CHAPTER 33

2.7K 188 6
                                    

Sorry lambat update. 28hb hari tu nak update tapi terpadam tanpa sengaja pula.

xxxxxxxxxxxxx

-Jihyo POV-

Aku dah agak dia yang ugut aku. Thanks Mark sebab dah tolong aku. Bila difikirkan semula, aku agak takut dengan ugutan dia tu.

Haih...

Malangnya nasib aku ni. Apa boleh buatlah..

"Hah ! Fikir apa tu ?!" Sergah seseorang.

Aku terkejut. Bahu ku terangkat sedikit. Aku menjelingnya.

"Kalau saya mati keras kat sini padan muka awak" kata ku. Sehun hanya tersenyum lantas duduk di sebelah ku.

"Awak buat apa kat sini ?" Tanya ku.

"Soalan tu tak boleh nak bijak lagi ke ? Datang sini nak jumpa awaklah" balasnya.

Aku mengangguk.

"Takde berita lagi dari Mark ?" Tanya Sehun.

"Ermm..takde lagi. Mungkin mesej tu untuk ganggu orang je" tipu ku. Aku tak nak dia tahu. Biarlah aku rahsiakan dari dia dahulu.

"Betul ke cuma nak ganggu ? Saya tak rasa macam tu. It's ok. Awak hati-hati je. Kalau nak pergi mana-mana cakap dengan saya. Saya risau sangatlah" katanya. Aku tersenyum lebar.

Aku memeluk lengannya lalu merebahkan kepala di bahunya.

"Happynya...boyfriend saya risau kat sayalah" kata ku sekadar untuk bergurau.

"Saya serius Jihyo. Saya tak nak benda tak elok jadi kat awak"

"Saya tahu. Jangan risaulah"

"Masalahnya saya tak boleh halang diri saya dari risau"

Aku mengusap lengannya untuk menenangkannya. Kalau dia tahu aku tipu dia mampus aku. Huh !

"Saya janji akan cakap kat awak kalau saya nak jalan pergi mana-mana. So kalau saya hilang ke apa ke awak boleh cari"

"Dah. Tukar topik. Malas nak cerita pasal ni" kata Sehun.

Elehh...dia yang buka topik ni tadi.

"Nak cerita apa ? Loceng masuk kelas tak lama lagi nak bunyi"

"Apa-apa je"

"Lepas sekolah nanti awak terus balik rumah tak ?" Tanya ku.

"Tak tahu lagi. Kenapa ?"

"Kita pergi jalan nak ?"

"Ok. Kalau saya free saya cakap kat awak" balas Sehun lalu mengusap kepala ku.

Tanpa Jihyo sedar sepasang mata memerhatikan dia dan Sehun dengan pandangan marah dan benci.

SKIP

"Awak kat mana ?" Tanya ku pada Sehun melalui telefon.

"Kat dalam sekolah lagi. Kejap lagi kita jumpa dekat bus stop. Awak tunggu saya kat sana"

"Cepat sikit. Saya bagi awak 10minit. Kalau lambat saya tak nak jumpa awak dua hari" balas ku sambil tertawa.

"Tak adil" balas Sehun.

"Tak kisah. Ingat pesan saya. CEPAT."

"Ok Ms. Song. I love u"

"I love u too"

"Love u more"

"Love u--"

Sssrrrttt ! Bam !

-Sehun POV-

"Jihyo ?" Panggil ku. Jantung ku berdebar dengan pantas.

"JIHYO ?!"

"JAWABLAH !"

Tut Tut...

Panggilan terputus. Takkanlah kan ?

Aku pantas berlari ke luar sekolah. Sampai sahaja di luar sekolah aku ternampak para pelajar berkumpul mengelilingi sesuatu atau mungkin....

Seseorang ??

Aku terlihat darah di atas jalan. Jantung ku semakin berdegup. Seorang pelajar perempuan sedang memanggil ambulan.

Aku berjalan mendekati tempat itu. Pelajar yang sedar akan kedatangan ku memberi laluan kepada ku.

Sampai sahaja di dekatnya fikiran ku tiba-tiba jadi kosong. Tak mungkin..

Mukanya berlumuran darah yang mengalir dari kepala. Aku melutut lantas memangku kepalanya. Pipinya ku pukul perlahan.

"Ambulans on the way" kata seseorang.

Aku menghiraukan orang lain.

"A-awak...bangun"

"A-awak..sa-saya dah sampai ni. Bukalah ma-mata."

"Sayang..bangun please" ucap ku. Dan kali ini air mata ku turut mengalir.

"JIHYO !" teriak seorang perempuan. Dia turut melutut di sebelah ku.

"Choa..d-dia t-tak nak buka mata" kataku perlahan

Dan ketika itu ambulans sampai. Aku turut masuk ke dalam ambulans itu. Tangan Jihyo ku genggam erat.

Sempat aku pesan pada Choa untuk sampaikan berita pasal Jihyo kat pengetua. Dia hanya mengangguk dan berkata akan menyusul di hospital nanti.

xxxxxxx

Aku menunggu di luar bilik rawatan. Dah 30 minit kau kat sini. Aku meraup muka.

Semoga semua berjalan dengan lancar.

"Sehun ?"

Aku mengangkat kepala.

"Uncle..."

"Macam mana ? Jihyo tak apa-apakan ?" Tanya uncle risau.

"Belum ada berita dari doktor lagi. Uncle dah bagitau family kita ?"

"Dah. Omma dah ambil mereka kat Australia tadi. Memandangkan Omma pun kat overseas dengan private jet dia. Lebih baik dorang ikut omma sekali" balas uncle. Nasib baik ada private jet grandma.

Kawan-kawanku dan Jihyo turut datang. Mereka bertanya keadaan Jihyo. Aku balas dengan jawapan yang sama 'belum ada berita lagi'.

Setelah 2 jam berlalu, mereka beransur pulang. Yang tinggal hanya Choa, Suga, Uncle dan aku.

Ketika itu seorang jururawat bergegas keluar dari bilik rawatan. Dia kelihatan tergesa-gesa. Aku mula tidak senang duduk bila melihat dia keluar untuk mengambil darah tambahan.

Uncle yang sedar kegelisahan ku mengusap belakang ku dan menyuruh ku tenang.

Macam aku nak tenang. Girlfriend aku tak sedarkan diri lagi dan masih dalam rawatan.

Oh god ! Help me !

Tu je dulu.
Typo abaikan.
Votement.

Different YeojaWhere stories live. Discover now