CHAPTER 34

2.5K 209 15
                                    

New chap. One of my fav song👆

-No one POV-

Pintu wad  ditolak dengan senyuman hambar. Lelaki itu duduk di sebelah katil si dia. Wajahnya hanya menunjukkan reaksi kosong.

Sebelah tangannya  digenggam dan kucup sekilas.

"Bila awak nak bangun ? Dah seminggu awak baring dekat sini. Awak dah tak nak jumpa dengan saya ?" Tanya Sehun walaupun dia tahu soalannya tidak akan dijawab.

Dia mengelipkan mata beberapa kali kerana ingin menghapus airmata yang hendak mengalir. Dia bertekad untuk sentiasa kuat dan menanti buah hatinya untuk bangun.

Seminggu yang lalu dia berasa lega bila doktor dapat menyelamatkan kekasihnya. Tetapi dengar sahaja keadaan Jihyo yang sedang koma membuatkan dirinya lemah. Dia tetap bersyukur kerana Jihyo masih bernafas.

Kawan-kawannya juga sering melawat dan bertanya khabar. Mereka sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Sehun.

"Awak nak tahu, orang yang langgar awak dah kena tangkap. Nasib baik Mark ada untuk tolong cari penjenayah tu. At first, bukti tak cukup tapi ada orang yang jadi saksi. Orang tu bagi bukti sekali. Kalau awak nak tahu siapa, awak kenalah bangun" Sehun mengusap tangan Jihyo. Dia masih mencuba untuk tahan airmata. Dia tidak ingin lemah di sisi Jihyo.

Begitulah Sehun selama seminggu. Tak letih bercerita dengan Jihyo. Walaupun hanya seorang yang mampu bersuara.

"Awak...sebenarnya...saya rindu awak sangat-sangat" sebaik sahaja ayat itu keluar, airmata jantannya turut mengalir.

"Sampai bila awak nak hiraukan saya ni ? Awak cakap hari tu tak nak jumpa saya dua hari kalau lambat sampai. Tapi dah seminggu awak tak jumpa saya walaupun saya tak lambat. Sa-saya rindu se-semua tentang awak. Bangunlah.."

Sehun mengesat airmatanya. Dia merebahkan kepala di atas katil. Rasa mengantuk mulai datang. Sejak akhir-akhir ni dia kurang rehat sebab tu cepat penat.

Orang tuanya dan Jihyo berkali-kali menegurnya untuk menjaga kesihatan. Tapi dia tidak ambil peduli. Dia sanggup penat berulang-alik ke hospital demi Jihyo.

Puas bercerita dan meluah pada Jihyo, Sehun akhirnya tertidur. Choa dan kawan-kawannya bersedih bila terdengar luahan Sehun. Sejak tadi lagi mereka sampai tetapi mereka hanya berada di luar wad Jihyo.

"First time aku nampak dia macam tu. Selalunya dingin memanjang" kata Suga. Yang lain mengangguk bersetuju.

"Dia dah ada kelemahan sendiri" kata Choa pula. Dia memandang tepat pada sekujur tubuh yang berbaring di atas katil melalui kaca kecil di pintu.

'Bila kau nak bangun Hyo ? Sehun jadi lemah sangat bila kau macam ni. Aku takut dia pula yang jatuh sakit nanti. Aku rindu dengan kau. Rindu nak lepak, rindu nak gosip, rindu nak sembang. Sampai hati kau buat kami tertunggu-tunggu kat sini. Bangunlah. Kami takkan penat tunggu dan berharap' bisik hati Choa.

SKIP

Sudah dua minggu berlalu tetapi keadaan tetap sama. Sehun semakin sedih. Jangankan senyum, bercakap pun jarang. Riak wajahnya datar sahaja.

Sehun berjalan pantas ke wad Jihyo. Hari ni dia datang agak lambat sedikit. Sebaik sahaja pintu wad ditolak, dia melihat tiga orang kawannya berada di bilik itu juga.

Suho, Baekhyun dan Namjoon hanya dipandangnya seketika. Dia melabuhkan satu ciuman di dahi Jihyo. Setelah itu dia membisikkan sesuatu di telinga Jihyo. Bisikan yang sentiasa dan sama setiap hari.

Dia tahu orang koma dapat mendengar. Dia duduk di tempat biasa dia duduki iaitu di sebelah katil Jihyo. Tangannya memegang tangan Jihyo dan dia sedikit tersentak bila terasa tangan Jihyo bergerak.

'Khayalan aku kot' bisik hati Sehun

"Ergh.."

Sehun bangun dan memandang Jihyo.

"Tu suara diakan ?" Tanya Sehun tiba-tiba. Tiga orang kawannya berkerut dahi memandang Sehun. Tak faham.

Terdengar lagi erangan kecil terlepas dari mulut Jihyo. Sehun bertindak menepuk perlahan pipi Jihyo.

"Sayang ? Saya dekat sini. Bukalah mata tu"

"Sehun kau ok tak ?" Tanya Baekhyun. Sehun pula yang berkerut. Kawan dia ni tak dengar suara Jihyo ke ? Dia yakin dia dengar suara kekasih hatinya.

"Sayang.." Sehun menepuk perlahan pipi Jihyo lagi. Dia tersenyum gembira bila melihat mata yang dia rindui itu terbuka.

"Panggil doktor"

xxxxxxx

Sehun berdiri bersama mereka yang lain di luar wad Jihyo sementara doktor buat pemeriksaan. Dia tak sabar hendak menemui Jihyo lagi. Dia rindu.

Keluarga Jihyo dan kawan-kawannya yang lain turut berada di situ setelah menerima berita tentang Jihyo. Sebaik sahaja doktor keluar, doktor itu mengangguk menandakan Jihyo dalam keadaan baik.

Sehun senyum lantas masuk ke bilik Jihyo diikuti yang lain. Dia memeluk Jihyo membuat Jihyo terkejut.

"Saya rindu" kata Sehun. Mereka yang lain hanya jadi pemerhati. Jihyo menolak badan Sehun perlahan.

"A-awak si-siapa ?" Tanya Jihyo kepada Sehun. Semua terdiam. Senyuman di bibir menghilang.

"Awak tak ingat saya ?" Tanya Sehun. Dia menjadi sedih. Kekasih sendiri tak ingat. Apalah nasib.

"Baby saya tak kurus macam ni" kata Jihyo perlahan bersama senyuman kecil. Air matanya mengalir melihat Sehun.

Sehun menyeka air mata Jihyo. Tubuh Jihyo dipeluknya lagi.

Typo abaikan.

Different YeojaWhere stories live. Discover now