Jihyo POV
Lega rasanya dapat balik rumah. Tak ingin aku duduk lama-lama dekat hospital tu. Tadi sempat juga bertengkar dengan Sehun sebab doktor tak bagi izin untuk keluar dari hoapital lagi. So, aku dengan keras kepala bertekad juga untuk balik ke rumah.
Sehun dah masam muka. Aku tahu dia risaukan aku. Tapi aku dah ok. Aku dah sihat. Tiada apa nak dirisaukan lagi. Dah sampai malam aku duduk sendiri dalam bilik ni. Sehun memang langsung tak jumpa aku sejak aku masuk bilik tadi.
Lama juga dia merajuk. Kata rindu. Patutnya aku yang kena merajuk sekarang. Sampai hati dia biarkan sayang dia macam ni. Tak apalah. Kalau dia tak nak jumpa pun bukan apa. Aku terasa sikit dengan Sehun.
Aku membuka akaun Facebook lantas aku memuat naik satu status.
'Kadang-kala kita ada berharap dapat hilang daripada dunia dan daripada semua org. Mungkin dengan cara itu lebih baik. Org akan lebih tahu menghargai bila kita dah tak wujud dalam dunia. Jika aku di beri pilihan dapat bahagiakan org dengan hilangkan diri, aku sanggup. Yang penting org sekeliling ku happy'
Selesai sahaja status itu aku post, aku menutup telefon dan baring bersedia untuk tidur. Hanya lampu tidur yang menjadi sumber cahaya.
15 minit kemudian, aku masih lagi sedar. Entah kenapa aku jadi macam ni. Gelisah saja. Takkan insomnia aku datang balik. Atau sebab aku dah puas tidur masa koma hari tu. Merepeklah pula. Aku berpura-pura tidur ketika mendengar pintu bilik ku dibuka.
"Dia dah tidur tu. Janganlah ganggu." Bisik seseorang yang aku percayai adalah suara appa.
"Saya risaukan dia. Lagi bertambah risau bila terbaca status fb Jihyo tadi." Balas omma juga dengan berbisik.
"Status saja tu. Biarkan dia rest."
Aku membuka mata setelah terdengar pintu bilik ku kembali tertutup. Aku mengeluh. Kenapa aku rasa macam tak lengkap ? Parah ni.
SKIP
Aku tersedar dari lena sebaik sahaja telinga ku menangkap bunyi tapak kaki melangkah. Siapa yang masuk bilik aku tengah-tengah malam ni ? Aku membuka mata dan ternampak kelibat si dia.
Nasib baik bilik aku dah gelap. So, dia tak perasan aku dah terjaga. Dia naik duduk di atas katil bersebelahan dengan ku. Aku cuba untuk berpura-pura tidur. Aku menanti tindakannya namun dia masih duduk bersahaja. Yang keluar dari mulutnya hanyalah keluhan kecil.
Apa dia nak ?
Apa sebenarnya yang dia nak ?
Apa yang dia inginkan ?
Apa ? Apa dan apa ?
Aku betul-betul nak tahu !
Setelah duduk dengan agak lama, dia merebahkan diri di sebelah ku. Tangannya naik menyentuh dan mengusap rambut ku perlahan. Aku berpura-pura terganggu dan dengan sengaja memeluk dirinya. Dia mengeluh lagi. Awak dah kenapa asyik mengeluh ?!
"Keras kepala" katanya dengan tiba-tiba.
"Cubalah awak duduk hospital tu. Nak juga balik. Kalau ada apa-apa macam mana ? Saya risau. Tulah ikut sangat kepala dia. Then, nak pula tunjuk persaan dengan status kurang cerdik dia tu. Menyampah ! Haih...kenapalah boleh terjatuh sayang dan cinta dekat si keras kepala ni ?"
Amboi awak..
Sedapnya kutuk. Saya dekat sini boleh dengar dengan jelas tau ! Suka hati dia je !
"Bila keras kepala awak ni boleh hilang ? Ni kalau awak tahu pasal Hani, entahlah macam mana. Masih nak berdegil atau tak dengan plan nak kenakan Hani tu. Cukuplah Hani menderita dalam penjara tu. Rasa kasihan tu masih ada walaupun marah sangat dekat dia sebab langgar awak hari tu"
Aku terkejut. Jadi pelakunya Hani !
"Dan...saya nak minta maaf sebab buat muka hari ni. Saya sayang awak tau. Jangan pernah lupa tu"
Dia mengucup dahi ku. Aku membuka dan menggosok mata. Lagak orang baru bangun tidur.
"Awak...bila sampai ?" Tanya ku perlahan. Pelukan pada badannya ku perkemaskan.
"Sorry ganggu tidur. Baru je sampai tadi. Mandi sekejap lepas tu masuk bilik sini"
"Tak baik tau mandi malam"
"Bukan selalu pun. Badan rasa melekit tadi."
"Mmm"
Dia mencium kepala ku sekilas. Tangan ku di usapnya perlahan.
"Saya minta maaf tak dengar cakap tadi" kata ku. Sehun diam tak membalas.
"Saya nak rehat kat rumah juga. Malaslah dekat hospital. Saya tak suka. Lagi pun kat rumah dekat. Taklah saya susahkan orang rumah ni dengan berulang-alik datang menjenguk."
"Tak menyusahkanlah Jihyo. Saya sayang awak tau. Saya tak rasa susah. Tapi saya rasa susah hati bila awak dalam keadaan tak sihat. Sudahlah bincang pasal ni. Tidur." Kata Sehun lembut.
"Ok. Jom tidur. Sayang awak juga" kata ku lantas mencium pipinya sekilas.
Dapat update ni je dulu. Saya busy dengan kerja. Sementara tunggu result ni saya isi masa dengan kerja. Tak juga bazir masa. Harap faham .
Dan sory sbb lama x update. Buat awak semua tertunggu2.
Typo abaikan.
Votement.
YOU ARE READING
Different Yeoja
FanfictionJihyo seorang yeoja yang selalu dibuli sejak pertama kali menjejakkan kaki di S Highschool."Nerd,miskin,tak sedar diri" cacian untuk Jihyo "Jangan biar orang buli kau Jihyo.Kau patut bagitahu siapa kau yang sebenar.Mungkin dengan cara tu dorang akan...