Sejak akhir2 ni reader and vote author makin kurang😔😔sedih juga lah..
-Jihyo POV-
Aku berjalan ke arah tandas perempuan. Nak cuci muka. Mengantuk sangat kat kelas tadi. Aku masuk ke tandas dan terkejut melihat seorang pelajar perempuan sedang duduk bersandar di dekat sink.
Mukanya kelihatan sedang menahan sakit. Dia ni ok ke tak ?
"Yah..kau ok tak ?" Tanya ku.
"Eh senior. Saya ok je ni" jawabnya. Oh budak junior rupanya.
"Kau nampak tak ok. Kau kenapa sebenarnya ?"
"Saya oklah senior"
"Haih...kalau kau ok takde maknanya kau nak duduk dalam tandas ni dengan muka macam tu"
"Saya sakit perut je senior"
Kan bagus kalau kau jujur je tadi. Haih..budak...budak...
"Pegi kantinlah makan. Kan masih waktu rehat ni. Kenapa tak pegi ?" Tanya ku pelik. Dah tau sakit perut, kenapa tak makan je. Betul tak ?
"Duit saya takde. Kena ambil senior Exid tadi" balasnya
Hadoii..berasap pula telinga ni ! Exid ni memang tak serik-seriklah. Aku memberikan beberapa keping wang kepadanya.
"Nah ambil. Pegi makan" kata ku dan berlalu pergi.
SKIP
Aku mencari gang Exid. Kat mana dorang ni ehh ?
"Kau nampak tak Hani tu ? Bukan main gedik lagi dia kat kantin tu"
"Tulah. Asyik melekat je dengan senior Sehun"
Aku terdengar perbualan dua pelajar itu. Aku senyum sinis. Kat kantin ye ? Aku terus pergi ke kantin dan semakin panas bila melihat Hani duduk rapat dengan Sehun.
Biar pun aku marah kat Sehun, aku tetap masih sayang dia. Gila tak sayang ?
Aku berjalan mendekati Hani yang duduk membelakangi ku. Dia kelihatan amat gembira. Seronoklah tu dapat berkepit dengan Sehun.
Sampai sahaja di belakang Hani, aku terus menarik rambutnya sehingga dia terbangun dari kerusi.
"Arrggghhh !! Sakitlah !!" Teriak Hani
Exo dan Exid yang berada berdekatan meja tersebut amat terkejut dengan kelakuan ku.
Hell.
Aku tak kisahlah korang nak anggap aku apa. Janji aku bagi pengajaran dekat perempuan ni.
Aku melepaskan rambut Hani lalu menolak badannya. Dia melihat tajam ke arah ku.
"Apa masalah kau ni tiba-tiba serang aku ?" Tanya Hani sambil menolak bahu ku.
Aku maju setapak ke hadapan. Kolar bajunya ku genggam sambil mata ku memandangnya tajam.
"Sekali lagi aku dengar kau buat kacau kat sekolah ni nahas kau aku kerjakan. Aku akan pastikan kau dengan kawan perempuan kau yang tak guna tu keluar dari sekolah ni. Aku sendiri yang akan tendang korang keluar persis anjing tepi jalan. Kau faham tak ?" Ucap ku tegas
Hani kelihatan takut.
"A-apa k-kau ca-cakap ni ?" Tanya Hani lagi.
"Aku yakin kau faham apa yang aku cakap. Ingat pesan aku" kata ku tepat di telinganya. Kolar bajunya aku lepaskan.
"Hey kau siapa nak tendang kami keluar dari sekolah ni ?!" Tengking Hyerin
"Aku tak kisahlah kau nak cakap apa. Yang aku tahu kau semua kena ingat pesan aku tu. Pengaruh aku besar dekat sekolah ni. So, hati-hati girls" aku berlalu pergi.
YOU ARE READING
Different Yeoja
FanfictionJihyo seorang yeoja yang selalu dibuli sejak pertama kali menjejakkan kaki di S Highschool."Nerd,miskin,tak sedar diri" cacian untuk Jihyo "Jangan biar orang buli kau Jihyo.Kau patut bagitahu siapa kau yang sebenar.Mungkin dengan cara tu dorang akan...