-Jihyo POV-
"Jadi kiranya kau ni dah lama kenal LE ?" Tanya Choa. Aku mengangguk. Hari ni mereka datang rumah. Nak melawat katanya.
"LE dah tau aku macam mana. Dia pun terkejut masa mula-mula aku jadi nerd dulu" aku senyum mengingati perkara itu.
"Patutlah dia selalu halang bila kawan dia buli kau. Kenapa kau jadi nerd ?" Tanya Chen. Soalannya membuat mereka memerhati ku dengan tekun.
"Sebab kawan rapat aku dekat sekolah lama dulu. Dia selalu kena buli. Tapi aku selalu tolong dia. So orang lain tak berani ganggu dia bila aku dah campur tangan. And then, satu masa tu aku tak turun. Di-dia kena buli teruk sangat sebab dendam. Masa dia perlu aku...aku tak ada. Dia masuk ICU pun aku tak tahu. Mama dia kol aku banyak kali. Tapi aku tak angkat. Aku hairan bila tengok phone banyak noty. Dan satu mesej tarik perhatian aku. Mesej tu dari mama dia. Dia cakap masa anak dia dah tak panjang" aku menghela nafas.
"Aku pantas pergi jumpa kawan aku tu. Rasa bersalah aku masih ada sampai sekarang. Disebabkan aku selalu sokong dia orang lain berdendam. Dia tu dahlah lembik, kecil molek, naif lagi. Tapi dia baik sangat. Sebelum dia jalan, dia pesan dekat aku jangan salahkan diri. Muka dia penuh luka. Kepala dia pecah. Tulang rusuk dia pun patah. Sejak kejadian tu, aku diamkan diri. Berubah jadi nerd sampai aku sendiri yang kena buli. The end" kata ku sambil senyum.
Sehun datang mendekat pada ku. Tangannya naik menyeka pipi. " Dah. Jangan nangis. Memang bukan salah sayang pun."
Tak perasan pula bila air mataku jatuh. Aku juga berasa lega setelah meluahkan tentang kisah silam aku yang agak pahit. Bukan senang aku nak bangkit jadi diri aku semula. Aku salahkan diri aku atas kejadian tu.
"Apa yang akan jadi pada Hani ?" Soal ku
"Entahlah. Tu semua grandma yang urus. Dia tak nak kita masuk campur." Jawab Sehun. Aku hanya tersenyum dan angguk.
"So, kau betul-betul dah ok ?" Tanya Choa.
"Aku ok. Jangan risaulah." Dan kali ni hati aku lebih lapang. Mungkin sebab aku dah cuba maafkan orang yang jadi musuh aku. Rasa dendam tu macam dah lenyap. Hati aku senang.
SKIP
"Sayang tak nak makan apa-apa ?"
Aku menutup majalah yang ku baca lalu meletakkannya di atas meja.
"Taklah. Rasa macam mengantuk" balas ku tersengih. Aku merebahkan diri di atas tilam. Sehun yang berbaring di sebelah ku tersenyum mendengar jawaban ku.
"Tak lama lagi kita selesai sekolah. Apa plan awak ? Nak sambung atau tak ?" Soal ku
"Hmm....saya dah diberi tugas untuk ambil alih syarikat kat sini. Awak lupa ?"
"Hehehe. Lupa"
"Plan awak pula ?"
"Saya macam tak ada plan lagi. Terfikir nak rehat untuk sementara waktu. Saya tak nak sambung belajar, tak nak kerja, cuma nak rehat. Tenangkan fikiran"
"Kalau macam tu, baik awak kahwin dengan saya. Tak payah nak kerja belajar bagai. Duduk rumah saja dan jalankan tanggungjawab isteri." Balas Sehun sambil menatap mataku.
"Awak tengah lamar saya kat atas tilamkah ni ?" Soal ku sekadar bergurau. Aku pun tahu dia tak serius.
"Yes I am. Saya lamar awak sekarang ni. And saya serius 100%"
Aku kelu.
"Saya dah plan nak hidup dengan awak habis sekolah nanti. Dah cakap pun dekat family kita. Family kita ok. Tunggu awak saja"
"A-awak..sa-saya tak-"
"Tak apa. Saya tak paksa awak bagi jawaban sekarang. Saya beri ruang dan masa untuk awak fikir." Kata Sehun. Matanya nampak agak kecewa.
"Awak janganlah fikir sangat. Tapi saya ikhlas tau. Nak hidup dengan awak supaya saya dapat jaga awak, nak ada baby dengan awak. Dahlah. Awak tidurlah dulu. Saya nak keluar sekejap"
Aku melihat dia keluar dari bilik. Dia kecewa dengan aku. Dia rasa sedih.
-Sehun POV-
Aku berdiri di tepi kolam renang. Fikiran ku bercelaru. Takkan Jihyo langsung tak terfikir untuk hidup dengan aku.
"Haih...."
Keluhan akhirnya keluar lagi. Entah untuk yang keberapa kali. Tiba-tiba sepasang tangan kecil memeluk ku dari belakang. Aku kenal tangan tu.
Kami masing-masing dalam keadaan senyap. Bibir tak mampu berkata-kata. Aku tahu dia nak pujuk aku. Ketara sangat ke ekspresi aku tadi ?
"Actually...."
Aku berdebar ketika Jihyo memulakan percakapannya.
"Saya dah lama fikir benda ni. Saya akan jawab ya kalau awak lamar. Tapi, tadi saya tak dapat jawab sebab terkelu and tak sangka awak lamar saya kat atas katil tu. Lagi pun saya ada terfikir nak hidup dengan awak and our babies."
Aku tersenyum mendengar perkataan babies. Aku lantas berhadapan dengannya sambil senyum bahagia.
"Ingatkan saya akan kena tolak. Saya sayang awak sangat."
"Me too" balasnya.
"And our future babies" kata ku sekadar menyakat. Jihyo kelihatan malu. Aku tertawa kecil. Aku menariknya ke dalam pelukan dan mencium dahinya sekilas.
Akhirnya, aku akan rasa hidup paling bahagia dengan orang tercinta.
-THE END-
Author sedih sebab terpaksa tamatkan story ni. Ending tak ok sangat sbb author kering idea. And sorry sebab lama tak update. Saya busy dgn kerja. Thank you guys sbb support cerita ni.😘😘😘. Next story akan saya post nanti.
YOU ARE READING
Different Yeoja
FanfictionJihyo seorang yeoja yang selalu dibuli sejak pertama kali menjejakkan kaki di S Highschool."Nerd,miskin,tak sedar diri" cacian untuk Jihyo "Jangan biar orang buli kau Jihyo.Kau patut bagitahu siapa kau yang sebenar.Mungkin dengan cara tu dorang akan...