borak dengan dia pun. Dia yang tak nak. Kita bukan apa..kita cuma rindu. Tapi tak apalah..dia kan tak nak borak dengan kita. So, kita tidur biar pun belum mengantuk lagi"
Aku tersenyum suka bila perkataan rindu keluar dari mulutnya. Badannya ku tarik lalu peluk dengan dengan senang hati.
"Eh apa ni ? Dah kenapa peluk saya ni ?" Tanya Jihyo
"Saya pun rindu dekat awak. Hari-hari saya tunggu awak bangun kat sini. Jangan buat macam tu lagi. Please ?"
Tangan Jihyo naik membalas pelukan ku.
"Saya minta maaf sebab susahkan awak. Mesti awak dan yang lain risau. Saya tak ada niat pun nak buat macam tu. Dah memang benda nak jadi pada saya"
"Awak tak susahkan saya. Jangan cakap macam tu. Saya yang patut minta maaf dekat awak sebab tak jaga awak."
"Sudah-sudahlah dengan maaf ni. Semua tak salah"
"Pelakunya yang salah. Nasib baik dah kenakan tindakan"
"Siapa ?" Laju sahaja soalan itu keluar dari mulut Jihyo. Ops ! Patutnya aku tak boleh buka pasal ni lagi.
"Nantilah saya cerita. Nak lepas rindu dulu. Tak puas lagi ni" balas ku
Jihyo melepaskan pelukan. Dia menepuk katilnya menyuruh aku untuk turut berbaring bersamanya. Aku apa lagi. Terus panjat naik katil.
Jihyo berbaring di lengan ku. Sebelah tangan ku memeluk erat pinggangnya. Kepalanya ku kucup.
"Ermm..rindunya dekat sayang saya ni" kata ku.
"Me too. Awak dah kuruslah. Ni mesti tak jaga makan ni. Lain kali nak jaga orang ingat dengan diri sendiri juga. Ni tak"
"Hei cik. Awak tu memang tau nak membebel je ? Cubalah berhenti bebel. Tak penat eh mulut tu ?"
Jihyo merengus.
"Memang betul pun apa yang saya cak-"
Percakapannya terhenti bila aku tiba-tiba bangun dan mengucup bibirnya. Badan ku ditolak Jihyo dan kucupan terlerai.
"Eeii..terkejut saya !" Ucapnya. Aku hanya tersengih.
Bibirnya ku kucup sekilas. "Rindunya.."
"Taulah rindu. Tapi kiss sekali dah cukup. Jangan lebih.."
Tapi aku menghiraukan kata-katanya dan mengucup sekilas bibirnya lagi.
"Awak..." kata Jihyo.
Cup !
"Awak.."
Cup !
"Ishh !"
Cup !
"Dahlah !" Kali ini Jihyo menutup bibirnya menggunakan tangan.
"Alaa..baru je nak manja-manja" tangannya aku cuba alihkan. Dia menggeleng. Haih..comelnya kekasih aku ni.
"Ok. Janji tak kiss lagi" kata ku lalu berbaring semula kepada posisi tadi.
Aku berbual kosong bersama Jihyo. Sekadar mengisi kebosanan. Tambahan pula dah lama tak dengar suara dia.
Setelah agak lama kami berbual, Jihyo menguap.
"Mengantuk dah ?" Tanya ku. Dia mengangguk.
"Tidurlah. Nak matikan lampu ?"
Dia mengangguk lagi. Aku menekan suis berdekatan dengan katil. Jihyo memeluk ku erat dan menutup matanya.
Belakang badannya ku usap. "Goodnight baby"
Typo abaikan.
Btw congratulation taeyang dan min hyorin. Serta kepada peminat SHINee, terutama sekali Jonghyun mohon tabah.
Diri sendiri pun sedih + terkejut nampak berita tu kat media sosial. Jatuh juga air mata time baca surat Key. Sungguh menyayat hati. Artis lain pun turut bersimpati. Readers pun dah tahukan pasal berita sedih ni.
Tabahkan hati peminat Jonghyun !
ANDA SEDANG MEMBACA
Different Yeoja
FanfictionJihyo seorang yeoja yang selalu dibuli sejak pertama kali menjejakkan kaki di S Highschool."Nerd,miskin,tak sedar diri" cacian untuk Jihyo "Jangan biar orang buli kau Jihyo.Kau patut bagitahu siapa kau yang sebenar.Mungkin dengan cara tu dorang akan...
